Bismillah,
Saya tidak tahu kenapa harus bercerita. Tetapi seringkali pengalaman hidup memberikan saya pelajaran yang bermakna.
Satu ketika, saya amat patuh kepada saranan ini. Menundukkan pandangan. Saya berasa senang untuk mengamalkannya semasa di sekolah menengah kerana persekitarannya begitu. Ustaz mahukan pelajar perempuannya memandang tidak memandang tepat di bahagian mata lelaki. Bahkan ketika itu, mana-mana pelajar lelaki yang sangat menundukkan pandangannya, dlm ertikata pemalu, sangat mencuri perhatian kami kaum wanita.
Namun payahlah jika tidak memandang orang. Bagaimana?
Saya pula amat berani orangnya. Yakin memandang orang sepenuh hati.
Semasa di kolej, saya tidak mampu melakukannya, kerana para pemudanya rajin bersosial. Saya pula kelihatan aneh di kalangan orang. Bukan mudah melakukannya, meskipun untuk mencari esei secara berkumpulan dengan pelajar lelaki.
Satu masa, saya terlibat dengan seorang pemuda yg katanya lulusan univ Mesir, tetapi belajar comp science di situ... kelihatan warak percakapannya. Anehnya, dia ini pun tidak menjaga pandangannya. Sering berkata manis dengan saya, mengambil hati saya, dan bersosial dgn baik dengan rakan wanita yang lain. Teruja? Cinta pertama... mata saya bersinar-sinar... tetapi lama kelamaan semakin pudar kerana terguris dengan sikap sosialnya. Tidak tahu namanya setia.
Kisah itu disudahkan di situ.
Kenapa? Kerana saya menemui jejaka yang lebih baik dari dia. Hati saya dicontrol oleh jejaka itu :) Yang memandang saya cantik manis di saat saya berasa diri ini tidak cantik. Yang hanya melihat saya, sewaktu rapat dengannya. dan mengikat saya dengan ikatan nikah, bukan ikatan janji. Itulah hakikat jejaka yang saya segani. Suami saya..
Tidak kurang kerapnya saya mengingatkan dia untuk menjaga pandangannya dari benda-benda yang tidak kurang cantiknya di luar.... hehe..
Oh... makin lama saya memahami. Menundukkan mata.... bererti menundukkan Hati. Menjaga aurat... bukan saja menutup pakaian... tetapi menundukkan hati dgn pakaian Taqwa.
Saya sering mengingatkan diri ... tundukkan pandangan. Meski bertudung labuh, berpurdah, atau memakai apapun... jagalah jelingan mata. Mata kita sering berkongsi perasaan, terutamanya mata kita, kaum wanita.... dan lelaki yang tidak 'betul', mudah mengambil kesempatan. Sharing perasaan... biarlah pada orang yang tepat.
Hatta sudah berpunya atau belum, tundukkan hatimu dengan hiasan Taqwa, kerana ia menggambarkan suasana hatimu.... Berjaga-jagalah, pasti boleh!
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Memang benar katamu itu. Susur galur kisahmu hampir sama dgnku. Aku juga menikahi lelaki yg memandangku seorang yg cantik sedangkan aku tidak begitu. Menerima segala kekuranganku dengan hati terbuka. Bersyukur ya Allah mengurniakan kekasih hati yang kuharapkan akan berjalan beriringan ke jannah. Doaku juga begitu buatmu.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat,
ReplyDeleteIa cuma kenangan hidup. Kita kena bersyukur atas segalanya, apa jua yg kita miliki. Doaku, sahabat juga bahagia selalu. :)