Masih ada masa lagi utk post 11-11-11. Kalau ikut kalendar Islam, dah msuk hari lain dah ni. hehe... :) Mr hubby msih brcuti. Dan saya pulak, sbb jarang nampak dia kat rumah, asyik kacau dia. :) Macam2 saya nak bualkan. hehe.... Akhirnya tengahari, dia ajak saya keluar. Bukan utk jalan-jalan la.. tapi urusan bank itu ini...
Alhamdulillah, hari ni dah baca surah al Kahfi, walau separuh surah, dlm kereta pulak tu. Dah 2 kali pasang surah al Kahfi masa kat rumah (bacaan Muhammad Jibrel), kat blog kak Fzi. Dahulu, saya selalu amalkan surah ni dahulu setiap Jumaat, atas alasan hadis yg mana fadhilatnya, " kita dijaga dan diampunkan Allah dari Jumaat itu hingga Jumaat berikutnya ". Maklumlah, waktu tu di asrama, jauh dr mak bapak dan penakut pulak tu. Selalu risau keputusan exam dan macam-macam hal sekolah , sedangkan mama abah saya tak kisah sangat pun. :) Maka berdikari itu sebenarnya menyakitkan, tapi itulah ujian hidup mnjelang remaja... Tapi selain mngamalkan al Mathurat, mengamalkan surah ini di hari Jumaat sebenarnya memang rasa smooth jer perasaan, tak trsangkut-sangkut. Subhanallah, serius nih!
Tapi itulah, sejak sibuk meniti kedewasaan ini, banyak yg saya tertinggal. :)
Sejak Syeikh Nuruddin menerangkan hadis Rasulullah, dari Abi Dardak R.A dalam Kitab hadis La Tahqiranna minal Ma'ruufi Syai-aa , Saya macam disedarkan balik utk mngamalkan surah ini kembali. Hadisnya berbunyi:
" Sesiapa yg menghafaz surah al Kahfi, akan dijauhkan dari fitnah Dajjal ". Sama ada 10 ayat awal atau 10 ayat akhir atau seluruh surah adalah digalakkan.
Kata Syeikh, sifat Dajjal ini dapat ada kuasa yg dapat mmberikan apa juga yg kita mahukan, asalkan kita mahu menyembahnya. Kalu dia kata tumbuh, pokok pun boleh tumbuh dgn kuasa dia ni. Kata Syeikh, kemunculan Dajjal, adalah tanda2 sudah dekat sangat dgn Hari Kiamat. Masa ni, saya teringat video freemason, The Arrival yg pernah saya tonton brsama Hubby dahulu. Saya doa sangat, harap yg disembah org freemason tu, janganlah Dajjal. Nauzubillah. Saya masih banyak perlu belajar, banyak impian dan perlu banyak bekal akhirat..
Saya bagaikan trsedar. Insya Allah, selain sering mmbaca al Quran dan berzikir, saya berazam nak hafal dan baca surah al Kahfi setiap kali malam Jumaat atau hari Jumaat. Saya tak nak terpaut atau menyembah Dajjal, kerana ingin kebahagiaan dunia dan kekayaan harta benda . Benda yg semua manusia inginkan. Na'uzubillah min zalik, itu dah mempersekutukan Allah tu. Nanti mati dalam kekafiran.
Hurm... hari ini kami mula mmbuat keputusan yg penting. Sampai saya Solat Istikharah minta restu dari Allah. Hati saya tetap trgerak mahukannya sangat-sangat. Jika diizinkan Allah, mungkin itu pilihan yg terbaik utk kami. Jika tidak diizinkan Allah, mgkin itu bukan yg terbaik buat kami berdua. Yg penting, ia memang dalam keperluan dan kemampuan kami, memudahkan pghidupan kami...
Esok adalah hari penentuan utk berbincang lagi. Dan percayalah, ia bernombor 11. Moga ada keberkatan dalam pilihan itu. Jika sudi, doakanlah! Saya sayang kamu semua kerana ukhuwwah fillahi ..... :))

Salam Nurindah. Lama Along tak jenguk sini. Harap Indah & hb sihat2 & doa anda di makbulkan.
ReplyDeleteAssalam Nurindah, apa khabar? terima kasih berkongsi info pasal surah ni:)
ReplyDeleteSalam alongroz,
ReplyDeleteTerima kasih, kak Roz... terima kasih atas doa. Moga kak dan family juga bahagia selalu. :))
Salam kak Nieza,
ReplyDeleteSama-sama, kak. Kita sama-sama belajar. :))
Salam Nur..
ReplyDeleteTenkiu nur sudi datang dengarkan Surah al-Kahfi kat PK.. alhamdulillah sama2 kita berkongsi manafaat.. :)
Akak tiap hari jadikan bacaan Syeikh Jibrel sebagai halwa telinga..sambil buat kerja rumah sambil telinga mendengar.. rasa tenang hati alhamdulillah.
tqvm nur :)
Salam kak fzi,
ReplyDeletemaaf, baru reply. Mekasih ya. Saya tumpang saja. :))