Legend of Xishi
Bismillah.
Saje... nak bercerita. Saya sering mengikut siri ini. Kisah peperangan, dan kaitannya dengan wanita pada zaman maharaja Cina, zaman dinati Wu.
Ia mengingatkan saya dgn zaman belajar tamadun asia. Pelbagai zaman kejatuhan dinasti cina yang saya dengar...
Lagipun, awal2 lagi saya dah selidik lagenda Xishi. Katanya ia tentang wanita cantik yang menyebabkan kejatuhan sebuah negara.
Tidak tahulah sama ada lagenda itu benar, tetapi siri di tv7 ini menarik hati saya. Biarpun diawali dgn kisah maharaja kacak yang suka memiliki gundik-gundik yang cantik. Ia sebenarnya kisah ttg kepintaran seorang wanita bernama Xishi, yang juga sangat baik hati. Xishi sebenarnya berasal dari negara Yue, dan dijadikan ufti oleh negara Yue kepada Wu.
Biarpun sepatutnya ia kisah peperangan. Xishi sepatutnya membantu kerajaan Yue agar membina kembali kerajaan Yue. Tetapi dia telah jatuh cinta kepada suaminya, maharaja Wu. Tetapi akhirnya, kerajaan Wu tetap jatuh ke tangan kerajaan Yue. Xishi tidak boleh menerima suaminya mati, akhirnya dia membunuh diri. Itulah akhir kisahnya tadi..
Wanita dan era peperangan
Beberapa hari yang lalu, hari Ahad, saya mengikut suami menghadiri kuliah Syeikh di bkt sentosa. Belajar tentang Jihad (berperang kerana Allah) , Ghanimah (harta rampasan), Jizyah (cukai kepada non-muslim). Bab sebelumnya tentang Bughah (pemberontak) yang mana sabit dikatakan pemberontak ataupun masih rakyat awam.
Melihat kisah Xishi, peperangan menakutkan saya. Jihad ialah peperangan melawan musuh. Kami belajar, dalam peperangan, tawanan perang yang terdiri daripada orang-oang yang lemah akan menjadi hamba sahaya. Iaitu wanita, kanak-kanak, orang tua dan tidak upaya. Manakala tawanan lelaki pula akan diserahkan kepada kerajaan yang memenangi. Apabila dijadikan hamba, seluruh hubungan kita dgn oranglain akan terpisah. Begitu hubungan suami dan isteri.
Itu zaman yang menjadikan peperangan sebagai cara hidup mereka. Dan kitab menerangkan hukum dan peraturan yang sabit kepada masalah ini.
Jihad ialah berperang. Hukumnya fardhu kifayah, sekiranya di kampung yang diserang pihak musuh itu telah ada orang-orangnya untuk mempertahankan, maka kita yang merupakan orangluar tidak wajib pergi berjihad sama. Tetapi bagi penduduk di dalamnya iaitu warga kampung itu, hukumnya fardhu Ain untuk mempertahankan kampungnya atas serangan musuh. Ia juga termasuk dengan negeri sekitarnya sekiranya diserang musuh juga.
Sebagai wanita, saya gerun memikirkan peperangan dan pemberontakan yang berlangsung di seluruh dunia...
Tengoklah apa jadi kepada rakyat Rohingya, wanitanya dijadikan apa? Teringat bagaimana Serbia memerangi Bosnia, yang mana ada tayangan slide gambar seorang wanita mengandung yang telah dibelah perutnya oleh serbia... Jika orang yang tidak bertamadun memulakan peperangan, yang terjadi ialah perkara seperti ini! Ya Allah, lindungilah wanita!
Penyejuk hati... Puteri cina Islam. :). klik new tab untuk saiz besar.
sumber: nayzak
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment