Selamat petang.
Aneh, saya terlupa jiran satu tingkat apartment buat majlis tahlil. Allah..
Maklumlah apartment, kita tak nampak orang lalu-lalang atau riuh-rendah. Kat sini, yasin dan tahlil banyak dibuat siang hari, untuk kaum perempuan dan budak-budak sahaja. Lelaki kalau ada, datang makan jer. Adat yang janggal bagi saya. Tapi saya tau sesetengah tempat pun ada buat macam tu.
Sejak saya tengahari tadi saya tunggu suami balik, dan tak keluar rumah langsung. Tiada mood untuk ke pasar atau apa. Jadi, tidak menjenguklah orang riuh di hujung blok.
Komputer bermasalah, tak boleh buka langsung. Haih! ia sedang buat backup sepanjang malam, disambung hari ini. Esok kena pergi HP, kat low yat. PC masih ada warranty sebulan lagi. Oh... semua merisaukan. Banyak benda dalam PC itu. Langsung tiada back up sebelum kena jangkitan virus tu. Sepatutnya, minggu ini kami balik ke Banting, kerana saya mahu mengurut di putrajaya. Tetapi makcik itu tiada di rumah. Terkilan satu hal lagi.
Bagaimana ya kakak jiran tu mmbuat majlis? Meskipun, dia seorang tukang masak, dan rajin buat katering kecil. Terasa tak patut pula saya tidak menunjuk muka. Saya tidak mahu tahu apa yang mereka katakan. Ia sebab terlupa, meskipun saya ada mmberitahu kakak itu yg kami ada plan lain minggu ini. Saya harus juga meminta maaf....
Nota Nurindah: Kes abnow dot com sedang menular. Bila klik search google, kita masuk ke web lain. Malwarebytes pun tak boleh detect mana virusnya. Disebabkan itulah, PC jadi macam itu. That's our NEW PC, uhuks. Allah... janganlah kena reformat! Kami sedang cuba selamatkan segala isinya. - Bersiaran dari Netbook Asus. Alhamdulillah!
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam indah! indah apa khabar? kita asyik ilang2 jerr minggu lepas hihihi... eh? kat tempat mak kita, tahlil utk org perempuan siang hari, kalau lelaki belah malam biasanyer, tgk keadaan jugak sbb kdg tu dlm sebulan byk org buat tahlil kena bahagi2kan masa, kalau tak serentak ssh ayah nak pergi :D
ReplyDeleteSalam ika,
ReplyDelete:D Saya sihat..
Oh.. macam tu. kat sini, majlis tahlil dan yasin jemputannya untuk orang perempuan dan anak jer. Lelaki kalau ada, datang makan jer. Kat tempat lain, bila buat sekali harung dengan suami isteri hadir, sure kena tempah khemah :D