Kelmarin, takdela pulun buat kek seme... bahan tak cukup. Lepas siap masak ketam bercili dan bawal kukus resipi kak Raihan ni, my hubby tepon, katanya dah makan mihun goreng kat opis. Ada ceramah agama bulanan. huhu... Takpela, agaknya my hubby lapar sangat tu. Satu bungkus mihun grg dibawa balik utk saya. Saya gelak jer...
Akhirnya, sebab dah sedikit kenyang, saya hidangkan sedikit nasi utk my hubby. Lepas abes nasi, my hubby sibuk merantah ketam. Saya terangkanla, ketam ni goreng dulu, baru buat tumisan, bubuh sos nampla.. bla..bla..bla... saje nak buat dia berselera makan balik. Tiba-tiba... " Nak tambah nasi lagi... " . Sengih manjang saya...
Tapi, ikan bawal sambung pagi ni sebab dah kekenyangan. Makan nasi pagi2 ni. :D Pastu saya buat Cucur kak Nor, tapi jagung takde, cuma guna resipi asas sahaja. Cedap! Senang ikut resipi ni. Buat 1 cawan pun dah cukup buat breakfast.
Resipi di bawah ialah resipi ketam bercili dan bawal kukus kak Raihan. Sedap... lain dari yg biasa kami makan. Tak pernah saya goreng dulu ketam tu, baru tumis. Memenuhi selera kami :)) Terima kasih banyak2 kak. Mohon halalkan copy dan paste kat sini, ya. :D
Tak lupa, terima kasih banyak2 buat semua ucapan di comment dan shoutmix. Moga rumahtangga kita semua dalam keberkatan Ilahi.
KETAM BERCILI
Sumber: Kak raihan periuktanah
Bahan-bahan:
1/2 kg ketam- dibersihkan dan potong ikut suka (k.An belah dua dan potong sepitnya) (Nurindah: saya guna 3 ekor ketam bunga saiz sederhana)
Gaul dengan garam dan kunyit dan goreng - sekejap je ye puan-puan sebab ketam ni walaupun bercengkerang tapi bila warnanya bertukar merah, masak le tu isi dalamnya.
Bahan dikisar halus:
3 ulas bawang merah-belah 4
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili merah -saiz besar
Bahan lain:
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar cuka
1 sudu besar sos ikan (namphla)
1 sudu besar sos tomato
1 1/2 sudu besar gula
Cara membuatnya:
1. Masukkan ketam yang telah digoreng ke dalam mangkuk. K.An pecahkan (ketuk) sepit ketam agar mudah bila nak makan nanti.
2. Panskan 3 sudu besar minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi (3 minit) Kacau rata. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan dan cuka. Didihkan. Masukkan gula dan kacau kuah hingga pekat. Tutup api dan tuang sos ke atas ketam. Ketam bercili sedia untuk di'kerjakan'....
***K.an tak letak garam sebab namphla dah masin dan ketam goreng juga dah cukup garamnya.
*** Nurindah: saya letak garam skit je, secubit rasanya.
IKAN BAWAL KUKUS
Sumber: Kak raihan periuktanah
Ikan Bawal Kukus. (boleh diganti dengan siakap, bawal putih atau ayam dll)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal sederhana besar dibersihkan dan dilumur garam
1 labu bawang besar dihiris membujur
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1 inci halia dihirs halus memanjang
1 biji cili merah dihiris serong
2 biji cili padi diketuk
1 batang serai diketuk
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu besar air limau kasturi atau limau nipis.
Cara-cara:
1. Masukkan ikan ke dalam bekas tahan panas.
2. Taburkan semua bahan dihiris dan diketuk ke dalam bekas berisi ikan.
3. Tuangkan air asam dan air perahan limau ke atas ikan.
4. Panaskan pengukus hingga mendidih. Kukus ikan 20 minit atau hingga ikan masak dengan api kuat. Terbalikkan ikan selepas 10 minit agar rencah dan air asam meresap sekata ke dalam ikan.
5. Angkat ikan dan hidang dengan air asam.
(Nurindah: saya tak buat air asam malam tadi)
Air asam:
1/2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris melintang
2 biji cili padi dihiris halus
1 biji cili merah dihiris
1 sudu besar sos cili (jika suka)
secubit belacan
1/4 sudu teh kerisik
1/2 biji tomato dihiris
1 sudu besar perahan limau nipis atau kasturi
garam, gula secukup rasa
*** campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sebati. Sedia dihidang

emmmmmm..sedapnya...dua2 tu feveret akak cuma akak xmkn ikan bawah ttp kalu ganti siakap pn best......
ReplyDeleteya Allah...sedapnyaaa ada ketam..lama dah x makan ni..mintak sekor eh nur..x pun 2 ekor jelah..hihi
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteakak kalau buat ikan masak steam,guna buah plum yg dijeruk tu...suka letak carrot,putik jagung,brokoli hehe...
sedappnya..dua2 lauk tu memang k.mas suka...
ReplyDeletesalam nur...nak bt la ikan kukus ni..:p~
ReplyDelete@NzA:
ReplyDeletesalam kak NzA, ikan siakap mmg faveret :)
@hasue:
Salam kak hasue, hehehe...
@kamsiah: salam kak hamsiah, oh.. masak plum ya? Memang enak dicitarasakan ;D
@Mas:
Salam kak mas, kami suka juga. tapi ketam tak beli selalu, mahal.. hehe
@Deliah:
Salam Del, ops... lapar ke? ;D