Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, July 25, 2011

DTA (duduk, tulis, atur) Persediaan untuk ramadhan...

Salam sejahtera,

Sihat ke semua? Saya dan suami sihat-sihat jer. Alhamdulillah. Dah 23 Syaaban. Terasa cepat masa berlalu. Agaknya nanti, Ramadhan juga tak terasa, cepat habisnya.

Bagi my hubby, kerjanya akan kurang menjelang bulan puasa. no project, kurang production.

Saya pulak yg rasa macam tak cukup nafas. Ini simptom2 biasa seorang isteri apabila menjelang Ramadhan. Macam2 kena fikir, sedangkan orang lelaki relaks jer. mana aci.. ;)


HARI RAYA

Kenapa kena fikir raya dulu? Bukan terniat pun, tapi faham jerla. Barang utk hari Raya adalah terlebih mahal berbanding di bulan puasa. Kenapa? Agaknya sbb orang selalu buat makan2 lepas raya. Pembekal selalu ambil kesempatan naikkan harga. Terutama yg berniaga kuih raya, mesti jenuh nak kira untung rugi. yg jahit baju tak dengar pula harga kain naik.

Kena jugak bajet apa juadah utk hari raya. Bolehla bajet kuantiti dan duit siap-siap kan? Belum lagi bajet nak bagi pada parents. Perancangan juga akan buat kita lebih tenang.

Saya ingat nak pakat ngan adik-adik buat kuih raya sebelum puasa ni. Sebab bulan puasa, saya mesti sibuk dgn family sendiri. Itu utk abah mama dan adik-adik saya. Nak berkejar cari bahan lagi ni. ;)

Sunat hari raya, ialah memakai baju baru. Itulah dia. termasuklah baju yg baru dibeli tetapi belum dipakai. ahaks.. Kena kira jugak bajet. Jangan orang kata murah, terus kita rembat. Sebenarnya yg paling kita suka itulah yg patut kita ada. Carilah dahulu kat mana2. Satu lagi biar sedondon dgn suami atau anak2. Rasa seronok jer.

Kalau nak hias ruang tamu pun , mestilah cari yg berkenan dulu dan paling mampu. Tak salah. Kita pun nak rumah kita nampak cantik dan selesa. Saya kalau bab ni selalu surrrender, takde bajet sangat. Sedangkan hubby ada anak-anak buah (di tmpt kerja). Terasa juga bila tak buat open house. Tetapi macam hubby cakap, kita rumah sewa jer. Tak yah fikir sangat nak renovate ker hias-hias..

Hari raya, ialah hari utk bajet dan bergembira. Tahan nafsu banyak2 sebab syaitan semua dah lepas, kan? hehehe...


Masuk pula cerita Ramadhan.

Dah habis bajet-bajet, kita jangan lupa meluangkan masa utk hadiri ceramah persediaan Ramadhan atau baca buku-buku bab puasa dan pencerahan hati. Hati pun kena bersedia juga, sebab bulan Ramadhan ialah utk beribadah. Pencerahan hati itu perlu, mengingatkan hati yg lalai juga perlu, membersihkan hati yg kotor juga perlu. Kita semua tak trlepas dr perkara itu.

Start baca al Quran dr al baqarah dan cuba utk khatamkan bulan ramadhan nanti. Mulai juga disiplinkan diri jaga waktu solat, bangun 4 pagi bertahajud dan kenali ibadah2 sunat yg kita jarang buat kerana sibuk. Pencerahan bab ibadah pun perlu. Biasanya bab tarawikh, hari pertama tu, Imam akan bagitau caranya dan berapa rakaat. Yg dah lupa tak perlu risau. Saya juga ada listkan cara solat tarawikh kat SINI.

Ada banyak ganjaran yg Allah bagi. Kalau syurga dan neraka pun ada utk umat manusia, mestilah ganjaran pun ada. Pahala pada bulan ramadhan ni berlipat kali ganda. Sebab tu la, saya sempat cadangkan pada mr hubby, sbb kelab kat kilang tu nak sedekah duit kelab kat masjid. Lagi bagus tunggu masuk bulan Ramadhan. Pahala pun lagi banyak.

Sebenarnya, banyak dugaan yg bakal kita tempuh di bulan Ramadhan ini. janganlah fikir semua org akan kasihankan kita dan produktiviti menurun. Mr hubby ada bagitau isi ceramah persediaan puasa kat kilang haritu. Katanya, orang terdahulu berperang adalah di bulan puasa, dan mndapat kemenangan. Berpuasa buat mereka lagi kuat sebenarnya. Produktiviti sepatutnya makin naik. Malu kalau orang bukan Islam nampak kita layu jer..


SAHUR

Sahur? Aiseh, nak kejutkan diri sendiri dulu. nak kejutkan suami lagi. yg ada anak, kejutkan anak2 lagi. 1 jam masa macam tak cukup jer waktu sahur tu. Kalu dah bangun pukul 4 pagi dgn lauk semua lupa kejung sebab lupa 'defrost'.. alamatnya pukul 5 pagi pun belum tentu siap.

First sekali taun ni, saya nak buat sunat tahajud dulu. Sebab rugila dah bangun awal tapi tak minta restu dari Allah utk kelapangan hati dan ketabahan utk buat kerja, beribadah, dan berpuasa di bulan ramadhan ni. Nak mintak semua dipermudahkan dan tambah2 lagi rezeki. Ini tips saya baca dari majalah Anis bulan julai.

Memasak sahur ni, biasanya kena set '30 mnt preparation' dan '30 mnt cooking'. Kenapa panjang sangat? Sebab... belum masuk lagi dgn otak blur. Menu apa ek yang ada selera nak makan? Memilih juga bab makan time waktu suntuk macam tu, yang balance berbuka dah tak lalu. hehehe... 'Timing' lagi jadi tak betul kalau mata dok terkatup-katup. Rasanya kalau pre-cooked menu sangat membantu masa ni, contohnya sambal tumis siap frozen, ayam goreng siap dan cuma masak kuah masak kicap, ikan siap diperap garam kunyit. Daging pula siap rebus dan froze (bekukan), tahan seminggu dan boleh buat daging masam manis atau sup cepat. Air daging tu simpan juga. udang boleh siap kopek awal2. Kerang pun sama, terus direbus lepas dibeli, lepas tu terus kopek dan frozenkan. Siap utk diguna buat sambal kerang atau dlm char kue teow. Tapi dalam bersedia semua ni..... mesti jangan lupa Defrost (nyahbeku) bahan masak sebaiknya dari waktu berbuka . ;)) Tapi tak kurang juga ada teman2 saya yg rajin memasak sebelum tidur. Mama saya dulu-dulu, suka simpan separuh lauk yg dimasak utk berbuka, separuh dimakan. Jadi, kalu terlambat bangun pun, ada lauk siap dah... pastu dah lambat macam tu katanya masak nasi guna dapur gas lagi cepat. :)

Selera kami, ialah Nasi panas. walaupun nasi balance berbuka, kalau dipanaskan sah habis. Satu lagi tips selera sahur ni, nasi dari beras wangi. Mahal kan? Tapi saya cuma campur separuh dari sukatan beras biasa. Ada aura wangi cukuplah. Kalau ada bajet lebih, nasi beras wangi ni memang membuka selera time bersahur. Cubalah.

Menu sahur lain pula, mesti ada sup atau bersantan. Sayur mesti masak sayur baru, barulah ada zat. Jangan tak caya, kalau badan rasa lesu dan tak bermaya, masak sayur masak lemak. Insya Allah badan tu rasa kuat sikit. Selain tu, sup panas memang membuka selera. Sup panas lagi senang, kadang2 nak cepat taruk jer kentang, carrot, seleri, supaya 2 dlm 1. Kalau ada slow cooker lagi mudahla sebab kita boleh buat dari sebelum tido, pastu tinggalkan jer. Terutama time nak makan Bubur. Lauk yang paling cepat dan buat berselera ialah ikan/telur masin dan telur la. Tetapi ikan/telur masin takleh makan selalu sbb buat cepat dahaga esok harinya. Masak sambal pun enak. kalau saya, waktu sahur ni suka yg masin, masam dan pedas jer (macam sambal tumis) tapi manis takmau..

Pastu at least segelas susu utk kalsium harian (sahur dan sebelum tidur) dan multivitamin (sahur). Lagi.. mesti minum Air kosong 2-3 gelas.


BERBUKA


Sunatnya berbuka dgn makanan yang manis. khususnya buat kurma/tamar. Sebiji pun dah ok. Tekak orang melayu ni, suka berbuka dgn kuih manis tapi basah macam tepung pelita, bubur manis, lompang, kuih talam, onde-onde... :) Selain tu air manis. kalau masa kecik dulu, tebu memang akan dicari sebab abah saya menanam. Cuma tumpang mesin jer kat gerai tebu. Tapi dulu2 gigi masih kuat, bulan tak puasa senang jer nak gigit batang tebu tu. Sebab tu la, kalau musim puasa ni, Air buah sangat laku. Sebab Air buah buat kita rasa lega sangat... :D Tak susah mmbuatnya, asalkan ada blender. Kalau tak suka seratnya, boleh jer tapis tapi kalau ada pengisar jus tu lagilah senang. Buah yg sedap diblend ialah Oren, epal hijau, tembikai merah, mangga, carrot campur susu, honeydew (tembikai susu) campur susu.

Menu? Rasanya tak susah. Lauk pauk ni, mungkin kena list dulu yang mana paling suka dimakan dan boleh masak berdasarkan menu yg pernah dibuat. Asalkan lengkap menu lauk sayurnya, habis dimakan, tidak mmbazir dan happy time berbuka pun dah syukur sangat. Pasar ramadhan banyak. Tapi pilih2 la gerai. Tak semua lulus piawaian majlis bandaran tu. Nampak jer panas, tapi bila balik rumah, rasanya macam semalam punya. uhuks. Atau mungkin cara dia masak, memang tak tahan sampai petang.

Satu lagi, boleh juga bertukar hidangan. Tapi yg nak bagi tu lebih baik yg dimasak sendiri, sbb dah namanya 'Main tukar menu' kan? Boleh jer pakat dgn kawan2 setetangga yang agak rapat. Sekarang ni tips saya utk balas pinggan ialah masa orang tu hantar, saya nak terus masuk menu saya tu dalam pinggannya. Jadi, adalah sesuatu yg istimewa dr saya utk jiran berbuka kan? Macamla saya yg terkenang2 kat dia masa berbuka. Banyak pahalanya, menambah kemesraan... Mungkin hari ni orang sebelah, lusa orang 2 pintu, tulat orang 3 pintu. Saya baca pasal ni dari majalah Anis juga, bulan Julai. Itu tradisi orang2 lama utk menambah mesra.

Tapi kalau takde balasan jangan pulalah berkira sangat. Kalau taknak terasa sbb orang tu selalu 'simpan' pinggan kita, bagilah dalam foam ker, plastik makanan. Dah bagi, habis, jangan dok ingat lagi. :))

My hubby, tak makan sangat kuih. Saya pula makan sangat2 terutama kuih pelita. orang pantai timur ni mmg tekak kuih manis dan basah. Tapi cadangnya saya nak list bbrp jenis kuih yg saya boleh buat dan disukai dahla. Bayang-bayangkan kuih lompang, lompat tikam, kuih bakar pisang, pengat pisang, bubur kacang, onde-onde. Rasanya tak yah buat 'try n error' bulan puasa ni. Buat geram jer kalau tak jadi. hikhik....

Satu lagi minum Air kosong 2-4 gelas seblum tidur. Selang seli minum sms solat tarawikh pun ok.


Apa lagi yang tertinggal?

Lepas habis Ramadhan, rasa macam hari biasa jer. Alangkah bagusnya kekuatan rohani setanding dgn bulan puasa. Mungkin juga sbb kita terbiasa, beribadah banyak2 bila kita fikir ganjarannya banyak. hehe... Tetapi trust me, antara orang yg bersedia utk berjihad dgn orang yg tidak bersedia... amat jauh beza kualiti amalannya di bulan ramadhan. Kita nak kualiti, bukan kuantiti. Moga saya dan suami kuat semangat. Moga kita sama-sama dapat kekalkan kekuatan rohani itu.


Aiseh, rasa macam cerah sikit fikiran lepas susun. :))  Moga bertemu lagi..


No comments:

Post a Comment

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers