Dah cukup setahun, my hubby selepas operation ACL. Seperti mana ombak cherating di musim banjir januari lalu, sprt itu jugalah saya umpamakan hidup kami. Ombak sprt ujian masalah, melanda hidup sehingga terjejas butiran pasir dan jadual hidup kami. Tetapi, pasir tetap ada, kan? Rumah yg roboh, boleh dibina kembali.
Jika sebelum operation tu, dia asyik tahan sakit. Camana dia tahan dgn krem kaki tiba2 dan berapa lama dia sakit tu... saya saja yg tahu (dirahsiakan sbb prosedur prudential yg ketat).
Sebab saya sentiasa bersamanya ke mana-mana sepanjang tempoh bertahan itu. Walaupun banyak kekurangan saya tapi di atas tangan sayalah dia berpaut bila kaki kanannya krem tiba-tiba. Saya jugalah yg bawa barang dapur yg berat2 sepanjang tempoh itu sehingga dia selamat operate.
Pesakit ACL, boleh drive, tetapi tak boleh bawak benda berat, keseimbangan tiada semasa turun tangga, tak bole berjalan banyak sbb kaki menampung berat badan, lutut pedih sebab joint tergesel, terpaksa skip sebarang aktiviti sukan.
Seperti cerita di SINI dan DI SINI
Melihat kegembiraan Hubby sepanjang aktiviti di Cherating buat saya rasa lega. Bulan lepas, dah cukup setahun my hubby menjalani operation ACL tu. Dan sudah dibenarkan bermain sukan (kecuali futsal/bola sepak).
Kawan-kawan my hubby beserta keluarga. Saya tengah ambil gambar la...
Acara sambut bola. My hubby yg bertopi. Dia dah tak rasa sakit bila terkejar-kejar bola macam ni....
Ini dia dalam acara guni. Melompat macam pocong. hakahak..... tetapi hati saya gembira sangat. Dia seronok...
My hubby dgn kawan-kawan bermain bola tampar..
My hubby melompat!
Cuaca redup, tetapi tiada hujan..
Lepas main bola tampar, terus terjun kolam main bola dalam air pula. Gigih sungguh. Saya biarkan saja.. My hubby nak lepas gian bermain, melompat dan segalanya..
Resort
Masa dinner.. ini dessert.
Yum yum... :D
Ombak di Cherating masa bulan Januari lalu...
Nak menerkam... :D ngeri jugak...
Saya dah janji nak tunjuk ombak, kan? :D
moga hubby indah cepat2 pulih sepenuhnya yer.....
ReplyDeletecantik ombak tu..suka k.mas tengok...
nur,alhamdulillah dah sihat nampaknya :) x puas dgr bunyi ombak tu..singkat sgt :))))
ReplyDelete@mas:
ReplyDeleteSalam kak mas. Alhamdulillah kak, dia makin cergas. tak dok diam...
@Deliah:
salam del, ya... makin sihat. sampai dah lupa kakinya pernah sakit. haha.. Video tu sikit nak save bateri. ngee... :D
moga suami nur cpt pulih...insyallah...
ReplyDelete