Salam sejahtera, dah petang ya...
Memasak bukanlah satu kebanggaan bagi isteri, melainkan satu 'fardu' dalam rumahtangga.
Ada juga masanya saya manja, mengajak suami ke pasar malam,makan di luar atau beli bungkus. Bahkan saya gemar pula makanan di pasar malam itu. Mungkin ms kecil, saya jarang makan lauk sedap-sedap. Jadi, bayangan kesedapan itu selalu dibandingkan dgn pasar malam, yg waktu itu muncul pelbagai jenis makanan baru yg nampak menyelerakan. maklumlah budak-budak suka pelbagai rasa, warna-warni..
Masakan yg dibuat sendiri sebenarnya lebih berkah utk dimakan ahli keluarga. Ada banyak doa yg boleh dibaca semasa menyediakan makanan yg didoakan itu bakal dimakan dan mnjadi darah daging kita, anak dan suami kita. Moga mnjadi darah daging yg baik.. Dgn memasak bajet makanan lebih mncukupi, menepati citarasa kesihatan dan lidah kita. Dan kita pun tahu.. lagi bersih.
Tapi tatkala kita sakit?
Nak masak sendiri pun, dah takde mood dan selera. Hatta nak keluar mmbeli makanan pun rasa tak larat. Seorang isteri yg rasa ingin brmanja dan disuap-suap. Itukah ukuran sakit?
Suami sekejap lagi akan balik kerja. Kepala kita dok nyut-nyut walaupn dah makan ubat. Beruntunglah isteri yg suaminya mahu ke dapur. Dan kasihanlah pada suami yg tak mahu masak atau beli, tetapi hanya mahukan 'Maggi'. Aduhai sayang... itu bukan makanan penambah tenaga :P
Jadi ia bukan alasan kita tidak memasak.
Siapa kata memasak bukan satu jihad?
Awal-awal lagi saya msg padanya, bhw saya kurang sihat. Hati rasa lebih lega setelah meluahkan. Fikiran lebih lapang setelah mengadu.
Lepas tu, hanya makanan pre-cooked sebagai penyelamat. Ada ayam drummet ayamas. Nasi, rice cooker yg masakkan. Asam pedas isi ayam menggunakan paket segera asam pedas adabi . Sayur bayam kesukaan saya digoreng saja. Siap. Alhamdulillah.
Hasilnya, saya lihat Mr hubby lebih prihatin pada saya . Dia melihat saya berusaha melawan kegeringan. berbanding saya rehat saja atau merungut2 sakit atau meminta dia membeli di luar. Ukuran lelaki pada wanita yang suka merungut amat lain, kan?
Dia cukup memahami walaupun memasak bukan kegemarannya. Itu sudah cukup.
Melawan sakit itu juga satu jihad . Semat di hati rapat-rapat...
Foto di bawah diambil setelah badan kembali tenang.

smg cepat sembuh nur. :)
ReplyDelete*sy dah bt egg tart hr tu.sedap la.sesuai dgn selera sy.tkasih bny2,tp x de posting..nnti2 bl lapang ya :)
Salam, alahai akak pun tengah pening.. Deeja dari semalam demam selsema, pagi tadi muntah.. habis cadar basah.. kejap lagi nak lelap mata kejap...
ReplyDeletecepat sembuh nur.. memang walaupun sakit kadang isteri tak sampai hati melihat suami ke dapur..:)
ReplyDeletesalam ziarah. semoga cepat sembuh ;)
ReplyDeleteAbg kRina tak pandai masak. Bila kRina demam, dia tapaukan aje.. Jadilah kann..dari dia suruh kita masak jugak.
ReplyDeleteSalam Del,
ReplyDeleteAlhamdulillah, sesuai ngan selera. saya sihat dah ni. haritu kami dua orang yg tak sedap badan dan tekak. rasanya ok dah, prepare kesihatan utk ramadhan.
Salam che mid,
ReplyDeleteAduhai... moga2 Deeja takde apa2. moga kak juga sihat selalu
Salam kak Juwita.
ReplyDeleteya kak.. apatah lagi kalau dia cuma nak makan maggi. huhuk..
salam cplud miera,
ReplyDeleteterima kasih miera
Salam kak riena,
ReplyDeletesuami yg sentiasa mengambil berat kat kita,kan? :)