Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/
Apa yang kita kata, akan diingat orang.
Apa yang kita kutuk, akan dibenci orang.
Apa yang kita sembang dgn sedara, dia mungkin akan sampaikan pada suami atau anak-anaknya.
Apa yang kita sembang dgn kawan kita, dia mungkin akan sampaikan pada suami atau anak-anaknya.
Kalau tidak mahu rahsia kita ditelanjangkan sesiapa, Mintalah nasihat pada orang ini...
yang jenis memaafkan,
yang jenis tidak menyalahkan ,
yang jenis sabar,
yang jenis lembut dan tawaduk hatinya,
yang BUKAN jenis emosi tak bertempat,
yang BUKAN mulut laser,
yang BUKAN jenis mengikut kata hati,
yang BUKAN jenis yang selalu menyanggah perkataan suami,
yang BUKAN jenis yang selalu fikir dia betul,
yang BUKAN jenis yang fikir dia lebih ada hak,
yang jenis tidak bercerita pada sesiapa,
yang jenis rajin baca al quran dan solat malam dan hatinya tunduk,
yang jenis beriman... dan hatinya sedih hanya kerana ingin mengabdi perasaan hanya kepada Allah... bukan kepada manusia.
Orang ini akan menerima bentak geram kita dgn sabar, orang ini akan membisikkan Astaghfirullah semasa kita menurut syaitan, orang ini akan menangis dgn kita bila kita berkongsi cerita sedih, orang ini akan membangkitkan semangat kita dgn kata-kata berhikmah, orang ini akan menyimpan RAHSIA perasaan kita dgn kasih dan sayang. Jika dikongsikan dgn oranglain adalah dgn IZIN kita...
Rakan terbaik bagi seorang isteri... ialah suaminya. Apa yang kita beritau suami kita, biasanya akan stop di situ, kerana suami tidak suka mencampuri hal remeh perempuan.
Adakah kita termasuk dalam orang yang boleh disandarkan rasa hati? Saya juga perlu membelek diri sedalam-dalamnya....

No comments:
Post a Comment