Salam sejahtera teman-teman yang dikasihi Allah,
Hari ni saya bersungguh-sungguh memasak juadah petang. Jika tidak, saya mengacaunya sambil la, la..la..la. hehe. Saya menambah bersudu-sudu gula. Bila masih tidak terasa kuahnya, saya tambahkan lagi gula melaka yang siap menjadi serbuk (cap bintang). Kalau ada santan lagi, tentu saya tambah. Lepas merasa banyak kali, barulah puas hati. Kenapa?
Durian ini tidak semanis durian yang biasa. Kami bawa balik dari kampung. Isinya tebal, macam D24. Tetapi, agaknya luruh masa hujan, jadi tidak masak di pokok. Tak apalah, itu cuma beberapa biji sahaja, yang lain kebanyakannya lembut-lembut dan enak. Saya buat agakan, hendak dibuat kuih, durian ini rasanya kurang berlemak juga. Maka, lebih baik dibuat cara BUBUR. Tetapi kacang hijau tak ada, maka jadilah serawa..
Di kampung, semasa mengopek dan menikmati ulas-ulas durian yang sedap, lembut dan enak, saya fikir, beruntungnya kami, merasa durian dari pokok. Oranglain terpaksa membeli durian...
Semasa menikmati durian dalam bekas yang diberikan mertua, saya dan suami sama-sama menyedekahkan Al Fatihah kepada atuk suami, orang yang menanam pokok durian ini. Amal jariahnya telah berjalan sehingga kepada kami.. Alhamdulillah. Sebahagiannya saya sampaikan kepada adik Siti di damai. Suami kata dia sudah puas makan.
Hum., kita nikmati roti jala dengan kuah serawa durian ni, ya! :D
Er... Kan saya kata, saya amat bersunguh-sungguh. Saya mencari acuan jala tidak ada, jadi saya gunakan bakul kecil yang ada lubang ni. Hum, dengan tepung tak cukup, saya campur tepung superfine lagi, adun mengikut suka hati kecairannya. Lepas tu blend, dan tuang atas pinggan yg dalam. Pandai-pandaila tuang atas raga tu, untuk menjala atas kuali leper!
Amacam? Kita jangan terikat dgn acuan biasa. Meskipun lubang tak banyak, kita masih boleh membuat roti jala yang tidak banyak lubang, kan? He... Resipi serawa durian kak An, dan adunan roti jala majalah rasa. Ada kat SINI.
14 Muharram.
Copyright © 2012
╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment