1. Ada sayur brokoli dengan udang bersos tiram + ikan cencaru goreng.
2. Ada Nasi Goreng ditumis dengan perencah Adabi.
- Yang ni saya guna perencah bihun goreng. Rasanya tak lari pun. Tumis bawang hiris, masukkan perencah dan sayur mayur brokoli lebih malam tadi beserta nasi.
3. Ada lauk Sambal udang Petai + Tauhu telur bersos tiram + lauk sardin
- Kesian kami, petai dah kurang fresh. Tapi bau petai tetap menambat selera. Kali udang yg habis dulu. Saya buka semua kulitnya, senang hubby nak makan. Resipi sambal kak liza.
4. Ada Spageti kari : spageti Vermicelli + sawi + Kuah Kari seafood (dgn sotong 4 ekor)
- Teringin Mee kari. Mee kuning takde. Jadi, gantikan spagetti Vermicelli (yg direbus dalam 6 minutes). Santan pula takde, ganti susu cair. Sape kata tak boleh? Tumis bawang hiris, serbuk kari seafood babas, tambah air dan santan, 1 kiub ayam Maggi, 4 ekor sotong siap dipotong, garam. Rasanya tak lari, boleh buat hilang kempunan. Nak tau cubalah. hehe..
5. Ada lauk Tomyam seafood dengan bunga kobis + Telur dadar.
- Telur dadar saya dicampur dengan kicap cair je, tak bubuh garam. Belajar masa kat kedai makan dulu. Lebih berkhasiat, tambah bawang besar dan cili merah cincang. Untuk Tomyam pula: Bawang ditumis. 2 sudumakan Pes tomyam adabi, 3 batang serai dah separuh kering, air secukupnya biar didih. Masuk bunga kobis, garam, cili padi ketuk 4-5 tangkai, sotong sederhana 6-7 ekor siap dipotong. Pure rasanya, my hubby sampai hirup kuah banyak.
6. Ada lauk ikan siakap kukus bertaucu dengan carrot
-Mula mula saya dah test ikan tu kurang manis dah. Jadi, saya add taucu. Kuahnya yg sedikit jadi pencicah ikan siakap yg dah kurang manis tu. :))
7. Pagi ni, makan roti paratha segera.
Yang penting... masak
Hurm, luahan rasa: Kadang-kadang Allah mendidik kita terlebih dahulu. Dengan hikmah, kita dapat menangani perkara yang bakal brlaku di kemudian hari yang lebih teruk dari yang kita alami sekarang. Itulah hikmah didikan Allah.
Astaghfirullah3x..
Allahumma solli ala saidina Muhammad..
Salam Jumaat buat semua.. dan selamat berhujung minggu

No comments:
Post a Comment