Itupun dah syukur dah. Suami pun jaga saya elok2. Apa lagi yg saya ndak? Lagipun, nasib baik saya tak tempang atau kena duduk atas kerusi roda sebab tulang belakang ada masalah. Adik saya sorang yg dok maktab tu pun, ada masalah ni. Dia lagi parah, dok berguling sbb jadi guru pen.jasmani! Keturunan ker? erkkk.... harap2 tak la. Nak hidup lama sampai bercucu cicit, bahagia sampai hujung nyawa. Biarla orang dok ngata... dok prasangka. Lagipun, saya selalu doa moga2 Allah tambah rezeki kami. Tak dapat kat dunia, ada ganjaran kat akhirat kelak. Amin..
Dah dah... hati saya pun batu ni. Takde nak meratap mengenang nasib diri. Air mata pun tak mo kuar. :D.. Jaga hati, jaga iman, jaga family sendiri jer. Alhamdulillah atas segala, meh.... saya belanja makan nak?
Cun betul letak daun saderi ni. Perasan sendiri.. heheh. Hubby pulak senyum jer. lawak ke decorate pinggan ni sket. :p Sebenarnya awal saya tumis ayam masak halia ni lagi, dia dah kata sedap... tu belum rasa lagi tuh. memang terperasan skejap. ;)
Krup krap paru goreng... abes kena telan...
Macam biasa, our faveret.
sedap tak terkata....
ReplyDeleteSalam Nur...
ReplyDeleteHidup kita bagaikan air, ada pasang surutnya... Teringat akak akan pesan ustaz kat kelas...
...kena perbanyakkanlah mengucap syukur ke hadrat Allah di atas segala nikmat yang Allah beri. Nikmat kesenangan, kelapangan hati, nikmat pancaindera, suami, isteri, anak-anak dan segala macam nikmat lagi yang tak terhitung. Hendaknya kita turut sedar yang segala nikmat itu boleh je ditarik oleh Allah bila-bila masa sahaja. Teguhkanlah iman kita, bila iman teguh InsyaAllah di waktu kita senang pun kita senyum, di waktu susah pun kita senyum...redha dengan ketentuan-Nya.
Salah satu cara untuk tetap teguh iman maka jadilah kita orang yang sentiasa bersyukur.
Nak jadi orang yang bersyukur senang je... Kita jangan tengok orang yang lebih dari kita. Sentiasalah kita melihat pada orang yang agak kurang bernasib baik dari kita. Dari situ, InsyaAllah hati kita akan cepat rasa tersentuh dengan kesusahan orang lain dan dalam masa yang sama merasa bersyukur ke hadrat Allah terhadap apa yang kita ada.
Perumpamaannya....
* Orang yang bawak kereta tengoklah pada yang bawak motor
* Yang bawak motor tengok lah pada yang berbasikal
* Yang berbasikal tengoklah pada yang jalan kaki
* Yang jalan kaki tengok pula pada yang sakit dan yang tak boleh bergerak
* Yang sakit dan tak boleh bergerak tengoklah pada yang sudah meninggal dunia.
Wallahu'alam
**psttt... maaf ya Nur, panjang komen akak ni,,hanya sampai2kan apa yang ustaz pesan..
@ alimaz:
ReplyDeletesalam alimaz, bau jer, sedap belum tentu. ikut citarasa masing2.. hehe..
@kak fzi:
Thanks a lot.kak. Insya Allah, saya ingat. Memang ada masa kita perlukan renjatan elektrik skit supaya hati ni bergerak kan? Muaah! :D
itulh namanya kehidupan, ada pahit n manis..apapn kita kena redha dgn apa yg trtuliskan.
ReplyDelete