Bersyukurlah selagi anak-anak ada di sisimu. Doakan mereka selalu. Jangan keluh kesah dgn kehidupan mereka. Senyumlah, kerana mereka suka melihat ibu mereka senyum dan gembira dgn pencapaian mereka. Itu lebih membakar semangat mereka untuk berubah lebih baik dan berjaya. Sabarlah dalam mendidik. Pujilah sebelum menegur.... ;D
Pepandai jer saya, kan? ;D
:) Cukup 5 hari tahun baru. Tak lupa, happy new year! Tanam azam baru, motto baru dan disiplin masa yang baru! hihi... peringatan buat saya yang selalu lalai, alpa, garang dan terburu-buru. :))
Meh... saya sajikan dgn lagu yaadon ki baaraat ni. Memang lama sungguh citer ni. Dari saya kecik lagi. Sekarang bole tgok free jer dari internet. Kisahnya, ayah 3 beradik ni, terserempak ngan perompak sedang merompak. Pastu, dia dikejar perompak kerana menyaksikan kejadian dan melihat muka mereka. Perompak telah masuk ke rumah mereka dan telah membunuh dia dan isterinya. Dua orang anaknya melihat kejadian, lalu diburu. Mereka sempat melarikan diri tetapi terpisah. Anak yang bongsu ada bersama pengasuh. Lastly, mereka membesar berasingan. Dan mereka jumpa balik masa konsert adik bongsunya menyanyikan lagu ibu mereka masa kecik2 dulu. Kuat betul ingatan mereka ya Sedih citer ni. Jadi, sayangilah anak-anak selagi mereka bersama kita, didiklah yang terbaik. Belum tentu nyawa kita panjang nak lihat mereka membesar
Oh ya.... yang paling kecik tu, Aaamir khan.... kenal tak, kenal tak? ;D
Nota Nurindah: Sorilah, shoutmix problem pulak. nak reply msg, tak keluar shoutnya.

No comments:
Post a Comment