Bismillah.
Sudah berhari saya tinggalkan Nota hati. sepatutnya ia berlalu mengikut masa.
Telah berhari modem rosak. sistem TM, dalam 2-3 hari barulah technician sampai. Bukanlah nak merungut. Tapi bayangkan saja, kita perlu berada di rumah dan tak boleh keluar mana-mana, takut technician sampai. Mereka pernah sampai sebelum ini tak sampai 5 minit dengan sekadar bertanya, "Kak, internet dah OK?". Bila saya kata ya, terus mereka beredar, tanpa check apa-apa.
Ya, kasihan juga melihat technician kelmarin. Katanya dalam area kami ni, cuma 2 orang je yang handle. Jika TM bahagian KL berjanji dalam 24 jam, bermakna mereka trpaksa kejar masa. ya, begitulah selalunya. Risau betul saya kalau lampu internet padam. Bukanlah sebab risau tak boleh guna internet. Tapi sebab kelambatan beginilah. Kita tertunggu-tunggu. Menunggu memang menyeksakan, kan?
:)
Bila dia datang, Happy juga, sebab kami dapat ganti modem baru free sebab masih ada warranty masa tukar pakej dulu. :D
Bulanan streamyx saja 1 MB. Broadband celcom memang out. My hubby perlu sangat untuk beronline di waktu malam. Dia ada banyak urusan online. Jika saya, tidaklah apa-apa lagi. ya, mungkin, ada Order di email. Tetapi, dalam darurat seperti ini, saya biarkan saja order trsebut, dan biarlah pelanggan itu mencari dealer lain. Segala info pembelian harus melalui e-mail, kerana itu bukti pembelian dan penghantaran. Streamyx sebenarnya satu Rahmat bagi kami yang berada di hulu selangor ni. Sebab broadband memang OUT. Alhamdulillah!
LALU LALANG
Sekarang ini, kerap sangat saya melihat orang sangat kerap lalu lalang dan mencari entry-entry LAMA saya. dan.. ia bukannya entry masakan. Aneh. Jika mahu mencari perkara yang baik, silakanlah. Tapi jika perkara yang buruk, tinggalkanlah di sini. kerana nota blog ini, lukisan rasa saya. Saya yang menulis dan ini tanggungjawab saya. Jadi, pergunakanlah untuk perkara kebaikan. Jangan salah gunakannya.
Jika mahu mengambil nota masakan, saya halalkan. Gambar saya buruk-buruk saja, tetapi janganlah dikatakan gambar sendiri. Tak baik tu :)
Moga bersangka baiklah meskipun kita diuji dengan orang yang paling dekat di Hati kita. Hakikatnya, tak ramai yg mampu mmberi nasihat yang bernas ttg rumahtangga atau pergaulan yang baik kepada Kita secara jujur dan merangsang kebaikan. Jadi, kita sering mencari nasihat yang tidak menyakiti Hati kita, tetapi yang jujur dan merangsang sifat yang baik.
Hatta, kita tak mampu mengikut cara mak, mama, atau bonda kita, kerana Era zaman kita dah tak sama. Bila berkongsi pendapat, kita boleh bertelagah pula. kerana mungkin sifat wanita jarang mahu mendengar, tapi masing-masing mahu meluahkan masalah.
Ini bukan saja mengenai sikap. Jika orang yang berdiam sepanjang masa, bukan orang agaknya. Manusia pastilah berperasaan, ada Hati. Jadi, tiada cara yang paling baik, selain anak mengalah pada ibubapa. Isteri mengalah pada suami. Dan kadang-kadang sebaliknya pula. Kadang-kadang kebenaran memakan masa. Dan masa kebenaran itu ditunjukkan, kita tidak lagi berasa apa-apa. Kerana kita tak perlukannya lagi, selain sifat berkasih sayang dan mengharap Rahim Allah.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Salam indah! kita dtg bwk pinggan kosong ajerrr hihihi... indah sihat? moga indah n hsbnd sentiasa dirahmatiNya selalu insyaAllah!
ReplyDeletePatutlah dah jarang nampak sekarang.. ialah, kita fikir yg baik2 sajakan..
ReplyDeletesalam, kak ja.. nuyu ni.. huhu lame xcontact kak ja.. skrg nuyu dh start praktikum kat skolah kt kuala nerang, doakan nuyu kat sini.. :)
ReplyDeleteSalam ika,:)
ReplyDeletenanti saya isi pinggan kosong tu. hehe..
Terimakasih atas doamu ika manis... :))
Salam kak sari,
ReplyDeleteMasalah internet satu, masalah hati satu. Hati yang susah nak terima kesusahan kecil macam tu. hehe..
Ya kak, kerap kalilah kita mudah bersangka yg tidak-tidak terutama pada pasangan sendiri. laju jer airmata nak keluar. :)
Salam yu,
ReplyDeletekuala nerang tu kat kuala terengganu eh? wah, mesti makan keropok kan? jaga diri elok-elok yu. :)
Kuala nerang kat kedah la kak ja.. huhu...bukan kat kuala trganu.. lecturer nk dtg tgok, praktikum kena skolah sekitar kedah, perlis je.. nyu duk dgn kwn nyu.. ok, terime kasih kak ja.. :D
ReplyDeletesalam yu,
ReplyDeleteLa.. ciannya. nasib baik lecturer, bukan orglain. Boleh bodek bagi markah kan? hehe.. kak doakan selamat semua. :))