Daripada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa Hari Asyura (10 Muharram) diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.
Dari kitab la tahqiranna minal ma'ruf syaiaa. Tuntutan Puasa Sunat Hari Arafah (9 Zulhijjah) dan Hari Asyura (10 muharram)
Assalamualaikum,
Moga teman-teman dan visitor dalam keadaan sihat dan mndapat Rahmah daripadaNya.
Alhamdulillah, dapat selesaikan tugas dgn baik. Sabtu dan kelmarin adalah hari yang sibuk. Sabtu malamnya, berkejar ke Rawang mncari Wedding present. :) Ahad kelmarin, kenduri teman-teman My Hubby. Maklumlah musin kawen... Kalau kami tidak hadir mngucapkan tahniah, kami yang terkilan sebenarnya. Di dewan kelab golf dekat rumah kami. Staf (anak buah my hubby) pun harus dijaga hatinya.. tapi yg dekat Pahang tu, memang surrender la.. Di situ, memang meriah dgn kehadiran semua staf kilang, macam Annual Lunch jer... :))
Kemudian menziarah staf (anak buah my hubby) yang mngadakan majlis kesyukuran, beliau accident baru-baru ni. Kemudian terus ke BB Salak Tinggi, majlis perkahwinan teman baik My Hubby (Hafiz) yg dah brpindah kerja. Teman dia main CPO :) Sampai dekat pukul 4. Fuh! Lega dapat jumpa pengantin, tak kisahla makanan ada lagi ke tak, sebab buat kat dewan memang aturannya sprt itu. Itulah, kadang2 kami pun serba salah, terutama bila ada yang buat majlis bersanding kat Dewan, sebab ia ada timing, kalau lambat, macam nampak sangat lewatnya. Majlis bersanding di rumah pula, kadang2 kena awal sikit, terutama kalau sedara.. huhu..
Kemudian, ke majlis My MIL DAN FIL kat Banting. Ha... tengok tu, sepatutnya kami kena 'dahulukan' majlis mak sendiri,kan? Tapi itulah, nasib baik semua katering. Cuma mestilah perlu mengemas rumah dan memastikan persiapan tempat. Majlisnya malam. Sempatlah saya menolong My MIL, membantu memastikan semua hadirin rasa dihargai dengan kehadiran mereka di waktu hujan merintik. Terutama sedara yg jauh dr rumah kami, dan yang membawa juadah pemberian mereka. Memang penuh, tapi hampir semua habis. Fuh, lega... Sempat mmberi 'berkat' utk dibawa pulang. Anak sedara My Hubby, Damia pula masuk 3 tahun. Acara potong kek pula, meriah juga, kerana sepupu2 yg kecik2 semuanya ada. Hepi birthday ya, cayang... :))
Hari ni, Hubby kerja. Kami brkejar balik ke rawang pagi tadi lepas makan sate banting, hehe... adalah sedikit juadah malam tadi dibawa ke ofis. Lagipun ramai yg cuti, jadi rasanya cukup. :D
Oh, ya, saya ingin postkan kelmarin, tapi tak sempat pula. Salam maal hijrah ya. Moga tahun ini adalah tahun terbaik untuk kita semua. :))
SALAM MAAL HIJRAH
Klik untuk large
GAMBAR AKSI-AKSI
Kesenangan itu datangnya dari hati, bukan dari senangnya kehidupan. :))
salam maal hijrah nurindah.. seronok nya.. dismping mkn2 dpt jugak mgeratkan silaturahim ..
ReplyDeleteSalam kak zana,
ReplyDeletesalam maal hijrah kak. masuk tahun baru dah kan? rasa umur bertambah. hehe.. ya kak, harap2 majlis kita mndapat berkah.