Mengemas rumah dan membasuh pakaian yang menimbun setelah berhari ke sana sini. Saya berpesan pada diri, masalah keluarga saya di kampung, tinggalkanlah di sana. Jangan terbawa-bawa ke sini pula. Dan kewajipan isteri yang paling besar ialah di sisi suaminya walau terpaksa korbankan perasaan sendiri.
Hanya seorang isteri dapat memahami. Tetapi bukan adik-adik saya yg masih bujang... ditambah karenah orang tua yang ingin perhatian. Adakah sekarang bermula dugaan kami menangani karenah orang tua? Sedang hidup sendiri masih mencari kesempurnaan. Tetapi, siapakah yg sempurna di dunia ini? :))
Masa pergi library hari tu, saya terjumpa set 'photo frame', siap dengan 'paint brush'. Setnya terdiri dari warna, frame gambar kosong beserta ukiran tanpa warna, serta berus lukisan. Pastu kita warnakanlah frame gambar tu. Ia macam 'water colour', tetapi macam ada gam pula, melekat cantik pada frame tu. Maka malam itu saya nukilkan rasa di frame trsebut. Dari mulanya dengan separuh rasa, akhirnya terpaksa buat bersungguh-sungguh kerana mahu frame kelihatan cantik, dan tidak rasa membazir membelinya. Setelah siap... my hubby pun senyum jer sebab ia memang kelihatan cantik walaupun tanya saya ni 'kaku'. :D

salam nur indah..
ReplyDeletedoa ler yg terbaik buat keluarga di kampong..
cantik gambar tu...
Salam kak ummihumaira,
ReplyDeleteTerima kasih kak atas pesanan. Hanya doa mampu dikirim. Dan kami tetap mengambil berat selagi trdaya ambil cuti, maklumlah jauh.... Orang tua suami di sini pun perlu diambil berat juga. :))
trkdg kita trsepit diantara tanggung jwb sebagai isteri n anak2.....
ReplyDeletekreatifnya nur.....
Salam kak Nza,
ReplyDeleteTersepit, terkepit pun ada.. hehe. itulah seorang isteri...