Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Thursday, November 22, 2012

Bimbingan atau rasa sempurna


 Bismillah, Salam sejahtera buat teman-teman,

Sebagai seorang yang mempunyai masa di rumah, saya sempat menonton Tanyalah ustaz waktu pagi-pagi macam ni. Terasa bersalah pula melihat tv kami berada di atas lantai. Lebih-lebih lagi cerita hari ini ialah ttg mukjizat al Quran. Saya rasa, Tanyalah ustaz, atau Tanyalah ustazah  di TV9 mengalami banyak perubahan dgn menjemput ustaz yang merupakan pensyarah-pensyarah universiti. Mereka ada kebolehan menyusun ayat dan saya suka itu.  Tetapi, kita tidak bolehla bandingkan mereka dgn para Dai'e di yg banyak berdakwah di luar, kerana sudah tentu pengalaman mereka berbeza.

Hari ini bercerita ttg mukjizat al Quran. Al Quran sebagai panduan, dalam perubatan, dalam pelbagai aspek ilmu.(maafkan saya tentang surah al Qadr, saya terlalu laju menulis tadi)  Al Qadr ada  30 patah perkataan dan 114 huruf, sepertimana al Quran mempunyai 30 juzuk dan 114 surah. Al Quran diturunkan di malam al Qadr dan itu kelebihannya.  Al Quran juga diturunkan secara lengkap ke langit dunia, tetapi berperingkat diwahyukan kepada nabi melalui perantaraan Jibrail. Ia bermula dengan asas, iaitu surah al Alaq, dan seterusnya mengikut keperluan masyarakat pada masa itu, tetapi susunan mashaf al Quran disusun sempurna bermula dari al Fatihah diakhiri an Nas.  Membaca al Quran walaupun tidak faham tetap dikira ibadah. Tetapi kita juga harus tadabbur, iaitu baca al Quran, memahami, menghayati dan beramal. Itu Ubat Hati. Al Quran itu suci, maka berwuduklah sebelum memegang mashafnya. Orang yang berhadas besar tidak boleh membaca al Quran secara lafaz, di dalam hati tidak apa. Untuk mengamalkan al Quran dalam kehidupan, ialah apabila kita berdamping dengannya dan mengamalkan segala isinya. Al Quran akan memberi syafaat untuk kita kelak. Cantik dan padat jawapannya, kan?

Saya sentiasa berharap ada jawapan yang begini supaya saya catat untuk membimbing bakal anak-anak kelak. Bahkan mudah untuk saya berikan jawapan, bagi mereka yang tidak tahu.

Saya teringat bagaimana ustazah, seorang pensyarah juga melontarkan isu kesaksamaan hak wanita. Seolah-olah dia membuat kajian tentang itu sehingga peringkat antarabangsa. Tetapi tetap tidak lari dari menyebutkan EQ dan IQ wanita yang tetap memerlukan lelaki untuk memimpin. Islam itu adil, dalam al Quran banyak disebut "Huwa" (lelaki), tetapi ada masanya huwa bermaksud lelaki dan wanita. Bahkan tentang wanita ada disebut dalam surah an Nisak. Tentang tanggungjawab lelaki dalam bab faraidh. Sangat menarik. Saya teringatkan cikgu sains saya semasa di sekolah menengah. Sering mengaitkan ilmu sains  dengan kebesaran Allah semasa  di makmalnya. Saya fikir, untuk apa? Tidak lain adalah untuk mendidik Hati anak-anak remaja supaya dekat dengan Allah dan memahami penciptaanNya. 

Bukan mendesak mereka untuk sentiasa patuh, atau menakut-nakutkan mereka atau yang sebaliknya, membiarkan mereka mengikut arus persekitaran dan perubahan tamadun masyarakat tanpa dibimbing . Dan kita berfikir kita telah membuat mereka sempurna?

Saya suka kerana cara jawapan ustaz jemputan yang tersusun dan meluaskan konteks cara berfikir.  Kerana jawapan, sepatutnya begitu. Bukan sekadar menerima sahaja. Saya tidak mahu mengatakan, "pada pendapat saya, tak tahulah pendapat oranglain, saya belajar begini, ustaz saya cakap begini... dan saya berpegang padanya.  " lantas kita mengeraskan suara agar orang mendengar pendapat yang kita lontarkan. Dengan cara begitu, adakah orang mahu mendengar?

Saya takut dikatakan orang yg tidak tawadduk, dgn mengatakan sesuatu yang 'hanya saya yang tahu' dan 'mungkin orang itu tidak tahu' disebabkan perbezaan taraf pendidikan kita dgn dia. Adakah itu menandakan kita lebih?  Saya tahu perasaannya. Tetapi saya tidak mahu menghadapi orang egois dengan rasa egois. Ia tak baik utk kesihatan. :)



Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

2 comments:

Makbonda said...

Salam indah,

Bila cuti sekolah barulah Makbonda berkesempatan bersarapan dengan tanyalah ustaz,Selainnya pada hujing minggu sahaja,tapi hujung minggu biasa sencara live kan. Biadanya Makbonda akan maksimakan volume TV biar semua seisi rumah dengar.

Ya,egois itu adalah satu penyakit juga kan,tidak baik untuk kesihatan. :)

indahhouse said...

Salam makbonda,

Wah, ada geng! bolehla bertukar-tukar pandangan. :)
memang awal pagi kena kuatkan suara tv, sebab suami sambil terkejar pergi kilang, saya sambil sediakan sarapan, susah nak tengk betul2. bila free, baru duduk depan tv. hehe..
:)

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (11) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Isteri (1) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (9) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (30) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (1) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) mengurus rumahtangga (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (13) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (2) nasi (27) Nasi Goreng (17) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (3) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (1) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────