Selamat petang. Sengaja menunjuk-nunjuk keropok pedas madu ni :P Ini kudap-kudap saya tadi. Tapi separuh selera dah hilang pula. Jenama ayam serama ni, kurang pedas, manis lebih. Maapla tuan punya ayam serama...
Sebetulnya my hubby borong 10 keropok segera ni termasuk yg tak pedas untuk dijual kat kawan-kawan. Mana tau boleh masuk line. Tetapi sayangnya 4-5 paket pula masuk angin, dalam ertikata packaging kurang kemas. Kesian my hubby.. geram betul saya kat tuan punya keropok ayam serama tu. abes nama Besut tau.. Nasib baik belom terjual, takde quality control...huhu. Kat sini, apa jua salah kita, selalu nama asal tmpt tinggal atau keturunan kita disebut-sebut. Padahal mak bapak saya oghe kelate.. haha... i don't mind... buat apa masuk hati. Cuma sepatutnya, letaklah kesalahan tu pada orangnya. Lagi senang nak tegur kan?
Risau jugak duduk kat aprtmt ni. Semenjak orang maintenance apartment main terjah jer rumah kitaorang supaya bayar maintenance aptmt.... sedangkan kami penyewa je... makin separuh hati duduk sini. Nasib baik makcik datang bayarkan maintenance untuk setahun. Dah tuan rumah gi luarnegara...
Lagi-lagi kalu kami tak datang mesyuarat, dianggap orang asing pula, huhu... Sedangkan di hari mesyuarat apartment dan hubby ada projek kat kilang, saya yang dok rumah ni dup dap dup dap dengar diaoarng bertengkar sesama AJK. Bila tanya hubby, katanya penyewa tak perlu lebih-lebih datang mesyuarat, biarla penduduk setempat yang uruskan. Gulp! Perlu ke saya jadi 'orang tengah' hadir sorang-sorang? Tetapi surau kat sini, best. Sebab jadi tmpat mufakakat dan saling mengingati. Masalah setiap aptmt lain-lain. Jadi, dgn teguran ustaz2 kat sini, dah kurang masalah bertengkar masa mesyuarat tahunan. Tapi my hubby lebih suka gi masjid dari surau. Er.. rasa dah lama pula takde jiran sejak kak Fina pindah. Jiran 3-4 pintu nun jauh di sana ada la. Tak berani saya nak laung-laung.
Oh... Lupa... Tambah satu lagi apron baru saya. Beli yang bundle punya. RM5 satu kat pasar bukit Sentosa. Hubby belikan 2 helai, free 1. Sekarang ni, saya banyak guna apron. Sejak dulu berat rasanya saya nak guna apron... rasa macam formal sangat. Bila masak kat dapur dengan mertua pun, sering bau terkena kat baju, walaupun just goreng ikan. Segan saya dgn mertua. Sedangkan mana bawa baju banyak-banyak. Sekarang ni, guna apron, masakla banyak kali sekalipun, bau tetap maintain... bau minyak wangi lebih dr bau ikan, tumis ke. Tak larat nak terkocoh mandi tukar baju sedangkan kejap lagi nak basuh pinggan periuk kuali pula. Lagipun, takdela berbau bila mr hubby nak peluk kita bila balik kerja, kan? Hiks... ;D
Perkenalkan... modelnya my mannequin. heheh. dah lama dia tak posing baju.
Assalammualaikum Nur, apa khabar? cantik apron tu..akak lak kekadang terlupa pun nk pakai tapi bila menumis tu abis baju kotor..dh tu baru ler teringat nk pakai hehe
ReplyDeletecekci model pakai apron tuh..hehheh :))) kepok tuh ada jual kat sini rm1.50 1..sedappp oo :p~
ReplyDeletesalam kak nieza,
ReplyDeletehehe.. saya pun ada masa trlupa juga.
Salam Deliah,
ReplyDeletehahaha.. pakai apron kan kat luar baju? macam superman gitu.
Assalamualaikum Nur, akak pon suka mkn kopok segera ni, tp akak slalu borong jenis Mak Wan. Sebungkus tu kalau dlm kereta akak boleh abiskan sorang2 je..hehe
ReplyDeleteSalam kak azlina,
ReplyDeletehahaha. sebungkus tak banyak, cukup2 kita sorang jer kan? hehehe. itulah, saya suka lebih pedas dari manis. tak jumpa lagi jenama yg serasi :D
Kalu kopok segera biasa tu rasa macam banyak pula.