Moga semuanya dalam kasih dan redha Allah. Ceria selalu... :)
Sakit gigi
Hari tu pergi check gigi kat klinik kerajaan. Pengalaman yg baik, perkhidmatan kerajaan sudah meningkat mutu servisnya. Doktor dan nurse pun lembut2 jer. Tetapi, bab mengambil ubat.... uh, saya tunggu dekat 3 jam, kerusi pula penuh dgn orang tua dan kanak-kanak.
Actually, saya dah hubby boleh pergi mana2 klinik terdekat dgn rumah, 'under company'. Alhamdulillah. Kalau rawatan kesihatan boleh 'cover' sampai kos melahirkan anak di hospital swasta. Tapi tahulah, rawatan gigi just RM 250 setahun boleh 'claim' . Jadi, kalau trlebih, guna duit sendiri la. hehe.. Dan, bagi kita yang baru beli rumah baru ni, memang kena berjimat cermat! :D
Masa berjimat-cermat
Alhamdulillah, kami pergi pejabat peguam kelmarin, untuk S&P. Berbunga hati bila dah beli rumah. Dan kami boleh renovate sesuka hati. :) Tapi kan, mengenang banyak sungguh komitmen lain, tak taulah boleh tak buat kabinet dapur. Paling murah 2k ++. Paling elok dan banyak kabinet 7k ++. Telan air liur jap. Meskipun rumah teres setingkat, masih tinggi kosnya. Sebab loan rumah kami dah lulus 90%, dgn diskaun dr pemaju. Jadi, semua duit masuk terus ke pemaju. Kos renovation rumah memang harus guna duit sendiri.
Paling penting nak masuk rumah baru:
1. Gril sliding door, pintu dapur, tingka depan, tingkap dapur. Belum rancang nak tukar tingkap tak.
2. Kipas siling. 2
3. Lampu setiap ruang termasuklah halaman rumah. 8 set
4. Lantai di 3 ruang bilik tiada mozek. Jadi, kena rancang nak bubuh ataupun beli pelapik saja.
4. Pagar - kalau ada bajet.
5. Kabinet dapur.
Fuh! Telan air liur lagi. Takmo lah berhutang piutang untuk peralatan rumah. Moga-moga bajet kami cukup, kerana akhir tahun adalah masa mmbayar hutang, bukan utk berhutang! Moga dimudahkan Allah bagi kami untuk mndapat yg terbaik. Amin...
Paling penting bagi saya, untuk dapur ialah table top yang baik, sinki dua, dan kabinet-kabinet atas dan bawah untuk memuatkan barangan dapur. Jika dapat, dapur masak fagor tu (berangan jer ;). Penting juga utk siapkan kabinet dapur terus, sebab kita setiap hari nak makan. Dapur pula dalam rumah. Leceh juga kalau nak dibuat kemudian.
Oh... banyak lagi komitmen lain. Seperti catatan saya di POST ini. Memang kami kena 'refresh' balik, dan harus bekerjasama satu dgn yg lain sebagai. Kami berdua, juga 'family team', kerana kami yg melayari hidup bersama...
Oh... takut saya lupa, Insya Allah dgn izinNya, pada malam tahun baru, ada solat sunat bersama Syeikh Nuruddin anjuran Masjid Shah Alam, Selangor. Temanya 'Kuala Lumpur Bertaubat'... Sama-samalah kita mnghayati kebeningan hati , bertaqarrub dgn Allah, semasa oranglain dalam keadaan lalai dan leka (bahkan di malam tahun baru, dalam keadaan maksiat).
Juga.... Moga teman-teman semua selamat berbajet untuk awal tahun 2012! :)

Alhamdulillah, dapat rezeki berumah baru adik kita ni..teruja sangat-sangat kan.. Memang pening fikir utk buat ubah suai rumah ni..
ReplyDeleteSalam..Alhamdulillah..seronok bila dah ada rumah sendiri....Tak pelah, tak cukup budget utk renovation, pentingkan dulu yang lebih penting,....Nanti2 dah ada rezeki, bolehlah renovate@tambah apa yang patut...
ReplyDeleteNurindah
ReplyDeletebab renovate mmg kena ukur poket jugak tuh..xperlah kalo belum ada bajet..dahulukan yang mana penting..apapun keselamatan rumah paling penting,lampu & kipas..kabinet tuh boleh ttp mata dahulu..
mmg mahal..dulu kak lin buat dpt yg termurah dlm5k jugak habis
Salam chemid,
ReplyDeleteAlhamdulillah, kami baru beli. Itupung sbb dah lama cari rumah yg agak baru. Kurang sikit renovatenya, cuma dalamn jerla. :) Alhamdulillah, dah ada jalan nak buat ikut bajet. Tak mahal pun takpe, janji ada mengikut selera saya, hehe...
Salam kak ninie,
ReplyDeleteTerima kasih kak. Ya, Insya Allah, kena utamakn yg penting dahulu. Yg susah nak dibuat kemudian. Bajet ada, walau tak banyak. kami nak saving utk tahun depan, takmo hutang2 lagi. :)
Salam kak littlehumblelynn,
ReplyDeleteaa... selain ukur luas, kena ukur poket juga. hehe.. keselamatn lagi penting. Terima kasih kak,atas dorongan dan brkongsi pengalaman kak.