Merawat Hati dengan qasidah.
Mengenangkan rabiulawwal yang bakal menjelang, saya dan suami menyempatkan diri menghadirkan diri ke majlis qasidah malam cinta Rasul oleh Habib Syech assegaf. Dah lama rasanya tidak menghadiri majlis sprt itu, berselawat, berselawat...
Cuma kali ini bentuknya lain, kerana ada bait syair yang memuiji Allah dan nabi kita. Qasidah ini, macam nasyid juga... kita kan selalu menyanyikan nasyid kerana tujuannya baik, kerohanian dan menginsafkan. Qasidah juga peranannya begitu, cuma dialunkan dalam bahasa Arab. Terasa lebih dekat dengan bahasa al Quran, bahasa nabi kita dan bahasa ahli syurga...
La Tahzan.
Saya telah kehilangan ayahanda beberapa hari yg lalu. Beliau telah kembali ke hadrat Allah, di rumah kakak tiri saya. Setibanya di kota bharu, kami pergi mencari kereta untuk disewa, lalu pergi mencari kampung kakak tiri saya, kampung lama abah. Saya hanya sempat melihat pengebumian...
Itu tidak mengapa, saya sudah bersedia. Siapalah yang tidak mahu melihat bapa di saat terakhir? Hati saya kelu, tatkala mendengar cerita adik-adik yang tinggal berdekatan yang sempat melihat abah semasa dikafankan.
Tiada siapa mengerti jeritan hati saya. Saya keletihan berlari ke kampung... sehingga tidak mampu menangis. Meskipun suami saya mahu mengejar masa kerana mahukan saya melihat abah.... tetapi saya menahan dia.
" Kita solat dahulu sebelum ke sana ". Saya mahu hati ini tenang.
Selama ini memang abah berharap tinggal di situ.... di kampung lamanya, barangkali sehingga akhir hayatnya. Saya, mama dan adik-adik sentiasa mendoakan abah bahagia walau di mana dia berada...
Saya bahagia jika kakak dan abang tiri saya menjaga dia baik-baik. Selama ini pun, arwah abah memang banyak bergantung dgn kakak abang tiri saya dalam banyak hal. Hendak berulang-alik dari Besut ke kota bharu memang jauh.
Allah...
Dan sekarang, arwah abah dah kembali ke sisi-Nya, dgn doa dan permohonan keampunan, salam kasih dari anak-anaknya.. Sekarang, saya hanya fikirkan ttg nasib mama dan adik-adik perempuan saya.. Ia terpikul di bahu saya secara automatik untuk mengambil berat keadaan mereka. Sepanjang masa di kampung pun, saya dan suamilah yang membawa adik-adik perempuan ke sana dan sini, kerana suami masih bercuti 4 hari masa itu. Jiwa adik-adik perempuan, memang sensitif dan berasa ditinggalkan, masing-masing keletihan emosi... Lainlah saya, dah ada suami, ada tempat mengadu perasaan.
Kasihan melihat 4 orang adik perempuan yang duduk rapat-rapat, bercerita nasib diri. Melihat keluarga saya yang tertinggal, saya harus mengawal hati saya.
Baru pagi tadi, saya melihat tv9 tanyalah ustaz tentang La tahzan, Innallaha ma'a Ana ( Jangan bersedih, Allah bersama kita ).
Tidak kiralah apa kesedihan kita, jangan mendengar kata-kata yang mencetuskan emosi. Kita ini lemah, dan cuma insan biasa yang punya had kemampuan. Bertawakkallah kepada Nya.
Sekarang saya di rumah saya, terasa cepatnya masa 4 hari itu berlalu. Hanya yang teringat... , pokok puding di pusara abah. Saya harus banyak bersedekah pahala utk abah, meskipun semasa abah sakit di hospital lagi... setiap kali teringatkan abah, sedekah masjid, anak yatim dan hatta solat sunat pun, saya hadiahkan pahalanya utk abah. Saya mahu sakit abah terasa kurang, bebannya diringankan.
Saya tahu, di saat terakhir kita, kita hanya berharap keampunan, keampunan, kredhaan dan kasih sayangNya sahaja. Dan Allah memelihara aib kita. Saya mahu mnjadi lorong buat abah ke syurga. Bahkan tidak mahu menjadi penyekatnya. Saya tahu, anak-anak perempuan boleh menjadi lorong ibubapanya ke syurga, ataupun menariknya ke tempat sebaliknya. Saya mahu adik-adik perempuan saya hidup baik-baik, kerana roh Abah memerhatikan kita.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Takziah indah
ReplyDeleteSmg rohnya disamping roh org2 yg beriman
Bersabarlah dik.
Smg adik kuat utk mak &adik2
salam Iza,
ReplyDeletemoga tabah jua.. terasa air mata menitik buat awak.. moga Allah ringankan beban Iza sekeluarga dan buka jalan kemudahan..
al fatihah~
Taaziah pada indah dan keluarga.
ReplyDeleteAruah talah dipanggil dahulu,kita akan menyusul kemudia,itu telah pasti.Bagi yang tinggal janganlah henti menndoakan agar Aruah berbahagia dialam sana.
Makbonda pernah dengar kenyataan Dr Muhaya,sebenarnya kita lebih mudah berbakti pada kedua ibubapa bla mereka telah meninggal dunia,sebab kita boleh setiap masa mendoakan dia,jika mereka masih bersama kita tidak boleh elak dari membuat salah kepada mereka.
wallahuaalam.
Salam kak Lyyn, shidah, dan makbonda,
ReplyDeleteTerima kasih, terima kasih atas ucapan takziah. Alhamdulillah, baru hari ini berasa tidak berat melihat post ini. Moga kita semua dilimpahkan rahmat dan diberi keampunan sentiasa.