Saya telah langgar plan diet. Di masa berjalan di luar, teringin macam-macam. Beli pizza saiz family, semasa berkunjung ke rumah adik ipar di kuala selangor. Versi baru, penuh cheese ^___^ . Kemudian, pagi Sabtu lalu Mama dah telefon siap-siap, dia kirimkan lauk gulai kawah kambing dan bubur asyura melalui adik yg baru pulang dr kampung. Tak sempatlah saya bagi kuarga suami merasa, kerana gulai itu dah bbrp hari. Harus habiskan cepat sebelum basi. 5 senduk gulai kambing... kami habiskan sehari. ^___^.
Masa tu, tengahari, jd tgah lapar. Masa makan, teringat anak-anak kpd kambing yg disembelih tu. Mama beli kambing tu utk tunaikan nazarnya, tak sangka mengandung. Setelah anaknya agak besar, barulah Mama sembelih ibunya. "Kambing pun mintak didoakan masuk syurga". Kata My Hubby. Sebab kita sembelih atas nama Allah, bagi pada makan semua orang. Teringat Syeikh Nuruddin cakap, jangan terpengaruh dgn falsafah makan daging menganiaya haiwan, kerana haiwan dijadikan Allah tarafnya lebih rendah dari manusia iaitu khalifah mukabumi, dan ia dijadikan makanan.
Oh,Terima kasih bang, kerana bersusah mengambil lauk dan bubur asyura tu pada malam hari. :))
Bekas yg dah lusuh, tapi penuh kasih-sayang... tepat masuk bulan Muharram haritu, saya mengadu nak makan Asyura. ;)
Aduh. Bubur asyura memang penuh ubi dan kekacang. Saya fikir makanan sihat kot. hehehe... Mama saya buat Asyura versi Kelantan. Rasanya manis, dan macam kuih sikit, tapi rasa rempah. Ini my Mama yg kacau sendiri.
Tapai pulut berbungkus Daun getah. Dulu kami raut lidi daun kelapa. Tapi sekarang canggih, pakai stapler jer. ;)
Yum..... Lain rasanya dgn tapai yg diisi dalam bekas plastik. Saya memang kempunan masa Raya Haji hari tu. Yg ni, Mama baru buat sehari. Tidak banyak air, manis, bau daun... :) Alhamdulillah!

nurindah
ReplyDeleteadik pasti org tganu..sblh mana?
arwah ibu mertua merupakan tkg masak tapai yang paling sedap saya pernah rasa..mmg sedap..
saya pasti rindukan masakannya
al fatihah buat dia..
Salam nurindah...berselera sungguh menikmati rezeki yg mcm2 ada tu yer.Alhamdulilah.sekali sekala..diet lari gak klu dah jumpa makanan yg sedap2 camtu.
ReplyDeleteSalam littlehumblelynn,
ReplyDeleteYa kak, saya org besut, Trg :)
Tapai, tanda Raya bagi kami masa kecik2 dulu.
Al fatihah buat arwah ibu mertua kak.
Salam kak azatie,
ReplyDeleteMmg susah nak kejar diet, kak. hehe.. Berselera sungguh dapat makanan dari kampung. Skrg tgah maintain balik. :)