Selamat berjumpa lagi di pagi Rabu. hikhik.. dah rabu rupanya.
Nak cerita ke ni? Hurm... Transformer and The Green Lantern? ;)
Last week, kami tengok wayang 3D. hehe... segan pulak rasanya nak bercerita. Yalah, pandangan orang macam-macam. Bukan semua yang kita suka, oranglain berkenan. Apatah lagi bila nak bercerita macam ni. Bukan selalu, setaun ada la 1-2 kali jer pergi tengok. Tak baik mmbazir utk hiburan setiap bulan kan? Lagipun just utk tengok movie 3D jer. Masa nengok wayang tu juga, jangan lupa waktu solat. Walaupun dgn anak-anak.
Mula-mula mr hubby ajak malam-malam," Jom tengok transformer? " Saya menyengih jer. Lagipun saya pun suka movie macam tu. Sampai GSC, semua 'Full Seat'. Jadi, kita tukar tengok Green lantern. Beli jugak tiket transformer utk esoknya, sebab hubby memang nak tengok cerita tu.
Sape lagi yg nak pergi tengok? Green lantern, grafik dia bagus, tetapi watak kurang beremosi. Ceritanya ada kuasa dr angkasa lepas, jatuh ke bumi, dapat pada sorang lelaki ni. Dapat kuasa cincin, yg sekali2 kena cas dgn green lantern. Jadi hero bumi. Tetapi, tengok waktu malam best. Mau nak terjerit tengok hantu yg jadi watak jahat tu. muahaaa..
Green lantern tu tengok 12 malam. Sampai la ni, teringat-ingat mulut hantu tu menganga. Lekas2 cabut spek 3D tu. hehehe... tapi best, sebab sekali-sekali keluar tengok wayang ngan suami. Bukan selalu pun tengok wayang. Last.. tengok Narnia akhir tahun lepas dgn adik-adik yg dah jd anak dara tu sekali. :)
Transformer pula, banyak aksi. Tetapi ada banyak babak yg bermakna, contohnya masa BEE (bumblebee) nak dikorbankan, (I love Bumblebee ;), masa bandar kena serang dgn Decepticon tu dan ramai orang kena tembak, masa the boy yg jadi kawan Bee tu ingat autobots semua dah meletup tiba2 muncul selamatkan bumi dari diperintah Decepticon. Fuh... saya banyak terharu kali ni.
Itu semua cerita last week. Pastu balik Banting. Sabtu petang balik sini. Malam tu tido awal. Kat masjid ada Qiyamullail pulak. Kita berqiyamullail pukul 4 pagi pulak. Ustaz Nuruddin ada datang buat ceramah, sambung kuliah kitab. Tapi saya ambil Qiyamullail jer, perut tak sihat. Hubby yg sambung sampai sunat dhuha.
Kadang-kadang saya kesian pada hubby. Bila dia dikata jarang pergi kuliah agama. Sedih hati saya. Padahal sejak kami berkahwin sampai sekarang ini, setiap kali ada kuliah agama oleh biro dakwah kat kilang, my Hubby selalu balik lewat. Kadang2 baca yasin dan tahlil. Kadang2 ada ustaz jemputan yang mengajar. Kilang tu milik bumiputera. Thats why ada bahagian dakwah. Tak pelik kan? Tandanya, hubby akan bawa bekal nasi lebihan jamuan masa kuliah, sebab ada lebih. Dan saya akan tanya, apa yg dia belajar. Kadang2 bila sempat waktu pagi di masjid, ada juga ceramahnya.
Ya, ilmu itu dicari dan dinilai. Jangan takut bila mghadapi perubahan hidup . Jangan takut kalau berhadapan dgn bermacam fakta agama dan pelbagai ustaz yg pelbagai fatwa.
Orang macam my hubby yang kuat kerja yg sering balik lewat kerana anak-anak buahnya belum balik kerja.. yang selalu orang call tengah malam sebab mesin rosak.... yang selalu terkejar-kejar masa kerana dia try to spend masa utk buat benda yg dia suka dan minat. Kerja kilang mmg seperti itu. Masa yg sedikit terkejar-kejar. Please have pity on him...
Oklah, tutup bab tu. Saya, lebih suka menurut kata, kerana takut menyusahkan dia. Tak susah pun, bcoz that's what a wife is for....... supporting.
Kita nengok menu malam tadi je.
Sambal udang dengan petai. Mr hubby teringin nak makan petai. Jadi, saya beli petai ni semasa ke pasar pagi kelmarin. Naik bas lor... tapi hubby asyik pesan suruh sms dan call bila sampai rumah. Lor, sayang.... i can take care myself :) Lagipun pasar pagi lebih segar dan banyak pilihan sayur kampung.
Cendawan goreng. Ikut resipi cendawan hot and crunchy Kak Nor, tetapi jadi kenyal pula. Agaknya sebab saya pakat bubuh jer yogurt tu banyak2. hehehe.. Serbuk cili kasar pun takde. Takpe, Insya Allah... next try
Ikan keli, macam goreng selalu. Dengan garam kunyit dan bawang putih tumbuk.
Sayur pucuk manis masak lemak.Letak udang 4 ketul.
wahh...bestnya tengok wayang..
ReplyDeleteindah...rajin betoi adik sorang ni...
sedap2 menu tu..
Salam.
ReplyDeleteSebenarnya hubby Indah bertuah sebab Allah bagi rezeki bekerja di kilang bumi. Adalah aktiviti agama. Suami Che Mid pun dapat berjamaah setiap zohor dan asar. Kira oklah walau tak dpt pergi ke surau. Masa CM keje dulu, kesian tengok operator2 terkejar2 nak bersolat, 30 min lunch n solat..
tgk kungfu panda tak? sy suka citer tu..hehe :) bnyk2, sy berkenan kat ikan keli goreng tu..sedap! sll mkn yg bersambal je :)
ReplyDelete*apa maksud nur click pada cooltext kat blog sy tu? x faham la :)
Salam kak mas,
ReplyDeleteaduh, saya tak rajin kak. asal ada makanan jer. hehe..
Salam che mid,
ReplyDeleteya.. kasihan mereka. Alhamdulillah, di sini dibenarkan kegiatan rohani. Ustaz jemputan pun diberi wang kelab dan ada jamuan.
Salam Del,
ReplyDeleteKeli.. makan bersambal atau goreng memang menyelerakan.
Cooltext tu dari banner deliah's deli. kadang2 saya klik situ utk lihat full page blog Del. Tapi rupanya hop ke tempat lain. hehehe..