Assalamualaikum wr wbkth,
Kebingungan. Hubby dah matikan internet di rumah sewa, sebab dah takde masa nak pegi TM. Tambah bingung, kawasan rumah baru takde takde talian TM? Oh, jangan terbingung juga macam saya. Kami dalam proses nak survey talian telekom.
Ini guna broadband henpon Hubby yang tersedut-sedut juga.
Tadi, Hubby ajak saya ke masjid. Agaknya kalau saya nak mengikut. Entahlah, saya rasa segan, sebab pagi-pagi camni hanya makcik-makcik yang ada, orang sebaya saya mana ada. Saya sering ditenung semacam je. Masa terawikh haritu, ramai perempuan atau waktu ada majlis ceramah di masjid, bolehla, tak nampak sangat. Serba salah bila diajak, bila pergi pun serba salah.
Perempuan manalah sunat atau wajib ke masjid, bahkan 'digalakkan' solat di rumah. Untuk mendapat pahala, Insya Allah, afdhal dengan dirinya. Kita pun tak boleh sekat suami dari ke masjid semata-mata nak dapat pahala Jemaah. Kalau ada anak perempuan, lebih baik untuk si ibu berjemaah. Hubby tentu lebih arif...
Hari ini, hari terakhir kami ke rumah sewa. 31 Ogos, tinggal nak cuci ruang bilik air saja, yang lain dah sental dah. Sayu... siapa yang tak sayu... 6 tahun kami diami, dari tahun 2007. Ia bermula dari ajakan kawan hubby yang baru berkahwin dan pindah ke situ. Sehinggalah mereka berpindah ke ruymah sendiri, kami masih di situ. Saya bertahan meskipun hubby rasa tak berpuas hati dgn maintenance apartment, banyak juga rungutan keluarga yang datang ke rumah kami. Tapi saya bertahan, takmo pindah randah. Nak pindah juga, mesti rumah sendiri. Bila impikan begitu, perlahan-lahan... ia jadi begitu. Nampak je ada jualan rumah kat kawasan BB ni, terus kami try. Alhamdulillah jadi juga pindah rumah sendiri. Biarlah... biarlah rumah tak sebesar mana. Ada 3 bilik, cukup-cukup untuk keperluan kami suami isteri. Jika ada komen sesiapa, biarlah, biarlah... jika bilik tak cukup untuk keluarga yang menziarah, takpelah... dah itu yang ada. Kami beli setakat 'keperluan' kami suami isteri..
Buat apa nak malu dengan orang? Meskipun kawan-kawan Hubby semuanya rumah 2 tingkat? Hati saya pun terdetik juga, tetapi saya tepis semuanya. Godaan tuh! :) Sepatutnya saya mendapat semangat yang begitu dari orang sekeliling. Kita dengan 'keperluan' kita, bukan keinginan kita.
Rumah teres setingkat dengan 3 bilik, Alhamdulillah, tercapai impian memiliki rumah kami berdua. Saya bangga, suami saya mahu juga belikan untuk keperluan saya, isterinya. Selain rumah apartment Hubby yg disewakan orang di botanic.
Saya sebagai isteri MESTI berpuas hati atas apa yang ada ^____^
I DO LOVE YOU, SAYANG...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────