Di masa sekolah menengah dahulu, ada 2 orang guru ERT (ekonomi rumahtangga), yg mengajar menjahit-jahit, dan memasak. Satu hari, guru A telah mengata guru B di hadapan kami semasa sesi kelas di bilik ERT. Katanya, guru B tidak mnjaga kebersihan pakaian anak-anaknya sedangkan dia guru sains rumahtangga. Dia mmpertikaikan guru B dan menyebut JELAS kelemahan beliau di hadapan semua di dalam kelas.
Saya tidak faham, kenapa ramai juga rakan sekelas saya tiba-tiba ketawa dan mengejek-ejek guru B. Saya rasa itu tidak patut...
Saya meneliti, memang benar, Anak-anak guru B sering bermain di kawasan taman sekolah menunggu ibunya habis kerja. Dan tudung dan pakaian mereka memang selalu kelihatan comot dan berbau sedikit.
Satu hari, saya melihat guru B menangis tersedu-sedan seorang diri. Saya kasihan melihat dia. barangkali ada masalah, sbb itu anaknya terbiar. Jika patut, kenapa guru A tidak membantu temannya itu? Menegur kasar dan mengejek, tidak membantu sesiapapun.
Itulah hati saya masa tu, hati budak sekolah yg takut memahami isu orang dewasa.
Luka si Kaki Bangku
Saya pernah disindir dan diejek, kerana tidak pandai drive, masa suami saya operation yg lalu. Sedangkan selama ini, orang yg kenal saya mmg tahu saya tidak drive dan tiada siapa nak bangkitkan isu itu.
Bila suami saya operation lutut, ramai juga yg dok TORTURE emosi saya. Kata mereka, saya tidak kesiankan suami, tidak berdikari, dan segalanya. Mereka membanding-banding saya dgn oranglain. Apa yg mereka takutkan? Risau kami akan menyusahkan mereka? Suami saya diam jer, dan dia hanya minta saya lupakan semua kata orang itu. Saya bukannya cacat, sampai tak mahu belajar drive? Hati saya tidak sekecil itu. Mengapa ada saja orang yg berani mmperkecilkan oranglain? Saya hanya akur dgn keputusan suami yg lebih suka mmbawa keretanya sendiri. Lagi, Hubby berpesan... saya takkan mampu memenuhi kehendak semua orang..
Luka seorang patient
Siang tadi saya ke klinik panel. Saya ingin mengambil sedikit ubat. Saya cuma bertanya bbrpa soalan yg berlegar di fikiran ttg sakit saya. Tetapi doc pula menyindir saya di hadapan suami kata saya ni mudah risau. Bertanya pun salah ke? Kemudian, dia tanya lagi soalan ttg kami ada anak ke belum. Suami saya tenang saja mnjawab. Lepas tu, dia cakap, saya ni tak mula langkah pertama nak berusaha, bla bla... Semuanya macam menimpa saya seorang saja. Apa ni, Doc?. Sejak bila saya mintak consultation about FERTILITY ? Allah...
Masa lepas solat zohor yg agak lewat, 3.30, saya tersedu sorang-sorang. Kenapa semua salahkan saya? Suami bertanya risau. Sebab saya sedang tak sihat. Katanya, Doc itu bekas doc kerajaan, memang caranya begitu. Saya memang tenang, tapi saya sedih... Saya lambat PICK-UP katanya itu. Katanya saya ni manja dan tidak mahu berusaha. Kenapa la, saya terlalu melayan orang yg sikapnya macam tu? Saya berbual seikhlas hati, tapi kenapa Hati saya berasa, dia merendahkan saya pula. Meskipun dia ada mmberi no tefon seorang pakar sakit gynaecologist kenalannya, hati saya sangat tawar sangat... terima kasih jerla doktor.
Allah... Besar sangatkah Dosa saya kerana mengalah dan menurut kata suami, sehingga saya dipandang begitu oleh orang? Suami saya baru setahun setengah after operation? Kaki baru elok dan kuat? Kenapa saya nak membebani dia lagi dgn perubatan saya yg entah apa lagi? Tanyalah Hati, sampai hatikah?.....kalaulah saya mndapat anak secara smulajadi, tidaklah saya mndera perasaan sendiri.
Duit memang boleh dicari. Tapi masa, kelelahan, fokus, perlu ada. Nak dapatkan anak, bukan sebab terdesak takut itu dan ini. Anak ialah satu Rahmat, juga satu amanah Allah. Suami saya lebih penting utk diberi perhatian. Rahmat dan keadilan Allah itu sentiasa ada...
Nota: Tidak tahulah apa perasaan saya sekarang. Tapi saya takkan tergamak nak mmperkecilkan oranglain seperti yg saya alami. Sekalipun saya biasa menegur oranglain, hanya family, yg saya kenal rapat. Dalam direct, atau tidak direct. Bukan oranglain yg kita tak tahu masalahnya apa.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
bykkan bersabar ye nur..;) insya allah dalam pahit kesabaran itu ada manisnya nanti..amin...
ReplyDeletesabar nur..Allah sedang menguatkan hati mu dik..insyaallah
ReplyDeleteSalam... sabarlah... Allah hanya menguji hambanya yang mampu... smakin kita diuji, kita akan terasa lebih dekat denganNya...kemanisan akan datang akhirnya...insyaAllah...
ReplyDeleteSalam kak catlina,
ReplyDeleteTerima kasih :)) Amin...
Sprt itulah, kejayaan yg diperoleh slps bersusah payah sebenarnya sangat manis kan? ;)
Salam Faiz,
ReplyDeleteterima kasih kak.
Tanda kasih sayang Allah.. :))
Salam kak antan,
ReplyDeleteTerima kasih kak..
Siapalah kita. Kita hambaNya, tak mampu lari dr ujianNya. Saya rasa dah sgt brsyukur dgn nikmat yg sekarang ini. :))
salam indah..akak suka bc blog indah..terasa dekat dihati..suami akak tak boleh drive kerana masalah birokrasi kerajaan. walaupun akak kakitangan kerajaan..suami akak seorang OKU anggota..tiada tangan kanan dan hampir kena stoke kerana pendarahan di kepala..akak yang terpaksa drive untuk bawa dia kemana saja dan kami masih tak mempunyai anak walaupun pn pernah bt ivf tetapi tiada rezeki kerana gugur.Hikmah disebaliknya akak dapat menumpukan perhatian kepada dia..Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya..harap Indah terus kuat..
ReplyDeleteSalam kak Ida,
ReplyDeletesaya tidak tahu nak mengucap apa, selain Rahmat dan kasih-sayang Allah itu sentiasa bersama kita, kak. Sentiasa di samping kak ida dan suami. Mahar syurga, ialah yakin selalu Allah mengasihi semua ciptaanNya.