Bagaimana hari raya? Saya tau, ada juga yg tak balik kmpg. Sabarlah ya. Moga Allah beri keceriaan di mana pun berada.
Hari ini my hubby kerja. Katanya ada projek yg perlu disiapkan. Alhamdulillah, malam tadi sempat singgah di damansara, mghantar sedikit juadah hari raya dan daging korban untuk adik saya Siti dan kawan serumahnya. Terima kasih mak dan ayah yg brsusah pyh mmbgkus juadah.:)
Kawan serumah adik saya tu, anak yatim, dari sabah, dan mmpunyai 2 adik yg setiap tahun beraya di situ. Jadi, adik saya tidak brseorgn. Adik yg ini payah benar bila diajak ke banting, segan katanya. :D Teringat pula yg seorg lagi Nurul berada di maktab, pun tak balik raya kerana kekangan cuti. Terasa juga di hati, bila saya dapat merasa suasana beraya disini, tapi adik-adik pula tidak. Apa ya, nak dikirim? hurmmm....
Mama saya lagi la, malam raya dah nelefon saya minta resipi kek gula hangus.. hehe... Alhamdulillah. Sebab sejak adik lelaki saya Ali kerap sangat balik dan beraya di Kedah, kampung isterinya... Mama saya macam tak nak buat apa2 di hari raya. Sampaikan saya buntu macam mana nak menaikkan semangat Mama.
Bila Ali balik ke rumah, dia cuma beraya sekejap dgn keluarga sbb kekangan masa nak mula kerja pula. Hanya bila saya brsungguh mbuat biskut raya dan brtanya itu ini, barulah Mama saya mahu gelak dan ketawa. Biasanyanya adik2 perempuan saya yg brsungguh, tapi kali ini, Mama saya mahu pula mmbuat kek, yg dia suka makan. :))
Tapi raya haji ini, saya tak hantar apa-apa la, sbb ada kirim sedikit duit belanja seminggu lalu.
Pernah juga beberapa orang brtanya saya...saya dapat 'gaji' ke dari suami setiap bulan? Ada isteri (suri rumah) yg mengadu suami lgsung tak bagi dia pegang duit. Tiap kali nak apa-apa kena mintak. Ada isteri yg beruntung pula, dapat 'gaji' dari suami hampir seribu setiap bulan utk dipegang (untuk belanja diri dan anak). Wah! Terbeliak mata skejap . hehhe.... Jadi soalan tu tidak mghairankan saya.
Saya pula? :)) Saya memang takde 'gaji'. Tapi saya pegang duit dapur/duit makan. Saya dah brjanji pd diri sndiri akan mngurangkan keinginan, asalkan my hubby tak kisah untuk mmbantu ibubapa saya apabila mereka memerlukan bantuan. Alhamdulillah, dgn cara itu wlupun tidak bekerja, saya tidak mmbebankan suami. Cuma Alhamdulillah, rezeki untuk saya tetap ada, sama ada cepat atau lambat saja. Jadi, hal pegang duit atau tidak, tidak mnjadi masalah. Lagipun dlm apa jua hal, saya tetap minta Hubby dahulukan ibubapanya...
Saya berusaha jadi isteri yg taat... tapi saya juga mahu suami saya mnjdi menantu yg disayangi tapi tidakla membebankan dia. Setiap kali my hubby cakap tahun ini balik besut, saya akan tanya, " Abang cukup duit tak nak jalan jauh ? " hehe... teruk kan, saya ni? Dah orang nak balik tu ambik jerla peluang. :) Kerana itu, kepulangan saya dan suami saya selalu ditunggu-tunggu keluarga saya kerana adik lelaki saya yg seorang itu selalu beraya di kmpg isterinya... Hurm, wahai Hati... janganla kau mngharap lebih-lebih.
Oklah, dah panjang sangat. Hari raya Haji tahun ini, seperti selalu, ayah sibuk dgn urusan masjid utk orang mbuat korban di kawasan masjid. Dari hal pmbelian lembu dan sebagainya. Oh,ya, dapat seekor lembu kerajaan. Jadikla buat sup tulang beramai-ramai di kawasan masjid. Ada jurumasak, jadi kami tak perlu brsusah2, tinggal makan jer. hehe... Gambar ada, tapi guna handset jer, kabur. Nantilah saya cari gambar yg bagus..

slmt hari raya aidiladha...:)
ReplyDeleteSelamat hari raya nurindah...moga kita sama2 akan jadi isteri yg taat pd suami..
ReplyDeletesalam nur.. bila sebut tentang kek gula hangus sedapnya lama teringin nak buat.. bila sebut teringin nak buat plak
ReplyDeletesalam nur, slmt hari raya aidil adha
ReplyDeleteSalam kunang-kunang,
ReplyDeleteSlmt hari raya :)) Moga ceria selalu
Salam kak e-na,
ReplyDeleteSelamat hari raya, kak.. Moga hari raya di sana meriah juga.
Amin...3x atas doa kita semua. :))
Salam kak Juwita,
ReplyDeletehehe... saya pun trbayang kesedapan kek gula hangus.
Selamat hari raya, kak. Moga gembira walau di mana berada.
Salam kak Nor,
ReplyDeleteSlmt hari raya kak Nor. Moga gembira di hari raya tahun ini. :))
salam aidul adha...
ReplyDeletesambutan secra sederhana tu dpt elakkan pembaziran kan..
sy buat sedikit juadah sbb ada tetamu...
kalau tinggal ngan hubby je, rasanya x de la masak apepun....
tu pun mak dh pesan, x yah beriya sgt...
so..masak nasi, n ketupat pals tu pun 1 kg ja...
Selamat hari raya Nur...
ReplyDeleteaslmkum nurindah.. suke dgn cara nur.. semuanya besederhana.. akk ni selalu ter'over'2.. hihihi perasan sndiri..
ReplyDeleteSalam nuanza,
ReplyDeleteMmbuat juadah, buat kita berasa brhari raya. Sunat meraikan. Rasanya daging dan tulang korban yg kami dapat, nak buat rendang Lepas raya la. hehehe..
Salam ckLah,
ReplyDeleteSelamat hari raya kak :)
Salam kak zana,
ReplyDeletela, saya pun sama kak.. dah namanya perempuan. hehe... Tapi itulah, moga saya tak mmbebankan si dia sangat.