Dah nak masuk bulan 12. Hujung tahun begini, ada orang terlebih gembira dan tak ingat dunia, ada orang biasa-biasa saja, ada orang tak kisah pun.
1. Menulis blog, ialah satu kepuasan diri saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa, tetapi apabila orang menghargai, itu satu BONUS.
catatan: Zikrullah ialah makanan para malaikat.
2. Saya ada menonton filem 'Blood diamond' bersama suami. Ia kisah pnyeludupan berlian di negara bergolak. Ada seorang lelaki berkata. " Aku faham apabila orang kulit putih sprti kamu gilakan berlian, mahu menguasai negara kami kerana berlian. Tetapi aku tak faham apabila orang-orang kami berbunuhan sesama sendiri. Aku rasa, sebab Tuhan dah lama tinggalkan kami. "
catatan: Setiap kisah, ada ceritanya. Apa yg kita nampak dan dengar, mgkin berbeza dari kenyataannya. Fikirkanlah, mana mungkin Allah akan memandang sesuatu kaum di suatu tempat yang berpecah-belah dan menyakiti sesama sendiri, dengan pandangan Kasih?
3. Bila bercerita ttg wanita, tidak lari dari terganggu emosi. Saya pening menonton sinetron Indon yang mengisahkan mertua yang tidak sukakan menantu. Ada sinetron "Ku pinang kau dengan Bismillah", yang mana anaknya seorang ustaz, tetapi ibunya sangatlah cerewet. Aduhai....
Prof Dr Muhaya pernah cakap dalam satu siri di radio IKIM, bila kita melihat kekurangan pada menantu, kita lihat anak kita dahulu, adakah sesuatu yg tidak kena padanya, atau kita ibubapa memberi tauladan yg salah padanya? Namun, siapa yg suka bersedih hati?
Saya pernah melihat movie " Bila Cinta Bertasbih", yang ada ustaz bernama Azam tu. Ibunya lebih terkendali emosinya. Padahal dia seorang janda, anaknya Azam harus bekerja menjual tempe dan bakso demi menyara adik-adik dan membiayai pengajiannya di al Azhar. Adik-adik perempuannya ramai... Mestilah mereka bergantung pendapatan dengan Azam. Tetapi ibunya amat terbuka sikapnya, dan tenang menghadapi musibah. Tawakkalnya kepada Allah itu lebih.
"Bayu Cinta Luna". Ini lagi parah. Melihat pelakonnya sahaja, kita dah tahu mereka pasti akan diuji dgn teruk. Jika gaya kehidupan kita jauh dari kehendak Islam, pastilah tiada keberkatan. Mertua Luna melayannya dengan berpura-pura. Namun, bila cemburu dan amarah, semua orang sekitar menjadi mangsa.
Catatan1 : Apa yang kita mahu? Belajarlah bertolak-ansur.
“Bukanlah dari golongan kami, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami.” (Riwayat Al-Tabrani)
catatan2 : Saya sering melihat para ibu mengajar anak-anak terutama anak lelaki supaya mengasihi dan mengutamakan Ibu. Namun, saya jarang melihat para ibu mengajarkan anak lelakinya bagaimana untuk melayani isteri dengan cara yg terbaik . Sedangkan mendapat wanita yg solehah itu, umpama syurga dunia buat suami. Yg bakal mendidik keturunannya...
catatan2 : Kita juga ditimpa masalah yg sama jika menggunakan duit dan harta untuk MENGIKAT kepatuhan dan kasih-sayang anak. Ustaz berkata, kita sekarang terlalu moden sampaikan tak mengajar anak bab dosa, pahala, syurga, neraka. Tidak kisahlah kita mewah atau sederhana, janganlah gunakan duit untuk mengikat anak. Mereka akan mengasihi DUIT lebih dari kita ibubapa.. Mengejar kemewahan lebih dari mengharap redha ibubapa...
4. Nabi Isa a.s melalui seeekor bangkai kambing dalam satu perjalanan bersama para pengikutnya. Bangkai itu membusuk. Para pengikutnya yang lain memalingkan muka. Tetapi nabi Isa tidak begitu, katanya "Aku melihat kambing ini mempunyai gigi yang putih."- blog ustaz Pahrol.
catatan: Jahatnya hati kita, bila memandang yg buruk/kurang enak pada seseorang, terus kita nak menghukumnya. Sekilas pandang itu ialah satu penilaian yg tak adil. Haruslah diselidik dahulu. Nabi a.s sendiri menunjukkan tauladan yang mulia : memandang yang baik pada sesuatu yang buruk, melihat hiKmah dari musibah, melihat kecantikan berbanding kekurangan.
Wahai jiwa-jiwa yang tenang...
Rasanya cukuplah untuk hari ini...
Copyright © 2012

╔════╦╗╔╦═══╦╗─╔╦════╦══╗───── ║╔╗╔╗║║║║╔══╣║─╠╣╔╗╔╗║╔╗║───── ║║║║║║║║║╚══╣║─║║║║║║║║║║AND── ║║║║║║║║╠══╗║║─║║║║║║║╚╝║PROUD ║║║║║║╚╝╠══╝║╚═╣║║║║║║╔╗║♥──── ╚╝╚╝╚╩══╩═══╩══╩╩╝╚╝╚╩╝╚╝─────