Moga sihat semuanya. :)
Hati tengah bersedih sebenarnya. Tapi rasa macam dah terubat sikit. Beberapa hari lalu, saya dan hubby berulang-ulang kali mendengar Qasidah yang bagi kami sangat merdu suaranya. My hubby tak puas memuji, walaupun realiti dia tak suka lagu mendayu-dayu. Tapi yang ini, nasyid/qasidah. Sedap suara penyanyinya.
Minggu yang lalu, saya datang istihadhah. My hubby sangat memahami. Syukurlah saya pernah kena masa sekolah dahulu. Masa ia datang, saya tengah nak buat medical checkup, jadi ada lah ujian yg terpaksa skip. Saya sedih. Tak tau kenapa. Melayan suami tak boleh, fikiran pun risau je. Rasanya tak perlulah saya beritau hasil ujian di sini, kerana hampir semuanya Lulus. Alhamdulillah. Dalam fikiran buntu tu, sempat lagi la saya pergi kuliah Syeikh nuruddin. Saya risau jugalah kalau saya terhalang utk pergi dan duduk di masjid. Saya tau, setiap kali solat, kena tukar tualanya. Dan hampir semnggu jugalah My Hubby macam takut2 nak dekat dgn saya... :D Yalah, saya baru habis haidh, disertai istihadhah pula. Ada pula ahli keluarga yg datang haritu tertanya pada saya, sama ada saya dok tido asing dgn hubby. Er.... nampak sangat ke? Alhamdulillah atas ujian. Istihadhah itu dah berhenti.
Saya asyik layan lagi burdah ni. Seumpama zikir juga, halwa telinga, melembutkan hati, menenangkan resah :
http://ilmuduniawi.blogspot.com/2011/11/qasidah-burdah.html

No comments:
Post a Comment