Jadilah Wanita yang Proaktif.

How much? Water (in litre) to drink a day
= Your Weight (in kg) X 0.033, IF 60 kg = 2 litre of water
1 liter = 4 (gelas besar) -6 (gelas kecil).
Mengurangkan kepanasan badan - Air zamzam.
Dengan kiraan ini, kita boleh tahu berapa banyak yg kita perlukan.
Yg saya sukat, 2 gelas besar= 500ml air. Kalau gelas sederhana agak-agak 3 gelas. Jadi nak cukup 1 liter = 4-6 gelas.

Importance of drinking water at the correct time maximizes its effectiveness on the Human body :
1.) 2 glasses of water after waking up helps activate internal organs.
2.) 1 glass of water 30 minutes before a meal helps digestion.
3.) 1 glass of water before taking a bath helps lower blood pressure.
4.) 1 glass of water before going to bed avoids stroke or heart attack.

Monday, April 16, 2012

Cerita-cerita ulamak

Bismillah,
Salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya berkesempatan duduk di depan PC. Lenguh pinggang dan lutut ni, tetapi ia tak sebesar makna menuntut ilmu. Alhamdulillah, selepas khatam 2 kitab (al awaail dan la tahqiranna), kami teruskan pengajian yg hanya sehari sebulan bersama Syeikh Nuruddin al Banjari di masjid as Salam bkt Sentosa kelmarin. :)

Nak tau, waktu bersama beliau, hati saya terbuai-buai nak melihat keindahan Mekah. Beliau belajar di Mekah dr umur belasan tahun dan belajar berpuluh tahun dr pelbagai ulamak besar di Mekah. Kerana di masjidil haram masa itu, tmpat berkumpul segala ulamak dari serata negara. Syeikh banyak kali menyebut ttg Madrasah Darul Ulum. Itu belum lagi cerita bab umrah, Haji....

Terbayang-bayang di ruang mata saya yg belum pernah menjejak Mekah ^_^


Cerita beliau, bagaimana ulamak dahulu TIDAK bergantung hidup dgn kerajaan kerana mereka sendiri mmpunyai harta sendiri. Ulamak2 dahulu juga banyak diberi kepercayaan untuk menyalurkan wang zakat. Lalu untuk hidup dan peluang untuk belajar di Mekah masa itu sangat mudah kerana tok guru sendiri yg mmbahagikan duit zakat kpd anak-anak muridnya sprtmana masa hari lebaran.


Banyakla cerita, seperti tuan guru Abdullah Ibnu Mubarak, ulamak yang kaya-raya.
Beliau membahagikan hartanya kepada 3, untuk modal, untuk kelengkapan pertahanan perang , untuk bersedekah. Masa tu, ulamak lebih berpengaruh dr khalifah Harun ar Rasyid. Beliau pernah menawarkan tawaran untuk sesiapa saja pergi menunaikan Haji bersama beliau, dgn syarat mesti patuh arahan beliau. Semua orang disuruh mengumpulkan duit poket masing-masing dalam 1 sampul dan ditulis nama, lalu diletak pada satu peti dan ada orang yg menjaganya. Di Madinah dan Mekah, semua makan, minum, penginapan ditanggung oleh Abdullah Ibnu Mubarak. Kemudian, semasa nak berbelanja, diberikan duit sesuai dgn hajat ahli keluarga yg meminta dibelikan ole-ole dr Mekah. Selepas Haji dan balik ke kampung, semua mereka dikumpulkan kembali. Dan mereka dipulangkan kembali duit mereka yg disimpan oleh orang Abdullah Ibnu Mubarak TANPA kurang sedikitpun. :)) Beruntungnya...



Ada seorang ulamak besar tu, (dah lupa nama beliau). Beliau baru selesai mengajar di masjid. Tiba2 ada menteri atau penguasa masa itu sedang melihat-lihat masjid. Barangkali nak melihat keadaan masjid. Ulamak itu sedang berlunjur kerana keletihan. Datang seorang anggota polis yg mengawal menteri itu, menegur "Tuan guru, mohon dibetulkan kakinya, kerana ada menteri sedang melihat-lihat masjid." Ulamak itu tidak mmberi respon kerana beliau amat keletihan. Polis itu naik angin lalu berkata kasar " Tuan guru, Sila betulkan kakinya. Nanti tuan guru juga yg mahu meminta bantuan dari kerajaan".  Ulamak itu pun berkata (lebih kurang sprt ini) " Orang yang berani berlunjur kaki seperti ini di hadapan dia, takkan sekali-kali meminta bantuan dari kerajaan!!". Kerana beliau sendiri sudah ada banyak harta.
Ulamak dahulu mmpunyai harta sendiri kerana maruahnya, supaya tidak meminta dr kerajaan, dan menjadi orang yang paling banyak membantu orang-orang miskin.

Syeikh sendiri bersama seorang adiknya, semasa remaja dan belajar di Mekah, sering mndapat duit tambahan di musim haji dgn menyediakan gunting untuk bertahallul. :D


 Ceritanya lagi, dahulu, ada seorang lelaki yang kurus, sedang menolak kerusi roda seorang jemaah yang agak besar badannya. Jemaah itu telah mengupah lelaki kurus itu untuk SAI'E di safa dan Marwah. Di situ kan berbukit. Jadi, lelaki ini tiba2 memanggil Syeikh yang kebetulan sedang bersai'e untuk membantu menolak kerusi roda jemaah berbadan besar itu. Syeikh lalu menghentikan saie dan menolak bersama sehingga naik ke atas bukit. Kemudian, Syeikh kembali semula ke kedudukan ASAL untuk memulakan Saie semula. Kata beliau, JIKA kita mengerjakan umrah atau Haji bersama ibu yang uzur dan berkerusi roda, kita mesti membuat Saie secara berasingan. Sama ada, kita buat dahulu, dah selesai baru menolak ibu kita untuk bersaie. Ataupun menolak ibu yang uzur terlebih dahulu, baru giliran kita. Tidak boleh bersaie bersama. Tetapi ramai yg saya dengar, yang mengupah oranglain utk ibubapa mereka yg uzur. Tapi mahal,kan?
http://www.al-azim.com/haji/rukun.htm


Satu lagi, ada seorang Syeikh bernama Syeikh Muhammad.
Sutan hassanul Bolkiah (kalau tak silap), Raja Brunei masa itu, memanggil beliau kerana masalah istana yang ada gangguan di istana. Syeikh Muhammad berjaya mengeluarkan makhluk2 halus yg menggangu istana dan istana kembali aman dan tenteram. Raja Brunei itu menawarkan untuk menunaikan apa kehendak Syeikh itu sebagai ganjaran. Syeikh Muhammad mengatakan, kalau ditawarkan duit, beliau sudahpun kaya dan berduit. Beliau meletakkan 3 janji yang Sultan harus tunaikan, iaitu,

Melaksanakn Syariat Islam
Membanyakkan bank-bank Islam
Menubuhkan universiti Islam.

Selepas bbrp lama, Syeikh Muhammad kembali ke Brunei. Telah ada banyak bank Islam, dan ada universti Islam. Tetapi syariat Islam yg sebetul2nya belum dapat dilaksanakan, mungkin kerana kekangan politik. 

Nak satu cerita lagi? :)



Seorang Ulamak berana Muhammad Ibnu Munkadir.
Beliau amat mementingkan wang halal dan haram. Satu ketika beliau mahu terlibat dalam satu penjualan rumah. Rumah banglo yang besar, mahu dijual harga 1.3 juta. Rumah banglo yang kecil sedikit dari itu, mahu dijual 800 ribu.  Semuanya ditugaskan kpd pembantunya.   Tiba-tiba, pembantunya telah tersilap. Dia telah menjual rumah kecil sedikit , dgn harga 1.3 juta.  Muhammad Ibnu Munkadir memarahi pembantunya, dan mahu memanggil semula pembeli tadi.  Dia berkata, pembantuku telah tersilap. Sebenarnya rumah itu berharga 800 ribu. Dgn itu aku beri pilihan, sama ada mahu aku kembalikan DUIT 500 ribu dan kamu dapat rumah itu. Atau kamu pilih saja rumah yg satu lagi, yg harganya 1.3 juta.
Pembeli itu berkata, " Maaf tuan, dikampungku, rumah sprt itu memang berharga 1.3 juta. Kerana itu aku membeli dgn harga itu". Ulamak itu masih berkeras, " Kamu ikut cadanganku dgn 2 pilihan itu , atau kita batalkan saja pembelian ini". Akhirnya pembeli itu akur dan buat pilihannya. Setelah selesai, pembeli itu bertanya kpd pembantu tadi.  " Siapakah kontraktor itu? Lain sungguh sikapnya".  "Itulah  Ulamak Muhammad Ibnu Munkadir".  Barulah pembeli itu terlopong...
" Ya Allah,  dia sangat disanjungi di kampungku. Kalau kami lama tidak menerima hujan. Kami sering berdoa dgn bersandarkan berkat Muhammad Ibnu Munkadir semasa meminta doa supaya Allah menurunkan hujan."


Nota Nurindah: :) Alhamdulillah, kami baru menghabiskan beberapa hadis Musalsal. Hadis musalsal dgn menunjukkan rasulullah menjamu kurma dan air semasa menyampaikan hadis, maka kami pun dijamu sama :) , musalsal sambil membaca Suraf Saff dari awal hingga akhir ,  musalsal sambil membaca Surah as Shaad  sehingga ayat 24, lalu kami semua  sujud Tilawah beramai-ramai.  Ada sanadnya dr guru Syeikh Nuruddin iaitu Syeikh Muhammad Yasin al fadani (mengikut buku). Jadi, jika beramal, kira amalan tu ber sanadlah. Alhamdulillah.
Dalam kitab Yaqut al Nafis, kami belajar bab Hawaalah - perpindahan hutang
Dhaman- Jaminan, dan penjamin
As Syarikah- Perkongsian peniagaan
al Wakalah - perwakilan
Iqrar - Pengakuan
al A'riah - Peminjaman Barang
al Ghasbu- perampasan secara zalim
as syuf 'ah -menghimpun
Bulan depan - bab Mudharabah

(Semua ini - saya harus dengar balik voice record myHubby. Sebab susah juga nak faham. Tetapi interested untuk pemahaman . :))

Malamnya kami ke masjid Firdaus, Selayang. Ada baca Hizib Nawawi. Hizib ni, sesuai utk diamalkan sebagai doa mengelak bala bencana. Sayyidul Istighfar - Sesuai diamalkan setiap lepas Subuh dan Asar, pagi dan petang. Ini kira ijazah dari beliau.

Kami pernah mendapat hadis musalsal, yg mana 'Doa mustajab di Multazam'. Tiada satu doa pun yg dimohon kpd Allah (di Multazam, dekat pintu kaaabah) oleh mana-mana Hamba, kecuali akan diperkenankanNya. Ia bersanad sehingga Syeikh Nuruddin dan doa beliau pernah dikabulkan di Multazam, lalu beliau mengatakannya kpd kami semua. Saya hanya menuliskannya, sebab saya belum pernah berdoa di Multazam atau dimakbulkan doa yg didoakan di sana.



 Copyright © 2012


╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────

6 comments:

  1. Alhamdulillah, banyak ilmu sy dapat hari ini.. terima kasih, Indah..

    ReplyDelete
  2. cerita mcm ni la yg perlu diceritakan pada semua

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi cerita dengan kami di sini, drp duduk sesaja dpn pc.

    ReplyDelete
  4. Salam kak sari,
    Alhamdulillah, saya berkesempatan reply. Nanti saya jenguk kak sari ya :)
    Sama-sama kak.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam kenal Norasikin,
    Alhamdulillah. sekadar yg saya tahu. :)

    ReplyDelete
  6. Salam zana@pb
    Alhamdulillah, sharing is caring :)

    ReplyDelete

Kategori Post

acar (2) adik2 (2) adunan 3 in 1 (4) ais (1) Aktivitiku (4) Anniversary (3) apam (5) award (18) ayam (44) belacan (1) belajar (1) Besut (1) bihun (12) Birthday (2) biskut (15) Bisnesku (3) bounty bars (1) Brownies (5) buah kabung (1) budu (2) Buku (3) Bulan Asyura (1) Bunga (1) burger (2) capsicum (1) Cekodok (3) Cendawan (12) cendawan butang (1) cendawan enoki (2) cendol (1) cili padi (1) coklat masakan (1) Computer (3) Cucur (12) Curhati (17) dadih (3) daging (12) dessert (20) Doa (2) Doa Awal Tahun (1) Donut (3) Durian (1) End Year (1) fishball (1) Foto (6) Foto makanan (6) Gadgetku (4) Gift (1) Hikmah (1) Ibadah (1) icecream (1) ikan (7) ikan bawal (1) ikan bilis (2) ikan cencaru (10) Ikan Keli (5) ikan kembung (4) ikan kerisi (3) ikan kukus/stim (2) Ikan masin (8) ikan pari (1) ikan patin (3) ikan selar (1) ikan siakap (3) ikan tongkol/aye/ kayu (3) info (8) info berguna (1) inti (2) inti kelapa manis (1) inti kelapa savouri (1) inti popiah (1) inti sardin (1) isi ayam/daging (9) Jagung (2) Jalan-jalan (12) kacang (3) kad (1) kad raya 09 (3) keju (4) Kek coklat (4) Kek Mentega (3) kelas masak (1) Keluarga (8) Kenduri (2) kentang (9) kepak ayam (1) kepak/ayam (1) kerabu (2) kerang (5) kerepek (1) ketam (6) ketupat (1) kisah kami (1) kitab (2) kueteow (5) kuih (31) Kuih Bakar (3) kurma (1) labu (3) laksa (1) Lala (4) Lempeng (2) madu (2) Makan-makan (6) maulidurrasul (3) mayonis (1) mee (18) mee cintan n-fried (3) mee sanggul (1) mee suah (1) Menjahit (1) menu (84) MIL (14) minuman (12) mixed vege (1) muffin (10) Mutiara Hati (9) mutiara rumahtangga (1) nasi (30) Nasi Goreng (18) nasi lemak (2) New Year (1) nota hati (4) nota rumahtangga (5) Novelku (5) Oat (2) oren (1) pancake (4) paru/hati (2) pasar malam (1) Pasta (6) petai (2) picnic (1) Pie (1) pisang (16) pisang abu (1) Pizza (2) popiah (5) price list (1) Puding (17) Puff pastry kawan (2) pulut (4) Ramadhan 09 (16) ramadhan 2010 (11) ramadhan 2011 (21) ramadhan 2012 (31) Raya 2011 (5) raya Aidilfitri 09 (3) raya haji 09 (4) resipi jawa (1) resipi kltn/trg (2) rojak (1) roti (27) roti paratha (3) roti pizza (1) Rumahku (2) sajer (2) Sakit (2) salad (2) sambal (21) Sandwich (3) sarapan (1) satay (1) sate (1) sayur bayam (1) sayur bendi (2) sayur brokoli (4) sayur kacang buncis (1) sayur kacang panjang (3) sayur kailan (3) sayur kangkung (8) sayur kcg botol (2) sayur kcg buncis (4) sayur kobis (6) sayur kucai (1) sayur peria (1) sayur pucuk manis (1) sayur pucuk paku (1) sayur sawi (1) sayur siew pak choy (4) sayur taugeh (4) sayur terung (8) sayur timun (1) snack (14) sos (1) Sosej (3) sotong (14) soya (1) spagetti (2) suhun (2) sup (17) sup ayam (3) sup sayur (2) susu segar (1) Syawal (1) syawal 2010 (1) syeikh nuruddin (2) takziah (1) taucu (2) tauhu (12) Teh (1) telur (21) teman2 (3) tempe (4) Tips Bajet (budget tips) (2) Tips baking (3) tomato (1) Tomyam (3) tulang (2) ubi (4) udang (23) ulam (4) video (10) wantan (3) western (1)
Ya Allah, daku menginginkan kebaikan bagi blog ini, maka jadikanlah ia sebagai kebaikan buatku, dan pembacanya. Janganlah daku lalai, tutupilah aibku . Sebarkanlah khazanah ilmuMu kepadaku dan jangan jadikan bacaanku sia-sia. Berikanlah daku ikhlasnya orang yang yakin, persahabatan dgn orang yg baik. Sebagaimana Engkau memperindah rupaku, maka perindahlah akhlakku. Pakaikanlah daku dengan pakaian taqwa, dan jauhkanlah daku dari dosa. Sampaikanlah salam kepada nabi Muhammad SAW dan keluarganya.Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.



Ya Allah, jadikanlah daku qanaah atas setiap rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku, tutupilah aibku dan berilah selalu daku kesihatan selama Engkau kurniakan kehidupan padaku, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku ketika Engkau mengakhiri kehidupanku. Ya Allah, lindungilah kedua orang tuaku, suamiku, kaum keluarga, dan semua orang yang pernah berbuat baik kepadaku dengan sebaik-baik perlindungan. Langsaikanlah hutangku serta jauhkan daku dan keluargaku dari kemiskinan dan mudahkanlah urusanku. Ilhamkanlah daku utk taat kepadaMu dan mengamalkan kebaikan yang membawa keredhaanMu dan menjauhi kemaksiatan yang mengundang murkaMu, Daku berlindung kepadamu dari kejahatan setiap makhluk yang ubun-ubunnya berada dalam genggamanMu. Sampaikan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih antara yang Mengasihi.

Doa Penawar Hati


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”" — HR. Al-Bukhari 7/158.


Glory be to Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗──────╔╗─────────────
──╔╗║║║║║║──────║║─────────────
╔═╝║║║║║║║──╔╗──║║╔═══╗╔╗──────
║╔╗║║║║║║║╔╗╚╝╔╗║║╚══╗║║║╔╗╔╗╔╗
║╚╝╚╝╚╝║║║║║──║║║╚═══╝╚╝╚╝╚╝╚╝║
╚══════╝╚╝║╚══╝║╚══════╦╦═════╝
──────────╚════╝───────╚╝──────


All Praise be to Allah[God]:

────╔╗╔╗─────────────╔╗╔╗
──╔╗║║║║─────────────║║║║
╔═╝║║║║║─╔═╗╔══╗╔═══╗║║║║
║╔╗║║║║║─╚╗║║╔╗║╚══╗║║║║║
║╚╝╚╝╚╝║─╔╝╚╝╚╝╚═══╝╚╝║║║
╚══════╝─╚════════════╝╚╝


there is no god but Allah[God]:

────╔╗╔╗╔╗─╔╗╔╗╔╗─────╔╗╔╗─╔╗╔╗
──╔╗║║║║║║─║║║║║║───╔╗║║║║─║║║║
╔═╝║║║║║║║─║╚╝║║║─╔═╝║║║║║─║╚╝║
║╔╗║║║║║║║─║╔╗║║║─║╔╗║║║║║─║╔╗║
║╚╝╚╝╚╝║║║─║╚╝║║║─║╚╝╚╝║║║─║╚╝║
╚══════╝╚╝─╚══╝╚╝─╚════╝╚╝─╚══╝


Allah[God] is the greatest:

─────╔═══╗╔╗─────╔╗╔╗╔╗
─────║╔══╝║║───╔╗║║║║║║
───╔╗║╚══╗║║─╔═╝║║║║║║║
─╔╗║║╚══╗║║║─║╔╗║║║║║║║
─║╚╝╚═══╝║║║─║╚╝╚╝╚╝║║║
╔╝╔╦╦════╝╚╝─╚══════╝╚╝
╚═╝╚╝──────────────────



Daisypath Anniversary tickers