Salam sejahtera. :) Cuti lagi saya kan? balik banting lagi, sbb kami jumpa doktor gigi. Kami cari tmpt yg kami suka, sebab almaklumlah.... nak rawat cik Gigi. Lagipun kami pun kena caj free jer, under claim kilang. Alhamdulillah. Jangan takut-takut jumpa doktor gigi. Buat cuci gigi 6 bulan sekali, kerana harganya lebih murah sbb 'plak' masih sedikit. Pastu kita dapat kesan gigi mana yg bakal sakit. Takdela meraung nanti bila tampal dan doktor korek2 gigi kita yg sakit tu. Hadoi!
hahaha... jangan seram. Itulah dugaan. sama dgn cerita 'Bersih' yg hangat di youtube. Sama menyeramkan. Ya Allah. Pandangan setiap orang berbeza, dan saya hormati. Suami saya beria-ia bercerita. Saya pula tak minat. Saya tidak mahu jadi sprt di Mesir. Sbb dah banyak campur tangan banyak pihak, banyak pandangan, banyak salah faham, banyak aura fitnah, banyak unsur kemarahan, dan atas nama perjuangan masing2. Yg terbabit dan bersengketa, Saudara seislam kita. Saya tak mahu begitu. Ya Allah, lindungilah.. Benar,saya seorang penakut dgn ideologi sprt ini. Janganla pula sergah saya, ya... :)
Oh.. terima kasih pada cik Anie kita kat shoutmix tu. Terharu saya.. sob sob. Blog saya ini cuma nota masakan saya dan nota mmbebel saya. Terima kasih sebab sudi datang dan mencuba resipi. Syukran jazilan juga buat semua pelawat dan teman2 yg selalu singgah. Dgn tetamu, blog ini ada berkahnya dan ada serinya. Moga2..
Sekali tengok, tak macam kari...macam rendang pun ada. Tapi namanya tetap kari . hehe.
Saya padankan dgn nasi goreng, sedap. Esoknya kami makan dgn nasi lemak beserta sedikit sambal dan bilis. Memang padan.. :))
Saya padankan dgn nasi goreng, sedap. Esoknya kami makan dgn nasi lemak beserta sedikit sambal dan bilis. Memang padan.. :))
KARI AYAM
Sumber: majalah Sedap bil 29/2010
servings: 8 person
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot. Saya permudahkan resipi.
Ayam ini ala kari india. Selain nasi goreng, sedap juga dimakan dgn nasi lemak. Utk 5-6 ketul ayam, saya guna separuh bahan.
RESIPI:
1 ekor ayam
5 kuntum bunga cengkih
5cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 sudu makan puri tomato (Kimball)
2 sudu teh garam (secukup rasa)
1 sudu teh gula pasir (secukup rasa)
400ml air
1 sdt air perahan lemon (saya guna air limau kasturi)
3 sdm minyak untuk menumis
Bahan dicincang halus:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
2 cm halia
Segala serbuk rempah:
1/2 sdt serbuk jintan manis
1 sdt serbuk ketumbar
1 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk lada hitam
1 sdt serbuk cili
1 sdt Garam masala
Saya tambah: 1 sdt Serbuk kari baba's sbb nak rasa lebih kari..
CARA MEMBUAT: (yang asal)
1. Tumis bahan cincang tadi dengan bunga cengkih, kulit kayu manis, halia dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan puri tomato, garam, gula pasir, dan semua serbuk rempah. Kacau rata.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masak sehingga menyerap. Tambah air perahan lemon. kacau rata.
4. Nota Nurindah: Saya rebus ayam tu dahulu (Ayam +halia + air separuh paras ayam, dan tutup periuk, rebus dgn api kecil hingga masak) . Saya masukkan ayam selepas masukkan semua bahan dan letak air rebusan setakat perlu utk kuahnya. Kecilkan api untuk biar ia sebati dgn rempah.
Baunya sedap...
KEPAK AYAM GORENG PEDAS MANIS
Sumber: majalah Sedap bil 29/2010
Olahan: mysweetlife-nurindah.blogspot. Saya olah resipi utk memudahkan.
RESIPI:
6 ketul kepak ayam, dikerat dua bahagian (kepak dan drummet) - saya tak potong pun.
Untuk menyalut - 3 sdm tepung beras
bahan perapan:
1 sdt air perahan lemon (saya guna air limau nipis)
1/2 sdm serbuk cili
1/2 sdm serbuk bawang putih (saya guna bawang putih ditumbuk halus)
1 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada sulah
1/2 sdm madu
CARA MEMBUAT:
1. Lumur kepak ayam dgn bahan perap. 10 minit. Saya buat setengah jam.
2. Masa nak goreng, gaul kepak ayam dgn tepung beras, salut nipis jer.
3. Goreng dalam minyak yg dipanaskan sehingga masak. (Tepungnya cepat garing, jadi pastikan api dapur kecil skit)
Asalnya nasi dingin malam sebelumnya simpan dlm fridge. Sebab banyak dan masih elok dimakan,saya buat nasi goreng bubuh jagung ni. Habis licin kami makan... :))
NASI GORENG JAGUNG
Resipi: kak ummizaihadi.blogspot
Nota: kali ni takde udang.. kali kedua buat nasi goreng ni. Terima kasih banyak kak ummizaihadi. Mohon halalkan kak..
Bahan:-
* 2 mangkuk nasi putih
* 1/2 tin jagung biji (corn kernel)
* 1 labu bawang besar (didadu)
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 1 biji cili merah - dicincang (saya ganti capsicum)
* 10 - 12 ekor udang (takde)
* 1/2 sk. lada sulah
* sedikit daun bawang n daun sup (tak bubuh)
* garam secukup rasa
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili hingga kekuningan dan wangi.
2. Masukkan lada sulah dan udang, kacau sebentar.
3. Masukkan nasi putih, kacau rata dan masukkan garam. Biarkan nasi masak nampak sedikit berasap.
4. Masukkan jagung tadi dan kacau rata sebentar...jangan terlalu lama, nnt kecut sgt jagung.
5. Seimbangkan rasa dan tutup api. Tabur daun sup dan daun bawang, kacau rata. Angkat dan hidangkan.
Salam indah!!! sedapnyer nasi goreng jagungmuuu ituuu!!!!! sukelah nasi2 mcm niii pastu lwnkan lah dgn ayam masak apa2 pun mesti bertambah makan tp kan indah kita suke kalau mkn dgn acar masam2 manis pedas hihihi..sedap!
ReplyDeletenur,
ReplyDeletekakpah datang bawak pinggan ni. penuhkan ye....