Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
Akhirnya, pesanan saya pada diri sendiri... jangan relakan hati merana dgn berpura-pura gembira. Kena luahkan dan tunjukla jika tidak suka. Suami bukanlah Raja yang akan pancung kepala orang sesuka hatinya. Suami ialah sebahagian hati kita, yang jika Jiwa Isterinya terbakar separuh, maka jiwanya turut rentung bersama....
Luahkan rasa tak puas hati semasa kejadian masih baru berlalu. Kerana suami cepat terlupa, bahawa dia telah melukakann hati kita. Jika kita pendam saja, lihatlah nanti, kita ungkit semua sampai suami pecah kepala, mengingatkan semua salah dia. Sedangkan kita selalu bermanja seolah-olah tiada apa-apa.
Pernyataan supaya isteri yang wajib menanggung segala rasa dan menahan keinginan, adalah sesuatu yang perlu diulas. Dibuka terang lebar.
1. Isteri yang bersuara kuat dan gelak mengatakan dia "tak apa-apa", sedang berjuang untuk memastikan hatinya tidak terluka. Peganglah tanggannya..
2. Isteri yang tajam pandangannya ialah yang terluka hatinya, yang tidak mahu dipujuk, cuma hanya mahu gembira semula. Jangan banyak cakap.... kang kena 'fire'.
3. Isteri yang marah dan bengkeng ialah yang keliru antara ingin sedih atau kecewa... yang perlu tempat mengamuk segala. Berilah peluang dia menyeimbangkan hormonnya... dia lebih tau di mana salahnya.
4. Isteri yang redup matanya bila melihat suaminya, sambil tersenyum ialah isteri yg sedih hatinya, yang ingin dipujuk sebelum mengalir airmata. Pujuklah cepat.
5. Isteri yang menangis ialah yang ingin meluah rasa, yang ingin diberi ruang Sendirian melepaskan semua sendu di dada. Biarkan dia nangis sepuasnya.
Semuanya kerana seorang bergelar Suami ....
a. Kerana hanya dgn suami kita berkongsi kepala di bantal yg sama
b. Tempat berehat di dada yg halal,
c. Tempat kita tenang di tangan yang halal,
d. Berkongsi tubuh dan berkongsi ruang bilik.
e. Dgn orang yang kita sendiri yg redha utk hidup semati di hari akadkan.
Jadi, Redha, berterus-teranglah, dan selalulah memaafkan... hati lega, jiwa gembira, dan tiada salah sangka...

No comments:
Post a Comment