Salam sejahtera, temang-teman yang dikasihi Allah,
Bagaimana hari ini? Sejuk jer pagi-pagi. Teringat pulak minggu lalu, panas berhari-hari. 3 round saya basuh pakaian sehari dgn cadar, tuala semua la. Seronok tengok ia kering dan dilipat. Sekarang nak mula minggu nak hujan. pagi lagi dah mendung, maknanya, dengan mesin basuh yang pengeringnya tak berapa kering tu, alamat 2 hari sekali pakaian nak kering betul. Teringin nak cari mesin basuh besar sikit, pengeringnya lebih sempurna terutama bila sumbat kain baju full.
BAB MAKAN
Kelmarin, hari pertama puasa, seharian saya sakit kepala. Padahal pagi2 dah bersahur dgn Hubby. Badan tengah buang toksik kot... haih. Hari kedua ni sakit kepala dah berkurangan, tetapi sakit belakang pula, duduk tak kena, baring tak kena. Selama ini, saya sangat manjakan penyakit gastrik saya ni, asal pening jer mesti cari makanan sedikit, baru lega. Bulan puasa boleh pulak tahan, ek?
Kelmarin dapat idea berbuka pun dah dekat maghrib, kelam kabut saya memasak asam pedas daging dan telur hancur ikan bilis bercili. hehe..
Saya tak tau nak kata apabila orang usik saya mudah sakit perut. Saya buat tak dengar je. Yalah, tak semua orang mahu memahami. Memang saya jg mudah alah dgn makanan trtentu, tapi saya jenis mudah makan, taklah cerewet sangat. Ma abah saya ajar saya dan adik-adik supaya makan apa yang ada. Abah saya cuma kerja kampung, mana boleh selalu makan sedap-sedap berperisa macam kat restoran.
Sejak kahwin dgn orang selangor, baru saya reti makan restoran atau hotel. Itupun sebab selalu ada buffet ramadhan free. Dulupun, fast food pun saya tak reti beli. Orang bandar (suami) yang ajar. Kampung sungguh, saya kan? hehe. Tapi buat apa nak malu, semua orang berasal dari TAK TAHU, kan?
BAB MASAK
Hum, bila menulis ni, hilang sekejap rasa sakit belakang ni. Dah lama tak tak bercerita bab masak. Lama sangat dah.. Saya faham, orang datang blog ini sebab nak cari idea memasak, sebab saya bukan pakar sangat pun. Saya belajar masak pun mula-mula dengan Mama saya. Semuanya simple sebab mama saya orang berniaga gerai gorengan. Cuma taste abah agak rumit (bagi sayala masa tu), sebab abah suka makan gulai (kari) dan masak lemak. nak cari santan, harus mesin kelapa dulu baru perah santannya. Nak cari serai, lengkuas halia kena mengharung semak samun dulu. huks. Adik lelaki saya taste macam abah, nak yang sedap saja... yang simple taknak. Tetapi nak buat camana, sebab Abah yang dok rumah sebab bertani , Mama yang berniaga di luar. Saya ni kaki panjang, dok asrama dekat 6 tahun. Lepas tu, baru belajar masak sikit-sikit. Memang seksa (haha...).
Benar, saya orang kampung sungguh! Orang kampung yang simple! Jadi kedua ma abah saya guru masak pertama saya.
Lepas kahwin dengan orang selangor, saya belajar pula cara mertua memasak. Cara mertua, sedikit ala orang bandar, sebab banyak jenis alatan dan bahan masak yang mertua saya tahu. Saya sayangkan suami, mestilah saya nak tahu apa makanan kegemarannya. dan juga saya mahu mengambil hati keluarga suami. Mereka selalu cakap makanan orang pantai timur manis-manis. Itu persepsi yang sukar diubah. orang Jawa suka pedas-pedas, dan saya ikutkan saja.. Bagi saya, bila kita di dapur orang, saya akan ikut selera tuan rumah trsebut. Dialah Chefnya! saya mungkin membantu bahan-bahan dan resipi yg mereka boleh terima. Itu lebih senang bagi saya. Tambahan pula, bila kita membantu, semulajadinya kita belajar dengan mereka.
Ibu mertua ialah guru masak kedua saya. Saya sentiasa hargai tunjuk ajar mak, dan akan sedia membantu mak bila-bila mak memerlukan. Jika saya sibuk, janganlah berkecil hati. Saya akan sentiasa cuba membahagiakan Ma abah saya, dan mak ayah. Di sini kehidupan saya.
Untuk belajar suatu masakan, mula-mula memangla kita kena ikut resipi gram per gram, step by step. Lama-lama kita mula pandai olah resipi ikut selera. Bila dah sekali buat, kita akan berani membuatnya lagi, sebab dah PERNAH buat, boleh agak kecairan dia camana, kepekatan, masin manis masam yang kita mahukan. Bila dah SELALU buat, barulah kita mampu main campak-campak jer, dah boleh buat dgn sedap menggunakan bahan yg ada, meskipun dapur itu bukan dapur kita, dan kita boleh guna bahan atau tools yang berbeza dari dapur kita. Ia satu cabaran yang mengujakan. Jadi, janganlah main-main dgn resipi. Ada resipi kita boleh olah suka hati, ada resipi yang sensitip, kurang terlebih sedikit pun tak jadi. Bila suatu resipi tu kita selalu buat, maka kita lebih expert dengannya. Lagi... JANGAN salahkan resipi.. kita yang memilihnya, dan haruslah kita menanggung susah senang, kecualilah ia TERSANGAT jauh bezanya dari apa rupa asal.
Pure atau tak resipi itu kita tak mampu tafsirkan. Memang laksa ada kat terengganu, tetapi ada laksa utara, ada laksa penang. Nasi lemak setiap negeri pun berbeza. Jadi, kita berfikiran terbukalah, lapangkan dada.. kalau dia cakap nasi lemak taruk halba halia lagi sedap, itu resipi dia, kena hormati. Sedaya upaya, cuba ikut resipi dia... JTB (Jangan Takut Mencuba). Tetapi kalau dah tak allergik dgn bahan tertentu, janganlah memaksa diri, kalau suami lebih sukakan pedas, cili merah tu tukarlah cili padi. Tak susahla..
MEMBELI
Satu lagi yang saya baru jumpa dalam buku chef BSR, puan Roza (buku bukan sekadar resipi). Beliau kata, kalau nak murah, carilah bahan masakan yang ada di tempat kita dan ada banyak pada musimnya. Ia menjimatkan masa dan duit. Saya tak sedar CARA itu. Kenapa? Sebab saya di pasaraya, selalu beli ikut selera, ikut suka. Saya tak sedar sama ada bahan masakan itu murah , musim bila (musim durian saya tahu la.. hehe). Barangkali tempat kita cuma ada musim hujan, musim kering,musim banjir, musim kemarau. Bukan musim bunga dsbg. Tetapi satu perkara kita boleh detect, bila bahan itu tidak dijual di pasaraya, bermakna bukan musimla tu.. Macam udang, selalu dah takde kat pasaraya terdekat ni. Mangga yang kuning pun takde.
Yang kita tahu, MUSIM SALE. Saya kira, setiap bulan ada sale kat pasaraya... tapi tak larat juga nak jelajah setiap pasaraya, lainlah kalau rumah kita terletak di segi empat, Tesco-rumah-giant-ikea. Gulp! Jadi, saya fikir kita beli barang yang berlambak-lambak, maknanya murahla. Tetapi barangan tin atau separa segera, tak payahla cakap, memang menjimatkan masa, tetapi nak berjimat DUIT memang susah. Antara beli sayur-mayur dan lauk dengan choice makanan beku atau separa masak dalam tin, choice yang kedua tu berpuluh ringgit bezanya. Nak yg murah, harus berusaha lebih sikit.
Yang saya suka, chef BSR, beliau ada katakan, meskipun ayahnya seorang guru berpendidikan tingkatan tiga, gajinya kecil, tetapi ibunya pandai mengatur belanja rumahtangga, berjimat, tetapi mereka sekeluarga selalu dapat makan yang sedap-sedap dan berkhasiat. Ibunya pandai memasak, dan lagi ibunya sentiasa membantu ayahnya di kebun koko. Saya terkesan dengan kata-katanya. Jadi, siapa kata untuk masak yang sedap kita perlu gunakan bahan yang mahal-mahal atau short-cut yang penuh perisa? Ia peringatan utk diri saya.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────