Salam sejahtera buat teman-teman dan visitor yang disayangi,
Musim orang kahwin. Jadi, telur rebus, kuih muih menjadi buah tangan. Haritu, saya mendapat popiah nestum dengan lipatan 4 segi, sangat rangup, Yum! Telur rebus pula dah lama jadi sambal telur.
Baru-baru ini kami mendapat undangan menghantar pengantin ke Perak. Bagi saya ia satu penghargaan. Pada mulanya batuk saya tidaklah sekuat mana, tetapi apabila di perjalanan, ia bertukar semacam lelah pula. Nasib sayalah tidak membawa ubat batuk. Suami pula bergilir drive dengan ayahnya. Seperti biasa, apabila saya bersama keluarga suami, pandai-pandailah saya membawa diri sendiri, saya tidak mahu mengacau masa suami bersama ahli keluarganya.....
Alhamdulillah, dengan niat untuk meraikan pengantin yang merupakan sepupu suami yg muda usianya, serta menemani suami saya, Alhamdulillah, segala berjalan dengan lancar. Ia satu perjalanan yang membawa hajat besar dalam mendirikan rumahtangga :)
Saya terharu pula melihat mak-mak sedara suami bersama mak mertua saya tidur di bawah dan memberikan katil yang enak buat saya bersama seorang sepupu yang lain sewaktu di rumah sewa. Ia melegakan badan saya dengan batuk yang tiba-tiba teruk itu. Rasa terharu sangat... Malah, kami sempat berbelanja berhampiran tempat jeti ke Pulau pangkor. Apalagi, saya yang tidak merancang membeli bilis pangkor, terus membeli 3 bungkus bilis serta udang kering yang segar nampaknya. Hehe... saya teringat masa Hubby belikan bilis pangkor dahulu, beberapa bulan masih elok dalam dalam peti ais. Lagipun, saya cuma memasukkan sedikit-sedikit dalam masakan, kolesterol tinggi woo!
Ha, sampai di rumah kami, saya sediakan bilis sambal makan dengan nasi lemak. Hummm... manis rasanya kuah dan bilisnya, sedikit beza dgn bilis pangkor yang saya selalu beli di pasaraya.
Aiseh, dah melalut. Ada 4 keping kuih bahulu. Belum berselera nak makan cam tu saja. Jadi....saya buat Trifle. Dari resipi kak Raihan, periuktanah. http://periuktanah.blogspot.com/2009/06/triffle.html
Kita potong bahulu tersebut suka-suka hati.
Kita cairkan kastard
Lepas tu cairkan jeli Nona.
Ha.... jadila macam ni.. Hum, mula-mula takut tengok rupanya. Tak lawa...;D
SEKALI NGAP..... setelah disejukkan dalam peti ais.. Humm..... dah lupa rupa bahulu tu.
Er, makan lagi.....:D
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment