83 tahun.
Agak-agaknya...sepanjang umur kita... huhu. Malam lailatul qadar lebih baik dari malam-malam yang kita dok beribadah sepanjang hayat kita ?!
Allah...Ruginya, ruginya..kalau tak dimanfaatkan.
Pagi tadi, kami sempat ke majlis ilmu bersama Ustaz Don di surau al Ikhlas bandar sg buaya. Rezeki... first time kami dapat tengok live. Celoteh , sifat humble, dan gurauan sama seperti yg 30 minit bersama ustaz Don kat tvalhijrah tu. :))
Mula-mula, ada yang dah menangis bila ustaz Don cakap, malam tadi, malam ke 23 MUNGKIN ialah malam lailatul qadar.
............
Ia mengikut ijtihad ulamak, mengikut kiraan Imam Syafie, jika puasa bermula hari Sabtu, maka lailatul qadar jatuh pada malam 23, ada juga pendapat malam 21. Tandanya, pagi tadi, jam 12 tengahari, matahari belum nampak. Padahal bukan nak hujan. Jam 2.00 pm, barulah nampak matahari. Mengikut tanda, begitulah. wallahuwaklam.
.............
Kemudian, last sekali selepas cerita-cerita yang lain, Ustaz Don bagitau, Allah menerima amalan pada malam lailatul qadar, ialah BERMULA DARI SOLAT TERAWIKH. Sesiapa yang solat terawikh, kira dapatlah.
:))
Masing-masing sengih. Berita gembira.
Sebenarnya, masa awal pagi yg masih gelap, My Hubby asyik tenung pokok-pokok, kot ada tanda pokok merendang tanda mereka sujud. hehe..
Tetapi siapa yg can cilok ada masa terawikh, ada masa tak terawikh, malam-malam sebelum ini, belum tentu diterima atau tak. Apatah lagi kalau tak ditambah dgn iktikaf dan qiyamullail, menunggu malam lailatul qadr.
Sekarang ini, saya hanya menumpang-numpang pahala suami sahaja... sebab ABC (Allah bagi cuti). Dalam berasa rugi, saya tenangkan hati. Siapa kata isteri tak dapat pahala dalam waktu begini? Sekali dia sediakan pakaian dan makan minum suaminya utk beribadah, dia mendapat juga pahala yang sama sprt suaminya. Harapnya, ada lah 'bahagian' saya yg banyak kekurangan pada malam yg barakah. ABC itu kehendak Allah, jadi kena redha, barulah emosi kita stabil, tak mudah naik angin, tak cepat penat, dsbg..
Istiqamah, mesti Istiqamah. Yang malam tadi, belum tentu dikira Allah, jadi kita harus berusaha lebih dalam 6 hari berbaki ! Rasulullah, para isteri baginda dan keturunan baginda, juga para sahabat yg dijamin syurga pun masih sangat banyak beribadah dan membuat kebajikan meskipun mereka di antara orang pilihan Rasulullah dan bakal diberi syafaat oleh baginda di akhirat kelak.
Pahala sepanjang ramadhan dilipat ganda 700 kali. Pintu Rayyan terbuka untuk orang-orang yg berpuasa , tidak hanya berpuasa lapar dan dahaga, tetapi yg menjaga anggota dari maksiat, menjaga mulut, hati dan buat banyak kebajikan. Adab-adabnya kena jaga..
Ramai orang yg kursus haji berbelas minggu hanya utk sekali haji. Tetapi tidak pernah orang berkursus utk menghadapi bulan Ramadhan. Itulah yg Ustaz Don cakap. Jadi, berbaki beberapa hari lagi, kita tingkatkan usaha Ibadah, bukan perkara lain. Moga ada bahagian kita, dan kita dipilih Allah utk pintu RAYYAN.
Teringat Ma Abah saya pernah bercerita, ada seorang wanita alim yang sering beribadah di malam yg mulia, Ramadhan. Malam tu ada seorang lelaki tua mengetuk pintu, meminta segelas air. Ini kisah zaman-zaman dahulu yg mana ramai musafir. Dia memberi lelaki tua itu minum. Esoknya, wanita itu lihat air telaganya naik sampai atas.... dan boleh dicedok guna tangan jer. Subhanallah! Agaknya. lelaki tu iatu malaikat kah? Atau nak menyatakan itu malam lailatul qadar? Atau ia tanda Rumah kita diberikan rahmah oleh Allah, beserta penghuni rumah itu? wallahuwaklam.
Seronok kan ?!
Hari berpuasa masih tinggal 6 hari. Kita istiqamah! :)
Banyakkan La ilaha illallah, dan Astaghfirullahal azim..
Ya Allah, pilihlah kami semua dan seluruh keluarga kami utk lailatul qadar dan syurga Rayyan...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
dulu masa kecik, saya ingat kalau tak dapat tengok benda² ajaib (macam air telaga naik), kita tak dapat fadhilat lailatul qadar, hehe
ReplyDeletehati saya pun rasa malam kemarin, tapi takde asas apa², rasa je, boleh pakai ke? :D
Salam KOG,
ReplyDeleteMasa kecil dahulu, saya pun anggap sama yg macam KOG fikir. hehe.. namun saya fikir, perkara ajaib tidak mustahil berlaku pada orang yg terpilih.
rezeki bagi orang yang rajin terawikh dan menunggu lailatul qadar. :D Moga rezeki untuk KOG juga pada kita semua..