Hari ni sudah boleh mula berpuasa sunat hari Asyura. Kebetulan Isnin, kan? Dalam hadis yang lain, Nabi SAW, menganjurkan umatnya berpuasa dua hari pada Asyura iaitu : 9 dengan 10 atau 10 dengan 11 Muharram. Katanya digabung dua hari supaya tidak sama dgn puasa orang Yahudi. Sesiapa tak sempat puasa hari ini, boleh saja gabungkan hari Asyura dgn 11 Muharram. Pahalanya, Allah mengampunkan dosa kita selama setahun, mengikut hadis riwayat At Tabrani R.A.
Kebelakangan ini, saya agak sepi dr dunia masak-masak. Saya hanya berehat, kerana selalu tak sempat mengambil gambar masakan. Lgpun tiada 'baking', dan kuih-muih. Benar, jika makan di luar rumah, saya dan Hubby 'tidak berpantang', kerana tiada pilihan. Apatah lagi kalau sajiannya masak lemak, dan masak kicap paru. Fuh! Menggoda rasanya. Atau sarapan roti canai.
Kami makan 'berselera' dengan 'perasaaan bersalah'. ;)
Lgpun, tak baik 'demand' kerana bukan rumah sendiri... :) Saya belum biasa menyediakan 1 list menu semasa 'On The Go' (waktu di luar rumah).
Tapi.... kami hadkan 'Portion' (bahagian). Masak lemak tak brtambah, nasi secukup saja, nasi lemak separuh saja berbagi dgn My Hubby. Itupun, kadang2 terasa amat lapar, mgkin sebab kuat berjalan, My Hubby apatah lagi. :D Oh satu lagi perubahan, saya mula rajin makan ulam. ;)
Buat masa ini, saya alihkan passion saya ke arah keilmuan, kerohanian, termasuklah ttg website, demi menambah ilmu selaras menambahbaikan hasil jualan 'Online Store' kami. Kerana itu, adalah beberapa benda saya belajar:
BILA RASA KETINGGALAN
Bila rasa ketinggalan, kita menambah ilmu, moga dapat menambah potensi diri . Betul tak?
Favicon: Saya cemburu melihat blog.com, dan saya rasa ia satu peluang baik jika kita ada blog Jualan utk mmpunyai Favicon sendiri, macam logo. Jadi saya mncuba pada blog mysweetlife ni. Tara.... keluar avatar 50x50 saya tu di tepi sidebar. hehehe... Syukur, Nasihat, sila Preview dahulu dan ingat di mana anda letakkan url image dan kod. Tutorial di http://maribinablog.blogspot.com/2011/01/cara-mudah-tukar-favicon-di-blogspot.html
Gravatar: Saya pernah comment di blog.com, tapi avatar saya selau nampak tak cantik. Tapi hasilnya slps tutorial di blog Puan Bee, saya telah mndapat Gravatar utk semua blog WP dsg, kecuali blogspot. Thanks Puan Bee, jasamu dikenang. Oh, ya, di dgn cara ni, kita nak tukar-tukar gambar pun boleh. Tutorial di http://puanbee.com/gambar-profile-di-tempat-komen-wordpress-gravatar/
Maafkanlah! Saya sekarang ini tertarik kepada blog Kerohanian. Maafkan sekali lagi...kerana abaikan resipi dan masakan.
Facebook: Er... saya mula aktifkan facebook bila masuk ke sini: http://www.facebook.com/Owhsomuslim. Saya tertarik kepada Da'wah mereka. Nak masuk FB oranglain, mestilah kena ada facebook juga kan? Maaf, saya masih newbie. Tapi macam ni la FB saya.
Terima kasih kerana ingat mengingati sebab saya pun terlupa bab puasa . Terima kasih sekali lagi.
ReplyDeleteSalam kak Noor,
ReplyDeletesama-sama kak. :)