Wah, saya bisa online!
Apa khabar semua? Semoga teman-teman dalam perlindungan rahmat dan kasihNya.
Disebabkan signal celcom tak jadi di kawasan BB ini, TM pula payah nak apply, kami mencuba pula P1.
P1 ni dapat 7 hari waktu bertenang, kalau ada masalah line, boleh pulang balik. Hum, hari pertama internet lambat loading. Hubby dah stress. Saya pun. Mungkin P1 pun belum stabil meskipun signal 3G penuh kat modem. Takpelah, kita cuba 7 hari ni. Kalau dah takde pilihan, terpaksa ambik jugalah sebab P1 ni kontrak setahun.
Pelbagai kerja Hubby dah terbantut sebab streamyx tak boleh masuk. Broadband pula terlalu slow, ambil signal dr handset. Harap-harap P1 ini boleh membantu kami. Saya pula? Sunyila takde internet, hehe...
Setakat ini, dah 2 kali saya berulang balik ke Besut. Sejak sebelum Raya Haji, Abah masuk hospital, dan masih tidak sedarkan diri. Di wad itu, ada seorang nurse menjaga seorang pesakit. Kita tak boleh menunggu, kecuali di luar wad saja. Saya tidak galakkan adik-adik perempuan saya menunggu di luar wad, kecuali berteman. Biarlah saudara lelaki yang lain yang standby.
Sejak pulang, bermacam kerja rumah yang saya harus selesaikan. Pening sekejap. hehe.
Jadi.. kurangkan stress anda. Bertenang, Insya Allah segalanya akan berjalan dgn baik :)
Tak lupa, Salam Maal Hijrah 1434. Kelmarin terpaku melihat tanyalah ustaz, Ustaz Hasan Din tentang bicara Hijrah. Alhamdulillah, saya sempat baca Doa akhir dan awal tahun kelmarin bersama suami...
Moga tahun ini berjalan dgn baik dan dengan ibadah yang lebih baik. Saya teringat satu kata-kata di naskhah sebuah akhbar di Kelantan,
Burung Bayan melihat seorang lelaki tergesa-gesa berwudhuk, lalu bersolat dengan tergesa-gesa. Selepas lelaki itu selesai melakukan solatnya, Bayan itu berkata,
" Maha Suci Allah yang menyempurnakan dan memudahkan segala urusan kita di dunia, maka sempurnakanlah urusan terhadapNya."
Oh ya, jangan lupa tonton Syeikh Nuruddin petang ini di tvalhijrah.
Oklah, saya berhenti dulu. Insya Allah berjumpa lagi.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
No comments:
Post a Comment