Assalamualaikum visitor dan teman-teman blogger.
Saya hanya mahu mencatat. :) Masih tak terlambat ke nak ucap hari raya? Selamat Hari Raya diucapkan buat semua teman-teman yang mengenali di luar atau di dalam maya...
^_____^
Last hari ssebelum balik, memang tak sempat sungguh. Malam hari raya, kami berbuka puasa di rumah baru dengan memegang drill untuk memasang langsir, juga menyental dapur sambil mendengar takbir raya, :). Bila esoknya itu 29 hari berpuasa, terasa masih bulan Ramadhan lagi.. Tetapi dah jangka dah, sebab siangnya panas, jadi mestilah anak bulan dah nampak..
Makanan berbuka itu juga diambil dari masjid sebelum berjemaah solat maghrib. Sabtu tu ialah hari terakhir renovation. Akhirnya, siap jugalah grill kat dapur tu. Jadi malam tu juga, kami menyental lantai rumah semata-mata tidak mahu terlalu sibuk selepas pulang dari kampung.
Esoknya, barulah kami balik kampung suami, Banting.
Ia kisah rumahtangga kami. :)
Setiap orang pasti ada kisahnya tersendiri, bukan? ;)
Hari raya bermakna tak tanpa kuih raya? Percayalah, satu kuih raya pun saya belum buat. Takpelah, saya memang nak buat, tetapi selepas boleh basuh rumah, barulah hilang rasa resah di hati ini. Sedap tak sedap belakang kira, janji kita buat sendiri... Saya dah rasa, hanya kuih kesukaan suami dan saya yg saya nak buat, campur sedikit kuih yang budak-budak suka. Saya lihat masa beraya rumah sedara mara Hubby 3 hari lalu, parents tidaklah merasa sangat kuih raya, hanya budak-budak merasa sedikit sebanyak. Saya lain.. sebab saya kuat makan kuih raya, sambil cari idea. hehe..
Kalu bab duit raya, tahun ini, Hubby sempat tukar duit baru meskipun last minute. Saje.. sebab semua orang sibuk duit baru. Saya baru saja tengah kumpul dan susun duit raya, tiba-tiba Hubby dikejutkan dengan rezeki tambahan, meskipun dah banyak kami berhabis untuk renovation rumah :))
Itulah sedikit rezeki yang kami 'berkongsi' dengan parents dan sepupu-sepupu yang masih sekolah dan anak-anak sepupu hubby. Sebab itu saya senang hati mengisi sampul raya. Saya percaya bahawa Allah dah janji akan ada pulangannya bila-bila..
Oklah, saya berundur diri dahulu.
Ampun maaf dipinta jika ada kesalahan saya sepanjang berblogging dan berkenal bertegur sapa. Mohon halalkan resipi2 yang saya pernah guna dan share. Insya Allah, saya BW sedaya boleh. TOMORROW IS A BIG DAY. Kami bakal mengangkut barang besar-besar ke rumah baru. :))
Allahumma yassir wala tu'assir.
Kad raya zaman mula-mula berblog. :D
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Selamat hari raya Nurindah. Mohon maaf juga kalau ada tersilap kata di sepanjang mengenali nur.
ReplyDeleteselamat hari raya..maaf zahir dan batin..(^_^)
ReplyDeleteselamat hari raya nur.
ReplyDeleteSalam ibundo,
ReplyDeletemohon maaf sebab lama menunggu. orang datang beraya, tuan rumahnya takde :)) Saya berulang alik dari rumah baru ke rumah sewa ni.
Mohon maaf zahir dan batin juga ya, Ibundo.
kalau saya nak datang beraya, boleh lagi kan? hehe..
Salam teacher basariah,
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir dan batin teacher. mohon maaf sebab tuan rumah baru balik. :)
Salam kak izah,
ReplyDeleteapa khabar kak? Selamat hari raya juga. mohon maaf juga sebab tidak sempat berkunjung ke dapur kak izah. yg dirancang lain, yang terjadi lain pula. banyak betul perkara kena dibuat, :))
Mohon maaf zahir dan batin kak, sempena raya ini..