Salam sejahtera buat teman-teman,
Salam 21 Ramadhan, selamat mengharungi malam 22. :)
Mr hubby dah rancang macam-macam, nak beriktikaf lah, nak berbuka di masjid, nak qiyamullail.
Oh, perkara seperti ini tidak asing di bulan Ramadhan. Tiada apa yg nak dibanggakan. Semua orang berlumba-lumba mahu mengecap nikmat Ramadhan dan lailatul qadar. Kita tak tahu bila berlaku, apakah yang diberikan, yang kita tahu ia SPECIAL GIFT dari Allah. :))
Sayu tiba-tiba..
Saya tak dapat turut serta dalam kemeriahan 9 malam berbaki ini. tapi takpelah, dah 19 hari saya lalui Ramadhan kali ini. Bila bangun tengah malam, sama ada kita boleh sembahyang atau tidak, kita berzikir, istighfar dan berdoa. Dikatakan jika kita bertemu malam 'Itu', maka ucapkan "Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah daku.
Kelmarin, hari last Syeikh Nuruddin di Ihya' Ramadhan Tvalhijrah. Saya tak sempat tengok pun, tertidur pulas petang tu. :) Tetapi jurukamera krew masing-masing bersalaman dgn Syeikh kerana Syeikh hanya akan kembali ke Malaysia selepas hari raya. Teringat malam Qiyamullail kami di Bkt Sentosa pada minggu kedua yang lalu. Alhamdulillah, pukul 3.30 pagi kami ke masjid bkt Sentosa. Syeikh mengetuai zikrullah.Dan lepas sahur, solat subuh, kami mendengar tazkirah lalu jemaah lelaki bersalaman. Kebanyakan yg hadir, pengikut kuliah Syeikh. Terima kasih, Syeikh Muhammad Nuruddin kerana membimbing kami semua sepanjang ramadhan 1433H kali ini.:) Terima kasih tvalhijrah. :)
Hum, saya tak tahu pula, teman-teman kita dari negeri lain tak dapat siaran TValhijrah. Ada seorang hamba Allah telah merakam ihya' ramadhan dgn cantik sekali di link ini :
http://www.youtube.com/playlist?list=PL0CD2B03CD8BD3D9D&feature=plcp
Eh, saya banyak bercakap pada diri sendiri pula. hihi. Maafkan saya. Gambar kat sini, Double choco doughnut. Resipi kak Yani Myresipi. Donut ni, saya dah belah dua, sebab tu nampak gitu. hehe,...
Donut koko tu, digoreng, pastu saya salutkan dgn coklat dan sedikit donut yang saya hancurkan. Hurm, bila pandang-pandang, kan cantik lagi kalau tabur badam ke? :)) Sebab ia digoreng, kulit dia rangup macam cekodok, tetapi bila disalut coklat dan donut hancur tu, gigit jer, rasa rangup sikit. Sekarang saya letak dalam fridge. Ingat nak bawa ke tempat jamuan tu, teman-teman hubby jer..
Resipi di sini: http://www.myresipi.com/top/detail/3591
Panjang dah nak tulis kat sini. :)
Selamat beribadah, kata orang, malam istimewa itu ada pada 10 hari terakhir, dulu-dulu, Abah saya pasang pelita sepanjang malam 7 likur. :) Petang ni saya nak bersiap-siap ke majlis berbuka puasa. Jadi nak bersihkan sinki yang berkecah. :)
Selalu, saya tidak tahu nakkan apa semasa berdoa. Saya ingin listkan secara jelas keinginan saya. list dari ramadanplanner, kita list untuk keperluan kita di dunia, juga apa yg kita nak untuk membaiki ibadah kita. Moga teman-teman saya semua bertemu malam lailatul qadar dalam sedar atau tidak. :)
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Assalam Nurindah... walaupun kita dah diakhir ramadhan.. masih tak terlambatkan nak ucap selamat berpuasa dan masih tak terlambatkan nak mengejar pahala-pahala yang dijanjjikan dibln yg mulia ini.. SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA yang bakal tiba buat Nurindah sekeluarga.
ReplyDeleteSalam kak Yani,
ReplyDeletehehe. Terima kasih kak. Mohon maaf kerana saya tak hop ke sana setelah menyediakan donut. Dok kalut nak keluar kelmarin. :)