Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.
Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.
Assalamualaikum,
Pernah seorang dr adik-adik menyalahkan saya, katanya " kenapa tolong J dulu? kalau tidak J tak kerja teruk macam skrg ni? "
Di mana saja Dia bekerja, pasti ada rungutannyanya.
Saya hanya memberi jalan.... tapi trpulang pada dialah utk mncorak sepanjang jalan itu.
Sebab itulah berkali-kali saya pesan, nak tukar kerjaya, harus ada duit simpanan. Menyimpan.... Sebab berapa banyaklah saya boleh bantu, walaupun mereka dalam keadaan susah.
Hati muda...
Selasih tumbuh di tepi telaga ,
Selasih dimakan si anak kuda;
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.
Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih
Seorang adik yg ingin bernikah lama dahulu. Jarak bertunang dengan nikah hanya 3 bulan seingat saya. Hantaran 10k. Apa nak dikata, Kami mmg orang susah. mana sempat kumpul duit?
Saya yg baru di awal perkahwinan, memang tengah sesak. Suami awal-awal lagi cakap , LELAKI HARUS BERDIKARI. Saya berkira-kira nak mintak ditangguh kendurinya atau kurangkan jumlah. Tiba-tiba katanya dah ada duit. Senyap. Yg nak kawen nya dia..
Dia buat pinjaman, kata Mama. Jelas, nampak dia berkecil hati sebab saya tengah sesak nak mmberi pinjam, kerana segala urusan baju nikah, bersanding masa kenduri rumah kami pun semua diatur keluarga isterinya. Berkecil hati, saya masa tu.
Namun, dari situlah, habis hutang itu ke hutang yg lain pula.... ada masalah saja mahu buat pinjaman. Tanggungan makin brtambah. Nasib baiklah dia kerja kerajaan.
Mama agak susah hati.
Hati isteri perlu bersih selalu
Saya seorang isteri. Jd saya pesan pada diri sendiri dan semua Isteri , terutama adik-adik yg masih muda. Kasihanilah Suami.
Seorang Suami perlu mngambil berat 2 ibubapa, dan mertua. Belum lg isteri dan anak-anak.
Jangan beratkan hatinya dengan permintaan kita. Sebab dia ingat... dia tak lupa... cuma dia tangguhkan saja bila masa yg sesuai. Dia berjimat makan di tempat kerja untuk menyimpan duit bagi memenuhi kehendak kita. Dia tak tukar baju baru untuk bagi isteri yg meminta duit baju baru anak-anak. Sedangkan baju baru itu tak dijaga elok, sampai reput di bilik mandi. :( Jangan ingat suami tak sayang kita, bila dia tak mahu masukkan kita ke hospital swasta untuk melahirkan anak. Sebab kata swasta katanya layanan baik. Kita tak bekerja dan cari duit, suami pula gaji yg awal bulan lagi dah susut. Lihatlah poket suami yg dah kosong. Lihatlah diri kita yg tidak berhias cantik bila dia balik kerja, tapi berdandan, berbedak, bergincu, bila nak pergi kenduri. Bersyukurlah selagi Allah mmberi kita nikmat 'Suami isteri' ini.... sebelum kta dipanggil Tuhan.

nurindah
ReplyDeletethis is a good example of how young people react nowadays
nak senang cepat & x pandai ukur baju di badan sendiri
hidup nak sentiasa class dr org lain
good entry :-)
Erti hidup pada memberi, berilah yang terbaik untuk suami yang masih disisi...
ReplyDeleteSalam littlehumblelynn,
ReplyDeleteYa kak, darah muda.. mudah sangat trsalah cara.
Risau saya tidak brpenghujung. sbb kita pun pernah brdarah muda macam tu, terburu-buru. Harap-harapnya tiada yg mengulang silap yg sama....
Salam misabammas,
ReplyDeleteBenar kata-kata kak. :)