Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Friday, August 31, 2012

I do..


Assalamualaikum wr wbkth,

Kebingungan. Hubby dah matikan internet di rumah sewa, sebab dah takde masa nak pegi TM. Tambah bingung, kawasan rumah baru takde takde talian TM? Oh, jangan terbingung juga macam saya. Kami dalam proses nak survey talian telekom.

Ini guna broadband henpon Hubby yang tersedut-sedut juga.

Tadi, Hubby ajak saya ke masjid. Agaknya kalau saya nak mengikut. Entahlah, saya rasa segan, sebab pagi-pagi camni hanya makcik-makcik yang ada, orang sebaya saya mana ada. Saya sering ditenung semacam je. Masa terawikh haritu, ramai perempuan atau waktu ada majlis ceramah di masjid, bolehla, tak nampak sangat. Serba salah bila diajak, bila pergi pun serba salah.

Perempuan manalah sunat atau wajib ke masjid, bahkan 'digalakkan' solat di rumah. Untuk mendapat pahala, Insya Allah, afdhal dengan dirinya. Kita pun tak boleh sekat suami dari ke masjid semata-mata nak dapat pahala Jemaah. Kalau ada anak perempuan, lebih baik untuk si ibu berjemaah. Hubby tentu lebih arif...


Hari ini, hari terakhir kami ke rumah sewa. 31 Ogos, tinggal nak cuci ruang bilik air saja, yang lain dah sental dah. Sayu... siapa yang tak sayu... 6 tahun kami diami, dari tahun 2007. Ia bermula dari ajakan kawan hubby yang baru berkahwin dan pindah ke situ. Sehinggalah mereka berpindah ke ruymah sendiri, kami masih di situ. Saya bertahan meskipun hubby rasa tak berpuas hati dgn maintenance apartment, banyak juga rungutan keluarga yang datang ke rumah kami. Tapi saya bertahan, takmo pindah randah. Nak pindah juga, mesti rumah sendiri. Bila impikan begitu, perlahan-lahan... ia jadi begitu. Nampak je ada jualan rumah kat kawasan BB ni, terus kami try. Alhamdulillah jadi juga pindah rumah sendiri. Biarlah... biarlah rumah tak sebesar mana. Ada 3 bilik, cukup-cukup untuk keperluan kami suami isteri. Jika ada komen sesiapa, biarlah, biarlah... jika bilik tak cukup untuk keluarga yang menziarah, takpelah... dah itu yang ada. Kami beli setakat 'keperluan' kami suami isteri..

Buat apa nak malu dengan orang? Meskipun kawan-kawan Hubby semuanya rumah 2 tingkat? Hati saya pun terdetik juga, tetapi saya tepis semuanya. Godaan tuh! :) Sepatutnya saya mendapat semangat yang begitu dari orang sekeliling. Kita dengan 'keperluan' kita, bukan keinginan kita.

Rumah teres setingkat dengan 3 bilik, Alhamdulillah, tercapai impian memiliki rumah kami berdua. Saya bangga, suami saya mahu juga belikan untuk keperluan saya, isterinya. Selain rumah apartment Hubby yg disewakan orang di botanic.

Saya sebagai isteri MESTI berpuas hati atas apa yang ada ^____^
I DO LOVE YOU, SAYANG...











Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, August 22, 2012

Hari raya dah lepas, tetapi hati ini masih beraya.. ;)

Bismillah,
Assalamualaikum visitor dan teman-teman blogger.

Saya hanya mahu mencatat. :) Masih tak terlambat ke nak ucap hari raya? Selamat Hari Raya diucapkan buat semua teman-teman yang mengenali di luar atau di dalam maya...

^_____^


Last hari ssebelum balik, memang tak sempat sungguh. Malam hari raya, kami berbuka puasa di rumah baru dengan memegang drill untuk memasang langsir, juga menyental dapur sambil mendengar takbir raya, :). Bila esoknya itu 29 hari berpuasa, terasa masih bulan Ramadhan lagi.. Tetapi dah jangka dah, sebab siangnya panas, jadi mestilah anak bulan dah nampak..

Makanan berbuka itu juga diambil dari masjid sebelum berjemaah solat maghrib. Sabtu tu ialah hari terakhir renovation. Akhirnya, siap jugalah grill kat dapur tu. Jadi malam tu juga, kami menyental lantai rumah semata-mata tidak mahu terlalu sibuk selepas pulang dari kampung.

Esoknya, barulah kami balik kampung suami, Banting.

Ia kisah rumahtangga kami. :)
Setiap orang pasti ada kisahnya tersendiri, bukan? ;)


Hari raya bermakna tak tanpa kuih raya? Percayalah, satu kuih raya pun saya belum buat. Takpelah, saya memang nak buat, tetapi selepas boleh basuh rumah, barulah hilang rasa resah di hati ini. Sedap tak sedap belakang kira, janji kita buat sendiri... Saya dah rasa, hanya kuih kesukaan suami dan saya yg saya nak buat, campur sedikit kuih yang budak-budak suka. Saya lihat masa beraya rumah sedara mara Hubby 3 hari lalu, parents tidaklah merasa sangat kuih raya, hanya budak-budak merasa sedikit sebanyak. Saya lain.. sebab saya kuat makan kuih raya, sambil cari idea. hehe..

Kalu bab duit raya, tahun ini, Hubby sempat tukar duit baru meskipun last minute. Saje.. sebab semua orang sibuk duit baru. Saya baru saja tengah kumpul dan susun duit raya, tiba-tiba Hubby dikejutkan dengan rezeki tambahan, meskipun dah banyak kami berhabis untuk renovation rumah :))

Itulah sedikit rezeki yang kami 'berkongsi' dengan parents dan sepupu-sepupu yang masih sekolah dan anak-anak sepupu hubby. Sebab itu saya senang hati mengisi sampul raya. Saya percaya bahawa Allah dah janji akan ada pulangannya bila-bila..


Oklah, saya berundur diri dahulu.
Ampun maaf dipinta jika ada kesalahan saya sepanjang berblogging dan berkenal bertegur sapa. Mohon halalkan resipi2 yang saya pernah guna dan share. Insya Allah, saya BW sedaya boleh. TOMORROW IS A BIG DAY. Kami bakal mengangkut barang besar-besar ke rumah baru. :))

Allahumma yassir wala tu'assir.



Kad raya zaman mula-mula berblog. :D




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, August 17, 2012

My checklist raya tahun ini..

Bismillah,
Allahumma yassir, wala tu'assir
Ya Allah, mudahkanlah!
Ada yang sudah, ada yang belum... :))

CHECKLIST

☑ bayar zakat fitrah.
☑ Gosok pakaian kerja hubby.
☑ Basuh pakaian lain, keringkan, lipat.
☑ spare duit untk parents.
☐ Sampul raya - duit raya untuk anak-anak kawan dan jiran.
☐ Cenderahati untuk jiran-jiran lama.
☐ Doorgift untuk jiran-jiran baru.
☐ Majlis doa selamat


MOVING
☑ Renovation siap utk bahagian dalam dan tembok.
☑ 70% pindah barang yang muat kereta simpan dalam 2 bilik
☑ Keluarkan barang dari kabinet lama. hanya 2 kabinet kayu nak bawa.
☑ bayar last payment renovation pada kontraktor
☑ rumah - siap pasang lampu dan kipas
☑ rumah - langsir malam ruang tamu dah siap
☐ rumah- rail belum pasang, langsir malam ruang tamu belum siap jahit, langsir dapur dan bilik belum beli
☐ drill - pasang 1 kabinet ikea kat dapur, dan pasang rail langsir.
☐ Nak cat dapur dan bilik air - barang mengecat dah beli
☐ Basuh rumah baru
☐ Basuh rumah sewa
☐ Info tuan rumah sewa - bayar sehingga akhir bulan 8, dan kawtim barang-barang yang rosak (ganti/halal/tolak deposit), clear Bil air dan letrik, ambil masa pindahkan alamat surat menyurat.
☐ Angkut barang guna lori masa cuti shutdown kilang next week
☐ Need tenaga tambahan
☐ LORI: kabinet kayu 2, meja makan, almari 3 pintu, rak kayu tinggi, washing machine, fridge, sofa 3 seater, 1 basikal
☐ Bayar bil air dan letrik rumah baru.
☐ Hias halaman, pergi nursery beli pokok ada bunga mekar :) sekarang ni cuma ada pokok daun lidah buaya jer yg mekar . hehe..
☐ Bersihkan batu-batu kat laman, nak tanam serai, pandan.
☐ pindahkan no telefon dan masuk line streamyx.
☐ last week Ogos lepas raya - beli 2 biji kipas lagi (ruangtamu dan bilik tetamu) dan 'areal' tv (ah lun pasang), pasang lampu-lampu bilik yang lain, basuh rumah-rumah dan kemas ruang tamu.



RAYA
☑ 2-3 hari beraya rumah parents hubby, then balik nak angkut barang dgn lori. Lori dah tempah.
☑ Runner meja raya dah ada
☑ Balang kuih raya dah ada
☑ Kuih raya dan Menu Raya Planner
☐ Barang- barang kuih dan makan nak tambah sedikit
☐ nak buat kuih raya
☐ Baju beraya ke rumah sedara-mara dan kawan hubby.
☐ Start puasa 6/ qada pada seminggu raya, Insya Allah.




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, August 16, 2012

Kita jangan terlupa


Saya ada membaca buku S.M.I.L.E, yang ada gambar irma hasmie. Tapi maaf, saya tak pinjam pun buku tu, sebab saya habis membacanya di library.


Satu bab, kisah seorang budak yang sering diejek kawan-kawannya di sekolah. Dia bukan seorang penentang, malah suka bertolak-ansur dengan semua orang. Kebanyakan kita, bersifat defensive, kan? Dia tidak begitu. Ia agak menjejaskan pergaulannya di sekolah. Down self esteem.

Seorang guru telah mengatakan kepadanya,

" Dalam diri kita, ada diri Ibubapa kita "
" Cuba listkan sikap-sikap baik yg ada pada ibubapa kamu yg kamu boleh tiru..."

Jadi, budak itu telah menyenaraikan dan dia mendapati, dirinya mudah senyum pada orang, tenang dan lucu, pandai melukis, penyabar. Jadi, dia praktikkan sikap-sikap itu di sekolah.

Apabila orang mengejeknya, dia cuba mengambil ia sebagai satu usikan. Apabila diejek lagi kuat, dia hanya senyum tidak membalas apa-apa. Sehinggalah, teman-teman sekolah yang nakal itu tak larat lagi mengusiknya. Apabila ada kawannya yg mempunyai masalah dlm matapelajaran Sejarah, dia melukiskan gambarajah peta minda untuk kawan sekelasnya itu.

Dia membina keyakinan diri.

Carilah buku SMILE. banyak kisah menarik di situ. :)



-----------------------------------

TIDAK PERNAH LUPA
Orang-orang ini pernah hadir dan memberi kesan dalam hidup saya.


Saya tidak pernah lupa kebaikan guru-guru, terutama yang tolong membayarkan yuran asrama saya rm30 sebulan, di saat ibubapa saya sedang menanggung kesusahan. Moga Allah merahmati ustazah Fatimah , meskipun di mana dia berada.

Saya tidak pernah lupa kebaikan makcik kelantan (saya tak pernah tanya namanya), yang sentiasa memberi laukpauk jualannya apabila saya sengaja bertandang ke rumahnya semata-mata untuk merasa lauknya yg sedap. Hendak beli, duit belajar belum masuk. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Rohnya. Ya Allah, saya terkilan sebenarnya kerana tidak sempat menziarahnya semasa sakit. Apalah khabar anak-anaknya?

Saya tidak pernah lupa, seorang makcik di taman indah yang selalu menjemput saya dan adik makan di rumahnya. Dia membantu apabila saya diserang gastrik yang teruk semasa belajar dan dimasukkan ke hospital. Masa terus berlalu. Moga seluruh keluarganya mendapat Rahmah walau di mana berada...

Saya tidak pernah lupa, jasa baik rakan sekolah Khadijah hilmun yang sentiasa membantu saya dalam matematik tambahan, Dia dah jadi doktor sekarang. Juliana yang sering membantu saya kerana syampu dan sabun mandi saya sering dicuri orang. Tidak tahu ke mana dia. Tetapi moga Allah merahmati kehidupannya.

Teacher Salmi yang sering menghadiahkan makanan buat saya, jacob's cream craker. Dan di antara warden asrama yang menunjukkan sifat prihatin setelah saya diserang apendiks dan dibedah di saat menjelang SPM.

Siti Rahayu, yang namanya hampir sama nama adik ke 4 saya. Manakan saya lupa padanya... Hanya Allah yg tahu kasih sayang saya terhadapnya sebagai teman. Tetapi saya biarkan dia, kerana saya tersangat susah ketika itu. Saya tidak mahu dia tercalit dgn kesusahan saya..

Shahidah... teman lama yang pernah bertemu di low yat baru-baru ini. Dia yang selalu memberi peransang kepada saya dalam hal pelajaran semasa di sementojie. Semasa saya berada di rumah, dia selalu menghantar surat beserta duit untuk adik-adik. Sampaikan saya rasa malu mahu membalas suratnya. Shaz, saya sentiasa ingat itu nama pena kamu. :)



Selain ibubapa, itulah di antara mereka yg sentiasa dalam doa saya...
Moga Allah memberkati mereka.


APA YANG BERLAKU DI DALAM HIDUP KITA, BUKAN MILIK KITA. TETAPI HAK ALLAH UNTUK MENENTUKANNYA. BEGITULAH JUA;

TAKDIR KEHIDUPAN KITA,
YANG BURUK ATAU BAIK,
JODOH KITA,
KAYA ATAU MISKIN KITA,
ANAK-ANAK KITA DAN BAIK BURUK JODOH MEREKA,
TAKDIR KESIHATAN KITA ATAU ORANG2 YANG KITA SAYANG,
KESUDAHAN KITA....

SEMUA KETENTUAN ALLAH.

SENJATA KITA, IALAH DOA.







╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Sunday, August 12, 2012

lailatul qadar lebih baik dari seribu bulan, seribu bulan berapa tahun?



83 tahun.

Agak-agaknya...sepanjang umur kita... huhu. Malam lailatul qadar lebih baik dari malam-malam  yang kita dok beribadah sepanjang hayat kita ?!


Allah...Ruginya, ruginya..kalau tak dimanfaatkan.
Pagi tadi, kami sempat ke majlis ilmu bersama  Ustaz Don  di surau al Ikhlas bandar sg buaya. Rezeki... first time kami dapat tengok live. Celoteh , sifat humble, dan gurauan sama seperti yg 30 minit bersama ustaz Don kat tvalhijrah tu. :))


Mula-mula, ada yang dah menangis bila ustaz Don cakap, malam tadi, malam ke 23  MUNGKIN ialah malam lailatul qadar.

............

Ia mengikut ijtihad ulamak, mengikut kiraan Imam Syafie, jika puasa bermula hari Sabtu, maka lailatul qadar jatuh pada malam 23, ada juga pendapat malam 21.  Tandanya, pagi tadi, jam 12 tengahari, matahari belum nampak. Padahal bukan nak hujan.  Jam 2.00 pm, barulah nampak matahari. Mengikut tanda, begitulah. wallahuwaklam.

.............

Kemudian, last sekali selepas cerita-cerita yang lain, Ustaz Don bagitau, Allah menerima amalan pada malam lailatul qadar, ialah BERMULA DARI SOLAT TERAWIKH. Sesiapa yang solat terawikh, kira dapatlah.

:))
Masing-masing sengih. Berita gembira.
Sebenarnya, masa awal pagi yg masih gelap, My Hubby asyik tenung pokok-pokok, kot ada tanda pokok merendang tanda mereka sujud. hehe..


Tetapi siapa yg can cilok ada masa terawikh, ada masa tak terawikh, malam-malam sebelum ini, belum tentu diterima atau tak. Apatah lagi kalau tak ditambah dgn iktikaf dan qiyamullail, menunggu malam lailatul qadr.

Sekarang ini, saya hanya menumpang-numpang pahala suami sahaja... sebab ABC (Allah bagi cuti). Dalam berasa rugi, saya tenangkan hati. Siapa kata isteri tak dapat pahala dalam waktu begini? Sekali dia sediakan pakaian dan makan minum suaminya utk beribadah, dia mendapat juga pahala yang sama sprt suaminya.  Harapnya, ada lah 'bahagian' saya yg banyak kekurangan pada  malam yg barakah. ABC itu kehendak Allah, jadi kena redha, barulah emosi kita stabil, tak mudah naik angin, tak cepat penat, dsbg..

Istiqamah, mesti Istiqamah. Yang malam tadi, belum tentu dikira Allah, jadi kita harus berusaha lebih dalam 6 hari berbaki ! Rasulullah, para isteri baginda dan keturunan baginda, juga para sahabat yg dijamin syurga pun masih sangat banyak beribadah dan membuat kebajikan meskipun mereka di antara orang pilihan Rasulullah dan bakal diberi syafaat oleh baginda di akhirat kelak.




Pahala sepanjang ramadhan dilipat ganda 700 kali. Pintu Rayyan terbuka untuk orang-orang yg berpuasa , tidak hanya berpuasa lapar dan dahaga, tetapi yg menjaga anggota dari maksiat, menjaga mulut, hati dan buat banyak kebajikan. Adab-adabnya kena jaga..

Ramai orang yg kursus haji berbelas minggu hanya utk sekali haji. Tetapi tidak pernah orang berkursus utk menghadapi bulan Ramadhan. Itulah yg Ustaz Don cakap. Jadi, berbaki beberapa hari lagi, kita tingkatkan usaha Ibadah, bukan perkara lain. Moga ada bahagian kita, dan kita dipilih Allah utk pintu RAYYAN.

Teringat Ma Abah saya pernah bercerita, ada seorang wanita alim yang sering beribadah di malam yg mulia, Ramadhan. Malam tu ada seorang lelaki tua mengetuk pintu, meminta segelas air. Ini kisah zaman-zaman dahulu yg mana ramai musafir. Dia memberi lelaki tua itu minum. Esoknya, wanita itu lihat air telaganya naik sampai atas.... dan boleh dicedok guna tangan jer. Subhanallah!  Agaknya. lelaki tu iatu malaikat kah?  Atau nak menyatakan itu malam lailatul qadar? Atau ia tanda Rumah kita  diberikan rahmah oleh Allah, beserta penghuni rumah itu?  wallahuwaklam.

Seronok kan ?!
Hari berpuasa masih tinggal 6 hari. Kita istiqamah!  :)

Banyakkan La ilaha illallah, dan Astaghfirullahal azim..

Ya Allah, pilihlah kami semua dan seluruh keluarga kami utk lailatul qadar dan syurga Rayyan...




 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, August 10, 2012

Terima kasih Syeikh Nuruddin Ihya'Ramadhan, Double choco doughnut


Salam sejahtera buat teman-teman,

Salam 21 Ramadhan, selamat mengharungi malam 22. :)
Mr hubby dah rancang macam-macam, nak beriktikaf lah,  nak berbuka di masjid, nak qiyamullail.
Oh, perkara seperti ini tidak asing di bulan Ramadhan. Tiada apa yg nak dibanggakan. Semua orang berlumba-lumba mahu mengecap nikmat Ramadhan dan lailatul qadar.  Kita tak tahu bila berlaku, apakah yang diberikan, yang kita tahu ia SPECIAL GIFT  dari Allah. :))

Sayu tiba-tiba..
Saya tak dapat turut serta dalam kemeriahan 9 malam berbaki ini. tapi takpelah, dah 19 hari saya lalui Ramadhan kali ini. Bila bangun tengah malam, sama ada kita boleh sembahyang atau tidak, kita  berzikir, istighfar dan berdoa. Dikatakan jika kita bertemu malam 'Itu', maka ucapkan "Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah daku. 

Kelmarin, hari last Syeikh Nuruddin di Ihya' Ramadhan  Tvalhijrah. Saya tak sempat tengok pun, tertidur pulas petang tu. :)  Tetapi jurukamera krew masing-masing bersalaman dgn Syeikh kerana Syeikh hanya akan kembali ke Malaysia selepas hari raya. Teringat malam Qiyamullail kami di Bkt Sentosa pada minggu kedua yang lalu. Alhamdulillah, pukul 3.30 pagi kami ke masjid bkt Sentosa. Syeikh mengetuai zikrullah.Dan lepas sahur, solat subuh, kami mendengar tazkirah lalu jemaah lelaki bersalaman. Kebanyakan yg hadir, pengikut kuliah Syeikh. Terima kasih, Syeikh Muhammad Nuruddin kerana membimbing kami semua sepanjang ramadhan 1433H kali ini.:)  Terima kasih tvalhijrah. :)

Hum, saya tak tahu pula, teman-teman kita dari negeri lain tak dapat siaran TValhijrah.  Ada seorang hamba Allah telah merakam ihya' ramadhan dgn cantik sekali di link ini :
http://www.youtube.com/playlist?list=PL0CD2B03CD8BD3D9D&feature=plcp

Eh, saya banyak bercakap pada diri sendiri pula. hihi. Maafkan saya.  Gambar kat sini, Double choco doughnut.  Resipi kak Yani Myresipi. Donut ni, saya dah belah dua, sebab tu nampak gitu. hehe,...



Donut koko tu, digoreng, pastu saya salutkan dgn coklat  dan sedikit donut yang saya hancurkan. Hurm, bila pandang-pandang, kan cantik lagi kalau tabur badam ke? :)) Sebab ia digoreng, kulit dia rangup macam cekodok, tetapi bila disalut coklat dan donut hancur tu, gigit jer, rasa rangup sikit. Sekarang saya letak dalam fridge. Ingat nak bawa ke tempat jamuan tu, teman-teman hubby jer..

Resipi di sini: http://www.myresipi.com/top/detail/3591
Panjang dah nak tulis kat sini. :)

Selamat beribadah, kata orang, malam istimewa itu ada pada 10 hari terakhir, dulu-dulu, Abah saya pasang pelita sepanjang malam 7 likur. :) Petang ni saya nak bersiap-siap ke majlis berbuka puasa. Jadi nak bersihkan sinki yang berkecah. :)


Selalu, saya tidak tahu nakkan apa semasa berdoa. Saya ingin listkan secara jelas keinginan saya. list dari ramadanplanner, kita list untuk keperluan kita di dunia, juga apa yg kita nak untuk membaiki ibadah kita. Moga teman-teman saya semua bertemu malam lailatul qadar dalam sedar atau tidak. :)




Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────


Tuesday, August 7, 2012

Al Qadr , Eid countdown,

Salam sejahtera,
Terasa cepat masa berlalu. Setelah minggu kedua saya demam, mr hubby nak menyusul pulak. Kami terlalu banyak benda nak difikir, dirancang, dan nak dibuat. Saya, "Abang, kita pindah lepas raya, ya, bila-bila la.... bang ". Hubby pulak cakap lagi cepat kira lebih bagus. Hurm,  start dari bulan 5 kami struggle nak lepas loan dan berderet kerja kena uruskan peguam, ambik kunci semua, bajet renovation. It is rasa berbaloi kalau  cepat-cepat merasai suasana di rumah sendiri.  Agaknya.. (dgn jiwa yg pasrah).

Planning raya? Tidaklah tak ada langsung... ada bajet.. cuma dikurangkan. Banyak yg kena 'cut'. :)
Maafla kalau mood nak buat kuih raya tak seriang mana. Tahun ni Insya Allah beraya kat Banting lagi. Dgn bajet yg ada, tidak mampu nak berjalan jauh sampai ke Besut . Even, minyak kereta full pun company boleh beri, tetapi kereta kami tak boleh jalan jauh... Insya Allah, step by step improve kehidupan kami.

Selamat menyambut 10 Ramadhan terakhir! :))







Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam "Lailatul-Qadar",
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam "Lailatul-Qadar" itu?
Malam "Lailatul-Qadar" lebih baik daripada seribu bulan.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
Source: http://www3.pmo.gov.my/

  


Kaifiyat Solat Tahajud dan doa dari kak Ummihumaira:

SOURCE Solat tahajud: kak ummihumaira.blogspot


SIMPLE EID COUNTDOWN
rujukan dan diubahsuai dari: happymuslimah.com. Thanks sis. :)

Ramadhan

Khatam al quran sedaya boleh.
Iftar sesimple mungkin dan berkhasiat supaya badan ringan dan bertenaga nak beribadah.
Bersedekah banyak-banyak
Bayar zakat fitrah


15 Ramadhan/2 minggu sebelum raya

Bangun setiap malam meskipun sekejap untuk menunggu Lailatul Qadar. Baca doa bertemu lailatul Qadr.
Baking - Last minute buat kuih muih raya.
Jika buat rumah terbuka, plan semuanya.
The big clean up - Last minute touch up, deco rumah, membersihkan rumah.
Eid basket - memuatkan barang2 yang dah dibeli untuk hari raya.
Hantar kad raya?


5 hari sebelum Raya

Plan Menu keluarga untuk hari raya, pastikan ada semua bahan untuk memasak.
Boleh rebus atau froze sehari sebelum raya.


Malam Hari Raya

Solat sunat pada malam hari raya
– Don’t let the good habits you have picked up during Ramadan fall away, give thanks for the blessed month and engage in the nafl prayer for this night:
The Prophet (PBUH), is reported to have said: "Whoever stands up (in worship) in the nights preceding the two Eids expecting rewards from his Lord, his heart will not die when the other hearts will die". (Ibn Majah)
"Sesiapa yang berdiri (dalam ibadah) pada malam sebelum dua Eids mengharapkan ganjaran dari Tuhannya, hatinya tidak akan mati apabila hati yang lain akan mati"


Hari Raya

Lakukan sebanyak mungkin perkara sunat semasa menyambut hari raya.
Last minute- bayar zakat firah sebelum solat sunat hari raya.
Menziarah rakan dan kaum keluarga.
Enjoy - keseronokan berhari raya, dan jauhi perkara yg dilarang.


Selepas hari raya/1 syawal

Berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
- Set aside days for the six fasts of Shawwal
Our beloved Prophet (PBUH) is reported to have said: "Whosoever observes fast in Ramadan and then follows up with six fasts in Shawwal, will be regarded as though he had been fasting every day." (Reported by Ahmad, Muslim, Abu Dawud and At-Tirmidhi)
hadis daripada Abu Ayub RA, sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun" (Riwayat Muslim dan lain-lain)
Membayar Fidyah: "Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya (berpuasa kerana keuzuran dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin." (Surah al-Baqarah: Ayat 184)
Open House --bagi yang mampu :D





 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Friday, August 3, 2012

14 Ramadhan 1433H,


Salam sejahtera,
Salam 14 Ramadhan, malam ini dah malam 15 Ramadhan.

Berbuka kelmarin dgn nasi pula. Ikan siakap separuh bahagian kepala Stim Tomyam : tumis bawang putih dan merah dalam kuali, masuk pes tomyam 1 1/2 sd, air secukup kuah, serai halia, cili padi, garam. Tutup kuali dgn penutup periuk, besarkan api. Buka untuk balikkan ikan, tambah air jika kering. Teruskan sehingga masak.

Pastu ada buat ikan kembung Percik: Bakar ikan bergaul garam kunyit sehingga masak. Kisar bawang, halia serai, cili kisar 2 sdm. Panaskan santan pekat, baru masuk bahan kisar, tambah garam gula, air asam jawa, serbuk kunyit. Biar sebati dan nampak naik minyak sikit, tuang atas ikan kembung. Kuah jangan tuang semua. 3 ekor dari ikan percik, cukup untuk kami bersahur pagi tadi :)


Pada pertengahan bulan ramadhan ada sesetengah masjid akan membawa surah al Qadr masa solat terawikh. Solat sunat witir pula disertai doa qunut. Perasaannya akan jadi berbeza dari awal-awal ramadhan. :)

Rasa sedih pula.
Mana taknya... bulan ramadhan ialah bulan pahala, setiap amal kebajikan yg kita buat amat jauh berkali ganda pahalanya dari bulan-bulan lain. Meskipun sedekah dah biasa dibuat, jika kita melakukannya di bulan Ramadhan... ia lebih bernilai, macam intan berlian. Begitu juga ibadah sunat. Teringat pula ada masjid di Yaman yg melakukan solat terawikh 100 rakaat. Menganga saya sekejap... lagi banyak, lagi bagus sebenarnya, tabik!

Sekarang dah mudah dah. Dekat ihone pun dah boleh baca quran online. Cuma bagi sesiapa yg ingin membaiki bacaan secara sendiri, boleh klik quranexplorer ni. Sambil membaca surah al quran, kita bole menyemak bacaan atau tafsirnya sekali :)








Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Thursday, August 2, 2012

nak kejar semua..




Bismillah, moga semua teman-teman dalam kesihatan dan mujahadah. 

Ramadhan kali ini saya tidak banyak paparkan makanan. Maafkan saya. Bukan taknak, tetapi tak sempat pun. Iftar kami hanya simple, ada masa Mee hailam, ada masa kueteow goreng dgn ayam besar2. Kelmarin pula nasi himpit plus kuah kacang dicampur daging. Hurm, rendang jer tak buat lagi.. hehe. 

:)

Tetapi Sahur, ialah Nasi... mesti nasi panas dan lauk baru. Ada masa  daging rebus ala kampung, bubuh bawang, lada hitam, cili api, halia. Ada masa ikan masak lemak. Pagi tadi,  dah bau macam maggi, tapi bukan maggi lar... ayam diperap dgn serbuk kari dan garam kunyit. Sayur sawi masak air plus telur. :)

Dan tak lupa setiap pagi, ialah air susu panas. Sejak kecil Ma saya buatkan air susu masa bersahur. Masa bujang, kadang2 cilok nestum 3 in 1, hehe.. family mertua pun sama, suka buat susu panas masa bersahur. Jadi my hubby pun suka. Tapi masa berpuasa jer kami rajin nak minum susu panas, waktu lain jarang sangat.. :D


Lagi... masa dah makin suntuk. 2 Ogos dah, patutnya kami dah clear barang-barang kat rumah sewa ni.  Tetapi reno belum abes kat dapur, betulkan tingkap.  Insya Allah pindah sebelum raya, sebab dah bagitau tuan rumah dah.  Terkejar-kejar lagi saya nak mengemas semua ni. :)

Oklah, kita berjumpa lagi ya.. Insya Allah. kita berazam nak kejar lailatul Qadr. Insya Allah.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Wednesday, August 1, 2012

Extra bit of effort for HIM, if you want a meaningful Ramadan! Stay Istiqamah,17 days left!

Bismillah,
 
(1)  Two years ago, I prayed Taraweeh next to a very old man. I noticed that he struggled to get up or stand on his feet (he was shaking from weakness), but he stood up for the entire Isha and Taraweeh prayers. Someone might have told him to sit down and relax, but you could tell from his determination at every rak'ah that he wanted to stand up for Allah Subhanahu Wa Ta'ala during Ramadan and didn't want to sit down.

The old man reminded me that sometimes the measure of how much you love someone is how much effort you're willing to put in for them. If we truly love Allah Subhanahu Wa Ta'ala, shouldn't all of us put that extra bit of effort for Him?

Think of one area or one activity where you show Allah Subhanahu Wa Ta'ala that you're putting that extra bit of effort for Him. It could be waking up for Tahajjud or praying those extra sunnah prayers or going out to feed people.

 

(2) Have you ever had a boring vacation? Why was it boring?
Most probably your answer would be "because I didn't do anything!"

One of the interesting things about us human beings is that even though we strive all our lives so that we can "relax" and do nothing, but our lives become meaningless when we aren't productive/active.

Similarly for Ramadan; if you want a meaningful Ramadan, you need to strive for it and work hard for it. You may think that if you relax during Ramadan and not trouble yourself with too many activities you'll enjoy Ramadan better, but that's far from the truth. The one who truly strives during Ramadan and works hard for it is the one who'll enjoy a meaningful guilt-free Ramadan inshaAllah!

Sincerely,
Abu Productive
news@productivemuslim.com

Nota Nurindah: Thanks Abu Productive :)   Grab this cute poster from OSM and STAY ISTIQAMAH! ;)



 Spread the spirit of Ramadhan!
FROM HERE: http://www.facebook.com/Owhsomuslim


Grab daily taskinator, untuk muhasabah diri sepanjang bulan Ibadah ini.




Dari blog kak ummihumaira.blogspot. Lama dah tak dengar khabar kak ummihumaira.. Thanx kak, saya panjangkan amal perkongsian kak ummi di sini. :)



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers