Situasi A:
Ada seorang teman, amat meminati kamera digital atau dslr. Dia sanggup membeli majalah digital camera setiap kali ke kedai buku, semata-mata ingin belajar mengambil foto. Bahkan kerap membelek dan mencuba kamera dslr kawannya untuk belajar mengambil foto dan belajar setting. Bahkan kalu sesiapa bertanya tentang kamera dslr padanya, dia mampu menjawab dengan mudah. Tetapi dia tetap tidak mahu membeli kamera digital tu untuk dirinya sendiri. Alasannya, dia mahu membeli yang latest dan dengan lens sekali, yang berharga puluhan ribu dan sanggup menunggu hingga ada benar-benar duit cukup.
Seorang teman lagi, juga meminati fotografi, dan belajar cara setting kamera digital dslr melalui buku dan teman-teman. Baginya meminjam dengan kawan adalah masih terbatas, dan dia tidak puas 'explore'. Dalam satu karnival, dia membeli satu kamera yang digital separa dslr, tanpa lens siap dengan tripod. Alasannya, dia mahu mencuba sendiri, dengan menggunakan kamera dslr untuk 'photographer' amatur sepertinya.
~Daripada kita mengabaikan tuntutan hati, sehingga hati terdera, tidak salah jika kita memenuhinya bila mampu. Seperti sering dikata orang: apa yang dia ada, aku juga ada walaupun yang paling murah~
Situasi B
Seorang teman (wanita) yang elok akhlaknya, yang sering menafikan perasaannya untuk berumahtangga walaupun mencecah 30-an. Sering memandang lelaki dengan 'kategori tersendiri'. Bahkan suka diberi perhatian oleh abang-abang angkat. Bila ada fitnah menular, keluarganya mahu cuba mengenalkan dia pada seseorang yang baik tanpa paksaan. Jika hubungan itu tidak berhasil dia akan salahkan keluarganya pula. Dia sunyi, dan cemburu pada orang lain yang sudah berumahtangga. Tetapi takut pada komitmen, dan suka mencari keburukan pada perkahwinan orang lain.
Seorang teman lagi, sering mencari cinta sejati. Dia berasal dari keluarga yang tidak bahagia. Ibunya bermadu, isteri kedua... dan kerap berlaku pertengkaran. Dia sunyi, dan ingin memiliki rumahtangga dan mencipta bahagia. Dia juga ada kategori lelaki yang tersendiri; Bujang. Dia berdoa, dan bertawakal pada Allah. Akhirnya bertemu lelaki yang baik yang mahu menyuntingnya sebagai isteri. walaupun tiada rasa cinta, kecuali mengharap mencipta 'Baiti Jannati', tetapi dia menerima dengan baik jodohnya. Dia berikrar menghadapi susah senang bersama suaminya itu, asalkan saling mencintai menuju redha Allah dan tidak menyakiti hati orang lain. Kerana dia sedar, tiada bumi yang tidak ditimpa hujan..
~Kita yang mencipta kebahagiaan. Susah ke, senang ke, kita perlu redah juga. Walaupun jalannya untuk mencapai kebahagiaan adalah perit dan berduri, perkahwinan tetap jalan yang diberkati Allah, daripada terpesona dengan persahabatan dengan lelaki ajnabi~
