TV9 tanyalah ustaz 20 Nov
Tajuk: Mati dalam Suul khatimah
Cara untuk mengelak mati dalam keadaan Suul khatimah.
Ada 4 perkara untuk kita buat:
1. Jaga solat 5 waktu
2. Membaca al Quran
3. Bersedekah
4. Berzikir
Ada 4 perkara untuk kita jauhi:
1. Sifat dusta
2. Sifat khianat
3. Sifat mengadu domba untuk memecah belahkan oranglain.
4. Jaga kebersihan dari hadas kecil atau besar terutama semasa ingin solat.
MENGURUS
Nurindah 1: Saya pernah melihat orang yang nazak, orang yang matinya di dalam tidur, dan orang yang matinya kerana sakit. Kesusahan kita sebagai orang yang menjaga orang yang sakit, tidak seberat orang yang nazak tersebut, yang mana dia bila-bila masa saja akan dipanggil kembali ke pangkuan Allah, tidak boleh lagi senyum tawa bersama keluarga atau berjalan melihat keindahan dunia.
Saya pernah melihat movie di youtube tentang 100 hari sebelum kematian. Tanda-tandanya hampir sangat dgn apa yang para ulamak beritahu, supaya kita lebih bersedia untuk mengadap Allah dalam keadaan sedia, tidak berhutang atau tidak risaukan ahli keluarga kita yang lain.
Pernah saya diberitahu oleh orang-orang tua, bahawa selagi hidup, kita berjalanlah melihat dunia. Bila dah tak boleh bergerak, ada duit banyak pun nak buat apa?
Saya melihat tauladan di situ? Entahlah. Saya berasa bila kita mula sakit atau uzur, kita lebih banyak bergantung dengan ahli keluarga lain yang sihat untuk menjaga kita. Bagaimana dengan kebajikan anak, cucu, isteri atau suami yang akan kita tinggalkan? Mereka akan menyerahkan sebahagian daripada hidup mereka untuk menjaga kita.
Ya, cinta dan kasih-sayang itu penting. Pendapatan berterusan, insurans, atau pengurusan harta dan pengurusan rumahtangga juga penting agar kehidupan mereka yang ditinggalkan tidak terjejas. Jika tidak, buat apalah nenek moyang kita meninggalkan berpuluh ekar tanah, berpohon-pohon pokok buah durian untuk anak cucu mereka nikmati, sedangkan mereka sudah tiada di sisi? Pahala yang berterusan melalui pahala pokok buah durian. Itulah orang yang merasai 'pendapatan berterusan' sehingga ke liang lahad. Itu tanda kasih sejati mereka, hargailah!
PERJALANAN
Nurindah 2: Sepertimana saya ada membaca seorang lelaki yang telah mengkhatamkan al Quram lalu mencatat setiap ayat yang mempunyai makna syifa' (kesembuhan)untuk anaknya yang sedang sakit, Saya juga telah menemui catatan para bloggers yang sentiasa merujuk al Quran dalam mencari panduan yang baik, seperti bloggers di bawah ini. Mereka merujuk ayat-ayat al Quran untuk melakukan perjalanan (bermusafir) yang diredhai Allah. Ya, setelah dipastikan kita mempunyai tabungan untuk diri di masa susah serta nafkah untuk keluarga tersayang.
http://cahyadi-takariawan.web.id/?p=187 (motivasi melakukan perjalanan melalui ayat al Quran)
http://yuliandriansyah.multiply.com/journal/item/12/Ayat-ayat-Perjalanan
“Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Al Ankabut : 20).
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment