Salam sejahtera,
Ampun untukmu. Cerita di tv9 sekejap tadi.
Bagaimana sepasang suami isteri yang mengharung kesulitan. Seorang wanita yang diuji, apabila dirogol ayahnya, dihalau oleh ibunya, lalu berkahwin lari dengan seorang lelaki. Mujurlah lelaki itu seorang yang amat bertanggungjawab. Suaminya diuji dengan rakan yang merupakan pengedar dadah tetapi dia menolak tawaran itu. Isterinya diuji apabila suaminya lumpuh dan diuji dengan masalah kewangan, pernah ditawarkan menjadi pelacur, tetapi isteri itu menolak. Masya Allah. Dalam kalut itu mereka berbalah dan bertengkar, tetapi iman masih tidak tersesat. Saya takut menceritakan bab seterusnya sebab memang pedih. Namun akhirnya, happy ending. Suami isteri itu pulang menemui ibu mereka dan memohon ampun. Bahkan ibunya pun sedar kesalahannya. Ayahnya yang berdosa itupun telah meninggal dunia dalam keaiban. Saya tidak tahu kenapa mereka memendam terlalu lama kesalahan yang teramat besar itu, hidup tenangkah mereka?
......
Ada beberapa perkara yang biasa membuat hati kita sakit:
1. Apabila kita telah melakukan ibadah kita dengan baik, kita masih bersangka buruk kepada Allah. Semakin kita bersangka kepada Allah, semakin kita jauh dariNya.
2. Taajjub kepada diri - kita berasa kita seorang yang teramat baik, dan telah menunaikan semua tanggungjawab, jadi kita berasa takbur dan taajub kepada diri, maka kita tidak peduli kepada perasaan orang lain, dan memandang rendah kepada orang lain.
3. Apabila kita cinta dunia. Kita takut pandangan oranglain, malu kepada oranglain, tetapi tidak malu kepada Allah.
4. Tidak berdoa kepada Allah, agar kehidupan kita lebih baik, bersangka buruk kepada ujian atau nikmat yang Allah berikan kepada kita.
5. Tidak mendoakan ibubapa.
Kehebatan Allah
Suami berkorban melindungi dan memberi nafkah kepada keluarganya, kerana kehebatan Allah yang mengatur supaya seorang suami bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Jika dengan kehebatan manusia saja, manusia tidak lepas dari bersifat lemah, lupa dan lalai.
Isteri mentaati dan mencintai suaminya dalam keadaan apapun, semuanya kerana kehebatan Allah. Jika tiada garis panduan hukum, seorang wanita akan bertindak menurut hawa nafsunya.
Ibu dan bapa ditaati dan disayangi oleh anak-anak, semuanya bersebab kehebatan Allah bahawa anak-anak harus menunaikan tanggungjawabnya sesuai dgn kehendak hukum. Doa seorang ibu mudah dimakbulkan Allah kerana kasih-sayang Allah, Allah yang menetapkan macam itu. Jika dengan kehebatan kita saja, hati manusia boleh berubah kepada bersikap mengabaikan antara satu sama lain.
Semuanya kerana kehebatan Allah, bukan kerana kehebatan kita.
Salam Maal Hijrah, teman-teman..
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Selamat Maal Hijrah
ReplyDeleteSalam maal hijrah, makbonda. Moga tahun baru ini memberi lebih keberkatan, dan kecemerlangan buat makbonda, keluarga dan kita semua
ReplyDelete