Assalamualaikum,
Teringat seorang adik yang ingin mencari isteri. Mungkin mahunya isteri yang solehah, mungkin juga mahu isteri yang serasi dengannya.
Antara pandangan saya:
Isteri boleh dibentuk oleh suami, tapi suami sangat susah kerana dia imam.
Tapi carilah isteri yang Hatinya lembut dan patuh. Nescaya adik akan aman.
Isteri boleh ditegur oleh suami, tapi suami amat payah kerana kemarahannya mmbuat isteri terasa bersalah.
Tapi, carilah isteri yang berkata baik dan manis, bukan suka menyalahkan atau membantah. Meskipun dia dari keturunan baik, berwajah cantik atau berharta.
Isteri boleh didorong untuk menyukai kegemaran suami, tapi bukan mudah suami menyukai kegemaran isteri.
Jadi, doronglah isteri ke arah perkara baik.
Isteri boleh menjadi seorang pecinta dari awal kahwin sehingga akhir hayatnya,
tapi dengan belaian kasih dan kesabaran suami.
Sekian dari akak. Dan akak masih mahu berusaha menjadi wanita yg baik itu :))
Amani- Amar Buat wanita Solehah
Album : Hikayat Cinta
Munsyid : Amar
Sumber: http://liriknasyid.com
Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci
Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi
Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

No comments:
Post a Comment