Salam buat teman yang dikasihi Allah,
Salam keindahan petang...
Saya tidaklah selalu berada di luar rumah diwaktu petang gini... buat apalah menjenguk-jenguk jiran yang keluar masuk di kawasan porch mereka. Saya malu jika terbuat begitu. Seringkali, anak-anak yang sudah bersekolah tidaklah pandai hendak menjawab teguran makcik (sayalah..:). Jika ditegur, mereka buat tak tahu saja.... Samalah apabila saya menegur mereka kenapalah kucing dibaling batu?
Jika anak kecil pula, mereka amat pemalu bila ditegur, terus lari agaknya.. :)
Saling Melengkapi.
Saya sering berasa tidak sempurna. kerana manusia sering dihambat dengan 'peranan' yang pelbagai. Ada yang bertabur di tengah jalan, ada yang kita hanya mampu buat separuh-separuh, ada yang kita perlukan pertolongan oranglain. Peranan wanita tidak menjadi sempurna apabila tiada yang melengkapi, iaitu 'pasangannya sendiri'. Jika kita terjatuh di tengah jalan lalu terseliuh, mampukah kita mengheret kaki berjalan sendiri? Pasti tidak, kecuali kita benar-benar berhati gagah. Pasangan ialah seorang yang melengkapi, lalu menumpangkan tangannya supaya kita boleh berdiri dengan baik, lalu berjalan bersamanya..
Itulah rasa merendah hati di antara satu dengan yang lain.
Some advice. klik new tab.
Sambungannya : Rajin berpuasa, rajin beribadah, menjaga hatinya dengan taqwa apabila keluar bekerja, dsbg.
Pernah ada seorang penulis menulis di majalah, bercerita tentang keutuhan rumahtangga mak sedaranya yang sangat berusia. Pesan mak sedaranya itu.... kehendak suami ialah no 1. Jika ada satu peselisihan pendapat, maka mak sedaranya itu akan mengikut pendapat suaminya. Jika ada ada fokus atau impian suaminya utk rumahtangga, dia akan menyokong usaha suaminya.
Jika berselisih faham sekalipun, mak sedaranya akan terlebih dahulu meminta maaf dari suaminya. Dia amat merendah hati sekali di hadapan suaminya.
Kita? wanita zaman ini yang terdedah dengan suasana yang liberal-mempunyai kuasa duit- yakin diri- suka cabaran...mahu tunduk pada seseorang?
Seringkali, saya berasa diri ini membuat keputusan ttg sesuatu, lalu si suami berasa kami harus membuat yang sebaliknya, saya tetap mengikut (walau dengan hati yg ragu ;) . Saya tidak tahu kenapa... Tetapi saya berasa keputusan yang dibuat bersama-sama itu lebih 'nikmat' berbanding apa yang saya putuskan bersendirian, lebih selamat barangkali . Dan benarlah, apa yang diputuskan oleh suami itu nyata lebih baik dari pandangan saya. Saya berasa kekurangan saya dilengkapi.
Jika hasilnya tidak terlalu baik sekalipun, saya akan cadangkan kami menggunakan cara saya pula.
Oh, tidak perlulah memulangkan paku buah keras. Itu tabiat yang tidak baik yang sering 'ada' pada seorang wanita.
Tentang peranan saya terhadap kehidupan suami? Tidak perlulah saya bercerita panjang, kerana saya hanya ingin menyebut kebaikan oranglain. Kebaikan saya, biarlah suami saja yang tahu. hehe... ;)
Biarlah sama-sama... kerana berdua itu lebih baik. Berjemaah itu lebih kuat. Membuat keputusan sendiri tidak memberi keseimbangan di dalam rumahtangga..
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
nice day :)
ReplyDeletehargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...
salam saifuddin,
ReplyDeleteTerima kasih atas nasihat itu.
Kita kena selalu menghargai dan bersyukur. :)