Alhamdulillah, pagi ini saya agak segar. Malam tadi pergi ke masjid negeri Shah Alam, tapi balik masih awal lagi setelah round sekejap pameran HaRUM. Pameran itu masih suam-suam kuku, sebab masih awal. Mungkin akan lebih meriah pada Sabtu atau Ahad.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Sumber: http://www3.pmo.gov.my/
Artikel
Kita memerlukan WANG untuk hidup, namun bijakkah kita menguruskannya agar kita dapat menikmati hasil penatlelah kita itu dengan sebaik-baiknya.
BAJET KELUARGA: BUKAN ANGKA GAJI, TAPI CARA BERBELANJA
Untuk hidup di bandar yang selesa memerlukan had pendapatan ISIRUMAH, RM 3000 sebulan ke atas. Jika pendapatan RM3000 ke bawah memang dikira sukar untuk seisi keluarga menikmati hidup yang selesa. Tetapi andai tidak bijak mengurus kewangan, masalah kewangan tetap membelenggu mereka.
Membicarakan persoalan bajet yang cukup, setiap keluarga perlukan mencorakkan kehidupan yang seperti mereka inginkan kerana setiap keluarga mempunyai corak hidup yang berbeza. Jika ditetapkan berapa minimum gaji sekalipun, andainya sesebuah keluarga itu tidak bijak mengurus perbelanjaan mereka, masalah kewangan tetap akan terus membelenggu kehidupan mereka. Kadang-kala, status kedudukan kewangan tersembunyi di sebalik hutang Kad Kredit yang membebankan.
Masih terdapat rata-rata suami isteri yang berpendapatan RM 2000 sebulan yg boleh hidup dengan pendapatan sebanyak itu. Ini kerana mereka tahu keperluan yang mereka inginkan. Sbg contoh, pasangan yg bijak merancang perbelanjaan bulanan adalah mereka yang mmpunyai Carta Aliran perbelanjaan keluar masuk duit yakni termasuk juga SIMPANAN wajib 10% daripada pendapatan bulanan mereka setiap bulan.
ANAK-ANAK MUDA: SIMPAN DAHULU SEBELUM TERLIBAT DALAM HUTANG
Mereka yang belum terlibat dgn sebarang hutang (BANK) sprt hutang rumah, kereta, dan sebagainya, disarankan utk fokus membuat simpanan terlebih dahulu. Kebiasannya mereka adalah golongan muda yang baru selesai pengajian dan mendapat pekerjaan. Disarankan kepada mereka, untuk menyimpan 20% daripada gaji mereka setiap bulan. Instrumen kewangan yang wajib perlu ada pada setiap individu terbahagi kepada TIGA iaitu Simpanan Tabung Haji, Takaful dan pelaburan.
PETIKAN kolumn majalah Anis April 2012
Hajah Rohani Datuk Haji Mohd Shahir,
Pakar Kewangan,
Hijrah Wealth Management.
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────
Aslmkm Indah. Memang betul... tapi kebanyakan org suka berbelanja lebih dari kemampuan & akhir nya berhutang sana-sini. Kena beringat dari awal terutama nya pd yg berpendapatan rendah - Ramai Along tengok beli handphone canggih2 bagai, semua nya nak ada... lepas tu utk keperluan penting berhutang pula...
ReplyDeleteSlm Indah..isu nie mmg selalu kita dgr..kalau kita tidak bijak berbelanja,beli mengikut kehendak tanpa berfikir panjang,gaji 10K pun belum tentu cukupkan?sebab tue katanya ramai golongan muda disiplin sbbnya hutang kak kredit
ReplyDeleteSalam Indah.dah lama akak tak berkunjung ke blog Indah.mmg betul cara kita berbelanja penting agar pendapatan yg diperolehi mencukupi utk menampung keperluan yg penting terlebih dahulu.sikap berjimat cermat dan belanja berhemah itu penting tp kalau berbelanja lebih pd benda yg tak patut akibatnya belum cukup bulan...poket dah kosong.....
ReplyDeletekena bijak membezakan anatara keperluan dan kehendak.
ReplyDeleteSalam kak Roz,
ReplyDeleteadik saya berkata, ramai kawan-kawannya beli hanset iphone dan laptop, guna AEON.. huhu. Kesian dorang. My hubby baru hilang hanset samsung wave. alamat, hanset camtu, sekejap jer jd sasaran.
Salam kak asmah,
ReplyDeleteYa kak, mereka disiplin bayar sebab dah lekat hutang. Kesian..
Salam mamasya,
ReplyDeleteYa kak. nak belanja harus pada tempatnya. Sebab itulah agaknya, orang bujang lagi senang nak atur duit. kalau kita yg dah berumahtangga ni, macam2 perlu. Memang kena atur sebaik mungkin.
Salam makbonda,
ReplyDeleteMemang kena urus baik-baik, kan? Kena tahan nafsu, banyakkan menyimpan seblum berhutang. :)