Saya ada membaca buku S.M.I.L.E, yang ada gambar irma hasmie. Tapi maaf, saya tak pinjam pun buku tu, sebab saya habis membacanya di library.
Satu bab, kisah seorang budak yang sering diejek kawan-kawannya di sekolah. Dia bukan seorang penentang, malah suka bertolak-ansur dengan semua orang. Kebanyakan kita, bersifat defensive, kan? Dia tidak begitu. Ia agak menjejaskan pergaulannya di sekolah. Down self esteem.
Seorang guru telah mengatakan kepadanya,
" Dalam diri kita, ada diri Ibubapa kita "
" Cuba listkan sikap-sikap baik yg ada pada ibubapa kamu yg kamu boleh tiru..."
Jadi, budak itu telah menyenaraikan dan dia mendapati, dirinya mudah senyum pada orang, tenang dan lucu, pandai melukis, penyabar. Jadi, dia praktikkan sikap-sikap itu di sekolah.
Apabila orang mengejeknya, dia cuba mengambil ia sebagai satu usikan. Apabila diejek lagi kuat, dia hanya senyum tidak membalas apa-apa. Sehinggalah, teman-teman sekolah yang nakal itu tak larat lagi mengusiknya. Apabila ada kawannya yg mempunyai masalah dlm matapelajaran Sejarah, dia melukiskan gambarajah peta minda untuk kawan sekelasnya itu.
Dia membina keyakinan diri.
Carilah buku SMILE. banyak kisah menarik di situ. :)
-----------------------------------
TIDAK PERNAH LUPA
Orang-orang ini pernah hadir dan memberi kesan dalam hidup saya.
Saya tidak pernah lupa kebaikan guru-guru, terutama yang tolong membayarkan yuran asrama saya rm30 sebulan, di saat ibubapa saya sedang menanggung kesusahan. Moga Allah merahmati ustazah Fatimah , meskipun di mana dia berada.
Saya tidak pernah lupa kebaikan makcik kelantan (saya tak pernah tanya namanya), yang sentiasa memberi laukpauk jualannya apabila saya sengaja bertandang ke rumahnya semata-mata untuk merasa lauknya yg sedap. Hendak beli, duit belajar belum masuk. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Ya Allah, saya terkilan sebenarnya kerana tidak sempat menziarahnya semasa sakit. Apalah khabar anak-anaknya?
Saya tidak pernah lupa, seorang makcik di taman indah yang selalu menjemput saya dan adik makan di rumahnya. Dia membantu apabila saya diserang gastrik yang teruk semasa belajar dan dimasukkan ke hospital. Masa terus berlalu. Moga seluruh keluarganya mendapat Rahmah walau di mana berada...
Saya tidak pernah lupa, jasa baik rakan sekolah Khadijah hilmun yang sentiasa membantu saya dalam matematik tambahan, Dia dah jadi doktor sekarang. Juliana yang sering membantu saya kerana syampu dan sabun mandi saya sering dicuri orang. Tidak tahu ke mana dia. Tetapi moga Allah merahmati kehidupannya.
Teacher Salmi yang sering menghadiahkan makanan buat saya, jacob's cream craker. Dan di antara warden asrama yang menunjukkan sifat prihatin setelah saya diserang apendiks dan dibedah di saat menjelang SPM.
Siti Rahayu, yang namanya hampir sama nama adik ke 4 saya. Manakan saya lupa padanya... Hanya Allah yg tahu kasih sayang saya terhadapnya sebagai teman. Tetapi saya biarkan dia, kerana saya tersangat susah ketika itu. Saya tidak mahu dia tercalit dgn kesusahan saya..
Shahidah... teman lama yang pernah bertemu di low yat baru-baru ini. Dia yang selalu memberi peransang kepada saya dalam hal pelajaran semasa di sementojie. Semasa saya berada di rumah, dia selalu menghantar surat beserta duit untuk adik-adik. Sampaikan saya rasa malu mahu membalas suratnya. Shaz, saya sentiasa ingat itu nama pena kamu. :)
Selain ibubapa, itulah di antara mereka yg sentiasa dalam doa saya...
Moga Allah memberkati mereka.
APA YANG BERLAKU DI DALAM HIDUP KITA, BUKAN MILIK KITA. TETAPI HAK ALLAH UNTUK MENENTUKANNYA. BEGITULAH JUA;
TAKDIR KEHIDUPAN KITA,
YANG BURUK ATAU BAIK,
JODOH KITA,
KAYA ATAU MISKIN KITA,
ANAK-ANAK KITA DAN BAIK BURUK JODOH MEREKA,
TAKDIR KESIHATAN KITA ATAU ORANG2 YANG KITA SAYANG,
KESUDAHAN KITA....
SEMUA KETENTUAN ALLAH.
SENJATA KITA, IALAH DOA.

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment