Moga semua teman dan visitor dikurnai Allah, kesihatan dan ceria selalu. :) Nah, baru nak bertolak balik. :) Tahniah, buat teman-teman yg brpuasa sunat hari Arafah.
Puas jugalah saya mncari mood. " Bang, saya takde feel la bang. Sambil buat kek brownies" dan berkemas pakaian.
Dalam kerinduan juga brtemu adik di damansara, dan keluarga di kmpung.. Rasanya tiada sape nak tau perasaan saya. Namun saya sabar... dan brgembira utk org trsayang, suami saya yg saya ikut dia ke mana saja, dn apa keputusannya...
KEK BROWNIES OREN MOCHA . Resipi DI SINI. Oh, ya, saya tambah choc chips :))
Akhirnya bertemu nasyid lama ni. Rasanya kita kenal suara ni. Subhanallah. Moga Rahmat Allah ke atasnya. Ini kumpulan Nada Murni. Lagu yg berkumandang zaman-zaman asrama dahulu. Subhanallah. Sedihnya.... kesian Siti Hajar. Kita kan, seorg isteri, apa ya perasaannya di tempatnya. Apa ya, perasaan Nabi Ismail? Bagaimana sedihnya Nabi Ibrahim meninggalkan anak isteri dan berkat doanya, Allah mengizinkan tempat itu brkembang mnjadi sebuah kota, bernama Kota mekah.
Buat adik-adik, dalam Haji ada rukun Saie: Maksud : Bergerak dari Safa ke Marwah dan balik ke Safa berulang alik sebanyak 7 kali . Di mana perjalanan Siti Hajar mncari air untuk anaknya Nabi Ismail dari safa ke marwah. Perayaan Aidil Adha juga adalah mengenang kepatuhan Nabi Ibrahim dan kebesaran Allah semasa semasa diperintah oleh Allah menyembelih anaknya Nabi Ismail, tapi akhirnya diganti oleh Allah dgn seeekor kibas untuk disembelih.
SEJARAH HAJI
Album : Balada Makkatul Mukarramah
Munsyid : Nadamurni
Http://liriknasyid.com
Haji mengingatkan kita
Sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas
Agung lagi suci
Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya
Sejarah berkata lagi
Tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah
Taatkan suami tinggal sendiri
Tinggal di Tanah Haram
Suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal kepada Ilahi
Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali
Siti Hajar mencari air
Ke hujung ke pangkal
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah
Beberapa kali
Aduh hatinya cemas
Anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah
Yakin sekali
Di dalam mencari-cari
Terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan
Kaki anaknya bakal Nabi
Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam
Itulah dia air Zam-zam
Yang kekal hingga ke hari ini
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya
Sudahkah kita mengambil
Pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
Wajib berkorban
Taat, sabar dan tawakkal
Jadikan pakaian
Cintakan Allah
Pengorbananlah sebagai bukti
Selamat Hari Raya Aidiladha , Nurindah.. :)
ReplyDeleteSalam Aidil Adha kak Azura, :)
ReplyDelete