Pelbagai perkara yang saya sedar baru-baru ini.
1) Pemakanan sunnah.
- Menumis menggunakan minyak zaitun.
- Mencampur madu, kurma, kismis, atau buah tin dalam smoothies/ jus, dan pelbagai masakan.
Sejak masuk umur 30 an ini, badan sering 'terasa' sesuatu setiap kali berlaku perubahan musim, dsbg. Dulu, semasa berumur 20-an taklah ketara sangat. Nampak sangat kita ni dah makin lanjut usia kan? :D
Sejak akhir-akhir ini pun, saya lebih terasa lesu dgn warna gelap. Ingin mencari pakaian cerah dan hiasan bling, hehe... bukan untuk suami semata, tetapi untuk diri sendiri. Menonton rancangan Safiyya di tv minggu lalu,tentang kisah diet pemakanan sunnah buat saya tertarik. Badan saya yang rasa tak tentu membuat saya tak berani makan bermacam produk di pasaran. Rasanya saya dah perlu mula mengira bajet untuk membeli bahan makanan begini, Ramadhan pun bakal menjelang. :)
2) Pakaian pengantin mengikut sunnah nabi.
Apabila seorang ahli keluarga hubby bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi, mencari-cari pakaian jubah untuk perkahwiannnya, saya terfikir, agaknya trend pengantin sekarang ini ialah memakai jubah. Ia mengikut citarasa hati. Saya dahulu tidak pernah berfikir begitu kerana hanya mengikut adat seperti yang dibayangkan oleh Ma dan abah. Bangga apabila memikirkan anak muda sekarang ini mahu mengubah tradisi itu, mencari cara untuk mengikut sunnah nabi dalam perkahwinan... dan bukan semata-mata adat. Yalah, biasanya ibubapa hanya menurut apa yang kita sukai, kan? Tidak mengapalah begitu.
Jubah kan sunnah nabi kita. Keupayaan untuk mengikutnya adalah terpulang kepada kehendak hati. Cuma peninglah juga, tak ramai butik pengantin yang menyewakan set jubah untuk pengantin perempuan. Set dress labuh, banyakla. Agaknya mereka tempah sendiri, kot.
3) Perkembangan mini garden.
Hanya laman depan rumah... Tanah masih kelihatan berbatu kecil. Saya fikir hendak menggabungkan pokok hiasan dengan pokok herba dan ulaman. Simple.
Ada bungaan sedikit. Memang ada sedikit gangguan belalang dan serangga. Tapi tak mengapalah. Sedang berusaha sedaya upaya mencantikkan laman. Saya fikir, porch depan hendak diperbesarkan, bolehla letak meja makan di situ, untuk berehat waktu petang. hehe... Angan-angan.
4) Ramadhan planner.
Perlukah ramadhan planner? Sekarang dah masuk minggu ketiga. Tengoklah dekat link kat side kanan blog ini. Jika ikut betul-betul plan tu, Insya Allah... kita kurangkan stress nak menghadapi ramadhan (yang popular sebagai bulan makanan bagi masyarakat malaysia ;) . Agar kita kurang stress hendak menghadapi hariraya, dan supaya kita tidak terkejar-kejar untuk tidak tidak melepaskan peluang meluangkan waktu bersolat terawikh yang setahun sekali. Apa salahnya? Jika kita ada solat yang hendak diqada pun, lakukan sebanyaknya di bulan itu. Ia kan bulan ibadah...
Snack.
Hehe... bukanlah. Bebola daging ayam. Nampak kan yang oren tu, itu carrot yang disagat. Berkhasiat kan bila bebola ayam mengandungi sayur fresh. Saya buat apa dgn bebola ayam? Humm.... yum yum, saya ada goreng begitu saja, ada juga masukkan dalam kuah spagetti prego.. Biar ia berladung lama-lama dalam kuah sos tu... hum, berbaloi!

KLIK NEW TAB ( ini rupa doh mentah.... belum goreng lagi ni , ;-)
Resipi mudah saja.
Daging ayam kisar (jenama Ramly)
Bawang putih dan bawang besar - dicincang kecil.
Serbuk lada hitam (guna yang kasar sikit)
Serbuk lada sulah (saya guna ajishio lada sulah)
Garam
Carrot disagat.
Breadcrumbs (homemade)
Semua dicampur dan dikepal. Saya campur sedikit-sedikit breadcrumbs tu, sehingga doh bebola tak melekat di tangan (senang untuk dikepal dan dibentuk bebola).
Breadcrumbs homemade.
hehe..... kulit roti/ roti yang dibiarkan terbuka dalam peti ais. Biasanya mengambil masa 2 hari utk keras. Dah keras semua bahagian, kisar saja sampai hancur. Insya Allah, boleh simpan lama dalam peti ais.
Kuantiti? Agak-agak saja, kalu nak rasa bawang banyak, bubuh paling banyak separuh. Lada hitam nak lebih, letak lebih. Carrot jangan pula melebihi daging, karang jadi bebola carrot! ;)
Breadcrumbs homemade saya. Dah rupa serbuk. :D
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────