Alhamdulillah, bertemu lagi. Moga semua teman dalam keadaan sihat dan ceria. Saya online dari Banting ni... hehee....
Jumaat lalu, 2/12/11, kami brjumpa wakil bank, loan dah diluluskan. Allahuakbar! Macam magic. Dapat 90%! Masa ni rasa nak menangis, nak sujud syukur tang-tang tu jugak. Brmakna, tak banyakla kami keluar utk bayar rumah. Dahla tak perlu banyak renovation, sbb masih status rumah baru. Saya pernah cerita kat sini pada 11/11/11 yg lalu. Rumah dah ada CF, katanya senang lulus. Kami dapat 90% sebab rumah kedua. Rumah ketiga baru payah sikit; 70% je.
Hidup biarlah senangnya hati, bukan bergantung senangnya hidup ^____^
Hati biarlah trjaga. Bukan mudah,kan? Terutama bila tengok rumah orang lagi besar. Rumah kat kampung saya, pun luas. Walaupun kayu. Tapi tak ramai penghuni. hehe... Angan-angan memanglah rumah besar. Kalau ikutkan saranan kawan2nya, mmgla semua promote duduk rumah besar :) Tapi Hubby ada Lot kedai yg tak aktif kat damansara,yg tak dapat disewakan. Jadi bersyukurlah dgn rumah baru ini. My Hubby pun tak terkial-kial nak bayar bulanan yg lebih sikit dari bulanan sewa rumah sekarang jer. Harapan saya, kawasan kejiranan baik, elok dan bersatu padu. Doakanlah, ya.
Alhamdulillah. Tak taulah Berkat tu dari mana. Ms mula2 sign kontrak dgn pemaju, memang kena bayar banyak juga, sampai takde lebihan. Tapi tiba2 loan yg cover, trmasuk Insurans kebakaran takaful, tau! Sebelum tu, kereta rosak, lagi. Habis rm 700. Dahla saham tgah jatuh.huhu... Dgn Berkat doa ibubapa juga mungkin :)
Masa ni rasa syahdu. huwa... Saya rasa tak layak sungguh dgn segala Nikmat Allah ini, tapi terima kasih , atas kemudahan ini, Allah...
Sayangi Nikmat Makanan
Dalam kuliah ada sebut ttg keberkatan Allah dan syafaat Nabi SAW, kita tak tau datang dari mana. Syafaat Rasulullah pun senang jer kita dapat, dgn tidak menolak permintaan orang miskin, mengusap kepala anak yatim pun dapat. Bahkan, siapa yg mengucap Hamdalah (Alhamdulillah) walau makan sesuap nasi, dan seteguk minuman, sudah mndapat pengampunan dosa. Yalah, umur umat Nabi Muhammad SAW pendek, setakat 60-70 . Jadi setiap amalan perbuatan kita, jika digantungkan kpd Allah, sebut nama Allah, Allah gandakan pahalanya. Tidak mustahil. Kita cubalah, tak salah dgn amalan kecil-kecil.
Kalau makan, letaklah lauk di tengah. Sebab Rahmat dan keberkatan itu Allah turunkan di TENGAH-TENGAH pinggan. Adab makan mulalah dr tepi pinggan, Insya Allah nasi habis. Sayangi Nikmat Allah yg Allah berikan kita dari makanan itu. Ada Orglain susah dapat makanan. Sunat mnjilat jari dan habiskan sisa nasi di pinggan. Kita tak tau yg mana satu berkat pada makanan itu. Mungkin saja, hasilnya kemudian nikmat kesihatan, mgkin saja lain2... Allah saja Maha Tahu.
Hidup kita lain-lain, masalah juga lain. :) Kesenangan itu datangnya dari Hati, bukan dari senangnya kehidupan. Masa dulu2 selalu rasa brserabut, sehingga buat keputusan selalu saja SILAP. Tapi sekarang dah ada cara nak RELAKS dr masalah dunia, dengan hadir kuliah agama. Cubalah!
Oklah, saya cau dulu. Ada kenduri sedara. Moga dalam Rahmat Allah semuanya.
dpt jugak akk brkongsi ilmu dgn nurindah.. TQ nur..
ReplyDeletesalam nur. Apa kabar...
ReplyDeleteSalam kak Zana,
ReplyDeletesama2 kak.. :)
salam ibundo,
ReplyDeletesaya sihat.. :)