"Bukan di kalangan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang yang lebih tua. "
Mengasihi anak-anak kecil.
Sebagai antara orang yang pernah menjaga anak kecil, mestilah saya mengasihi anak-anak kecil.
Kita membersihkan dia, memastikan dia selamat dan memujuknya bila dia menangis, risau bila dia sakit... itulah. Cuma keletihan itu kadang2 membataskan kita mengucapkan dgn kata-kata. Kita terpaksa mengatakan kepada diri, dia anak orang. Yg memberi nafkah ialah ibubapanya.
Sekasih mana pun saya kepada anak-anak jagaan saya sebelum ini, saya tidak membiarkan diri hanyut dek perasaan.
Kadang-kadang, hati menangis bila anak sakit tidak mahu makan ubat. Harus dipaksa, dan dia menangis. Kita memeluknya.
Kadang-kadang, suara tinggi kepada abang-abang sekolah transit yang nakal, tetapi berpaling kepada anak-anak kecil... terus sejuk hati.
Kadang-kadang kita geram kepada ibubapanya yang buat tak endah dengan anak-anak.. susu yang dipesan seminggu tak beli. Akhirnya terpaksa bagi milo (anak yang dah boleh makan).
Pampers habis... dah bagitau pun masih tak endah.
Kita pun tau jika ia tengah bulan... duit tengah tak ada. Jadi ada anak-anak dari awal lagi kami ajar potty learning (ajar ke tandas). Kadang-kadang basah tilam, dan kitalah yang basuh. Terkencing dalam seluar, kita bersihkan dia. Bila mereka tidak lagi bergantung kepada pampers, ibubapanya suka sangat. Alhamdulillah...ia pahala.
Saya teringat seseorang yang saya kenali, yang dia hanya bergantung dgn pampers untuk kebersihan anak-anaknya. Sangat risau itu dan ini... nak ajar anak ke tandas pun 'seriau'. Itu pula bukan anak yg pertama. Kasihan saya melihat mereka membeli pampers setiap kali, berkerut muka. Ya, anak-anak itu amanah...jangan berkira sangat... tetapi kewangan bergantung pada ibubapa. Tak jaga ekonomi, rumahtangga pun tak kukuh.
Alhamdulillah, saya melihat telatah ramai anak yang dari tidak boleh berjalan hingga setahun dan dari pelbagai peringkat umur. Jadi saya yakin dgn perkembangan mereka yang mampu buat itu dan ini, tidaklah seperti yang kita takutkan sangat-sangat. Cuma ada setengah ibubapa yang langsung tidak mmberitahu pengasuh bahawa anaknya menghidap penyakit, jadi ada kemungkinan kemampuan mereka terbatas. Contohnya, macam pengalaman saya sms jadi guru tadika yang melatih anak-anak berpuasa.
Tajam pandangan ibunya terhadap saya bila saya berharap anaknya yg berumur 6 tahun belajar puasa sehari. Sedangkan saya bertanya sendiri kehendak anak itu... masihkah mahu teruskan berpuasa? Anak itu mahu meskipun dia letih sangat.
Tetapi hampir maghrib, ibunya menyuapkan dia air kotak.
Saya kesal, jika dia ada kelemahan atau penyakit, ibunya harus terangkan pada saya. Tidaklah kita mengikut kehendak anak tadika itu dan ibu itu salah faham. Hum.
Macam-macam ragam yang saya kutip, termasuklah masalah ibubapa. Semuanya saya jadikan tauladan, jadikan sempadan. Cuma pengalaman sendiri yang tak ada. :(
Tak apalah, ia menguji keimanan, saya ingin mndapat yang baik-baik.
Ada perkara, kita tak mampu suarakan di hadapan seseorang. Jauh di lubuk hati.
Bila saya melarang Ma supaya jangan berlembut hati sangat dengan cucu kerana cucu-cucunya sangat lasak (hyperaktif) , mungkin Ma berasa saya tidak pandai melayan anak-anak.
Bulat matanya melihat saya.
hahaha....
(Sedih disemat jauh lubuk hati)
Bila saya menegur seeorang supaya tegaskan supaya anak yg sakit itu makan ubat, dia marah katanya budak tak boleh paksa-paksa. Aduhai, teringat parents yang suka merungut katanya anaknya sampai ke sudah tak mahu makan ubat, berhari-harilah demam, muntah, panas...Bila dipaksa, mahu juga anak itu. Alhamdulillah, eloklah dia..
Memanjakan. Semua anak suka diperlakukan begitu. Namun sprt yg kita tahu, bila anak-anak dah bertambah... perhatian kasih itu telah berbahagi. Saya sangat suka bila melihat ada kakak seumur 10-12 tahun yang menganggap adik kecilnya seperti anaknya, sangat pengasih dalam segenap perkara. Terasa ringan di bahu ini...
Kerana semua anak-anak dahagakan kasih-sayang, tetapi kita tak mampu nak memberikan sama rata, kan?
Saya teringat ada ibu yang takut-takut bila menjaga cucu, kerana anaknya suka marah-marah. huhu... kalau tak suka, kenapa hendak dihantar pada orangtua? Karang, ternaik pangkat jadi anak derhaka pula, huhu...
"Bukan di kalangan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil."
Bagaimana pula anak yatim yang dah besar panjang, dah anak dara, meminta derma anak yatim di stesyen minyak, depan bank... pada Hari Persekolahan. Adakah itu dikira anak yatim? Jika dia dari badan NGO, tidak pula dinyatakan. Bagaimana?
Ingatlah- Rasulullah mengasihi anak yatim yang belum mampu berdikari, orang itu akan rapat dengan Rasulullah di akhirat seperti dua jari.
Jadi, bersedekahlah dan cakap baik-baik dengan mereka...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────